web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tutup Ruang Demokrasi, UMNO Boleh Hilang Deposit Kepercayaan

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jan 2023 7:11AM

Ia memberikan gambaran bahawa UMNO adalah parti yang tidak demokratik. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - UMNO mungkin akan mengalami implikasi negatif jangka panjang iaitu kehilangan deposit kepercayaan di kalangan rakyat, susulan keputusan tidak melaksanakan pemilihan dua jawatan tertinggi parti.

Menyifatkan tindakan tersebut adalah politik ‘kamikaze’, Pensyarah Kanan Sains Politik Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr Ahmad Fauzi Abdul Hamid berkata, ia akan memberikan gambaran bahawa UMNO adalah parti yang tidak demokratik.

Menurutnya, pada era demokrasi semakin subur dengan adanya pelbagai medium untuk bersuara, keputusan terbabit memperlihatkan bahawa parti tersebut menutup pintu demokrasi kepada ahlinya.

“Ia memberi kesan jangka panjang terhadap masa depan UMNO itu sendiri, malah tindakan tersebut adalah anti-klimaks terhadap perkembangan politik tanah air.

“Itu antara punca mengapa sokongan terhadap UMNO semakin teruk bermula tahun 2008, kerana apa yang diamalkan parti tersebut hanya memberikan kelebihan terhadap orang-orang tertentu sahaja,” katanya kepada Getaran.

Menurut beliau, ketidakterbukaan tersebut hanya memberikan kesan tidak baik terhadap imej UMNO itu sendiri kerana menutup ruang demokrasi dalam parti.

“Jika benar sudah 140 ketua bahagian daripada 191 bahagian menyokong Presiden mengapa tidak dipertandingkan saja jawatan tersebut? Kenapa takut?

“Tindakan tersebut adalah political suicide kepada UMNO secara keseluruhannya,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi.

Justeru, Ahmad Fauzi berpendapat, adalah lebih baik jawatan top 2 dalam UMNO dipertandingkan dan jika Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menang secara berjuang, ia akan memberikan imej lebih baik kepada Timbalan Perdana Menteri itu. 

Bagaimanapun, beliau berkata, berdasarkan pemerhatiannya, kesan positif jika jawatan tersebut tidak dipertandingkan masih ada, namun ia hanyalah bersifat jangka pendek.

“Jika jawatan tersebut tidak dipertandingkan, ia akan menjamin kedudukan UMNO dan kerajaan perpaduan yang dibentuk bersama Pakatan Harapan (PH).

“Kestabilan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga terjamin dan mungkin boleh dipertahankan sehinggalah empat ke lima tahun akan datang,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Fakulti Teknologi dan Informatik Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali pula berpendapat, keputusan untuk tidak mempertandingkan jawatan nombor satu dan dua UMNO sememangnya tepat, memandangkan pemilihan tersebut akan mengakibatkan perpecahan dalam parti.

“Bila ada pertandingan, akan wujud pihak yang menyokong dan menentang. Ada kem calon tertentu. Masing-masing akan berkempen dan inilah waktunya semua akan menjadi beremosi.

“Kedudukan UMNO amat rapuh sekarang, biarlah masa yang ada digunakan untuk mengukuhkan kembali kekuatan dan membina semula pasak parti,” katanya.

Pendapat senada disuarakan Pengerusi Veteran UMNO, Datuk Othman Desa yang berpendapat, pemilihan jawatan nombor satu dan dua UMNO tidak perlu dipertandingkan bagi mengelakkan perpecahan daripada terus berlaku.

Sebaliknya, beliau berkata, UMNO perlu ‘diremajakan’ namun tidak semestinya membawa maksud kepemimpinan perlu bertukar.

“UMNO perlu berubah dan ‘diremajakan’ supaya perjuangannya dapat diterima semula oleh rakyat seperti sebelum ini.

“Namun, ‘meremajakan’ itu tidak semestinya bermaksud kita perlu menukar tampuk kepemimpinan, sebaliknya kita boleh mengubah cara pendekatan untuk menarik semula sokongan rakyat.

“Meremajakan itu tak semestinya perlu menukar yang tua kepada yang muda. Jika naik yang muda sekali pun kalau gagal bawa perubahan tak guna juga,” katanya.

Tegas Othman, jika mengadakan pemilihan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tersebut hanya akan mendatangkan kesan negatif, adalah lebih baik jika ia tidak dibenarkan.

“Jika ia hanya merosakkan, khususnya ukhuwah dalam parti, adalah lebih baik ia tidak berlaku,” katanya. - Getaran, 15 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Politik 2 tahun yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 21 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad