web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kami Tetap Bersama UMNO Sabah – Ahmad Zahid

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jan 2023 1:44PM

Ahmad Zahid Hamidi - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kepemimpinan UMNO akan tetap bersama UMNO Sabah walau dalam apa keadaan sekalipun.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, pendirian itu turut dipegang dalam situasi politik mutakhir yang berlaku di Sabah.

Katanya, UMNO berpendirian Sabah dan Sarawak adalah rakan politik streategiknya.

“Dengan itu, apa pun bentuk kerajaan Malaysia pada masa sekarang dan masa hadapan, UMNO tetap memilih untuk bersama-sama dengan rakan politik dari wilayah berkenaan demi kestabilan Malaysia.

“Malah apa yang berlaku muktakhir ini di Sabah, saya ingin membuat penegasan bahawa UMNO Pusat akan tetap bersama dengan UMNO Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU 2022) di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, hari ini.

Kerjasama ‘rapuh’ antara Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Barisan Nasional (BN) dapat dilihat susulan drama politik antara kedua-dua parti pada awal bulan ini.

Perkara itu berlaku selepas BN dan Parti Warisan (WARISAN) didakwa gagal menukar kepimpinan GRS yang diterajui Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor. 

GRS dan BN bekerjasama membentuk kerajaan Sabah selepas memenangi kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 2020.

Namun, kerjasama antara kedua-dua parti itu sentiasa dipersoalkan, berikutan keretakan antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan UMNO di peringkat Persekutuan, malah sejak sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Hajiji, baru-baru ini mengesahkan akan berlaku rombakan Kabinet di negeri berkenaan.

BN Sabah kemudian secara rasmi menamatkan kerjasama dengan GRS, selepas Hajiji didakwa kehilangan ‘locus standi’ sebagai Ketua Menteri.

Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata demikian selepas mendakwa Hajiji yang juga Pengerusi GRS, melanggar perjanjian dimeterai kedua-dua parti terbabit.

Hajiji kemudian mengumumkan barisan Kabinet baharu kerajaan Sabah, menyaksikan pengguguran Bung Moktar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid menegaskan, UMNO harus melihat bahawa Kerajaan Perpaduan yang terbentuk hari ini, mempunyai obligasi perundangan serta moral cukup besar terhadap Sabah dan Sarawak.

Jelasnya, kedudukan Sabah dan Sarawak bukan lagi berstatus negeri, sebaliknya wilayah dalam Malaysia.

“Sehubungan itu, Perjanjian Malaysia 1963 atau lebih dikenali sebagai MA63, perlu dilaksanakan segera.

“Walaupun ada beberapa perkara pokok sudah dilaksanakan, masih banyak perkara yang menjadi asas kepada MA63 perlu diterjemah pelaksanaannya,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, kedudukan Sabah dan Sarawak akan menjadi lebih strategik untuk dibangunkan sebagai kawasan pertumbuhan baharu susulan pemindahan ibu kota Indonesia ke Kalimantan Timur.

“Limpahan pembangunan di Kalimantan perlu digarap segera agar Sabah dan Sarawak lebih pesat membangun.

“Sejak  tahun 1963, Sabah dan Sarawak sudah banyak menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. Kini adalah masa terbaik untuk kita sama-sama memajukan Sabah dan Sarawak, seiring dengan perkembangan di keseluruhan kepulauan Borneo, termasuk Kalimantan, Indonesia,” katanya. – 13 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Kaamatan Bukan Sekadar Perayaan Budaya, Tapi Lambang Perpaduan - Fadillah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Bayaran Interim Geran Khas Sabah Dinaikkan Kepada RM1.5 Bilion - PM

4

Semasa 1 minggu yang lalu

PM Lawat Sabah Esok, Rasmi Pesta Kaamatan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 20 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 3 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad