web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Zambry Beri Bayangan Bertanding Pemilihan UMNO

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jan 2023 6:33PM

Zambry bercakap kepada media di Laman Media Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia, hari ini. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir muncul sebagai individu seterusnya yang memberi bayangan akan bertanding pada pemilihan parti.

Beliau bagaimanapun mengambil pendekatan untuk ‘tunggu dan lihat’ berhubung jawatan yang bakal ditandingi dan hanya membuat pengumuman apabila tiba masanya.

“Dulu saya bertanding sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT). Kali ini saya akan tengok macam mana kedudukannya. Saya ini senang sahaja, tiada perkara yang terdesak mahukan itu, ini.

“Paling mustahak ialah saya boleh menjadi sebahagian daripada pasukan untuk kita membina semula parti ini. Kerusi (jawatan) itu saya akan umumkan nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau Laman Media Perhimpunan Agung UMNO (PAU) di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Zambry memaklumkan, usul yang dibentangkan pada PAU 2022 tidak menyentuh pertandingan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden.

Katanya, perkara itu tiada dalam usul namun terpulang kepada perwakilan untuk membahaskannya.

“Presiden (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) juga menyebut beliau menyerahkan kepada perwakilan untuk menentukannya.

“Beliau tidak menyatakan bahawa perlu disekat orang itu atau orang ini dan beliau juga tidak nyatakan langsung jawatan itu tak boleh dipertandingkan.

“Mungkin diserahkan kepada perwakilan sebab usul dibawa tidak dibahaskan, sama ada terima atau sebaliknya,” katanya.

Sementara itu, beliau yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) mengesahkan parti tersebut akan memfailkan petisyen di beberapa kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi mencabar keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Zambry berkata, perincian mengenai petisyen itu akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Kita akan umumkan nanti. Memang ada beberapa kawasan yang akan kita failkan petisyen pilihan raya. Apabila kita failkan, tentu ada asasnya,” katanya.

Terdahulu, wakil calon BN di Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah memfailkan petisyen di Mahkamah Tinggi Kota Bharu bagi mencabar keputusan PRU-15 bagi Parlimen itu.

Petisyen berkenaan difailkan pada 3 Januari lalu oleh Mohd Azmi Mahmood di Mahkamah Tinggi Kota Bharu, bagi mencabar keputusan PRU-15 di kerusi Parlimen Gua Musang, yang didakwa berlaku politik wang.

Isnin lalu, Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil menerusi video di Facebooknya memaklumkan, BN memfailkan petisyen pilihan raya di sekurang-kurangnya tiga kerusi Parlimen yang dimenangi PN.

“Ada beberapa bahagian telah memfailkan petisyen untuk pilihan raya semula di sekurang-kurangnya tiga Parlimen, yang dimenangi PN dan ada bukti menunjukkan mereka rasuah pengundi,” katanya dalam video itu.

BN mencatat prestasi buruk dalam PRU-15 pada 19 November lalu apabila hanya meraih 30 kerusi Parlimen (26 dimenangi UMNO), berbanding 79 kerusi (54 dimenangi UMNO) pada PRU-14.

Kerusi terbanyak dimenangi Pakatan Harapan (PH) dengan 82 kerusi Parlimen, manakala Perikatan Nasional (PN) mencatat kejutan apabila meraih 74 kerusi Parlimen. - Getaran, 13 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Politik 2 tahun yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 3 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad