web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Wanita UMNO Minta Kerajaan Letak 30 Peratus Calon Hawa Pada PRN

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jan 2023 8:15PM

Dr Noraini Ahmad berkata, permintaan itu selaras sasaran parti berkenaan sejak sekian lama berhubung penyertaan wanita, malah mereka akan terus konsisten memperjuangkan perkara terbabit - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan diminta menempatkan 30 peratus calon wanita pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri yang bakal diadakan dalam tempoh terdekat.

Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, permintaan itu selaras sasaran parti berkenaan sejak sekian lama berhubung penyertaan wanita, malah mereka akan terus konsisten memperjuangkan perkara terbabit.

Menurutnya, Wanita UMNO sentiasa berusaha untuk menempatkan keberadaan golongan itu sebanyak 30 peratus dalam kategori pelaksana dan pembuat dasar.

“Wanita (UMNO) tidak pernah putus asa untuk memperjuangkan 30 peratus ini sejak zaman Tan Sri Rafidah Aziz, Datuk Siti Zaharah Sulaiman, Tan Sri Shahrizat Jalil, hinggalah ke zaman saya. Tapi usaha ini masih belum jadi kenyataan.

“Yang paling tinggi pun Johor, iaitu 25 peratus dan Kedah hampir 30 peratus. Tapi kita masih dan tetap perjuangkan secara konsisten serta berterusan. Saya percaya dan yakin bahawa hasrat murni ini, Insya-Allah akan tercapai suatu hari nanti.

“Bak kata Timbalan Presiden, walaupun kita tunggu bertahun-tahun, Insya-Allah, sebagai Ketua Wanita UMNO, saya yakin tiba masa dan ketikanya, perjuangan ini akan membuahkan hasil,” katanya.

Noraini berkata, segala pandangan disampaikan perwakilan ketika ucapan perbahasan mereka pada perhimpunan itu amat dihargai - Gambar oleh Azim Rahman
Noraini berkata, segala pandangan disampaikan perwakilan ketika ucapan perbahasan mereka pada perhimpunan itu amat dihargai - Gambar oleh Azim Rahman

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan penggulungan pada Perhimpunan Pergerakan Wanita UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini, hari ini.

Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita UMNO itu adalah sebahagian acara sempena Perhimpunan Agung UMNO 2022 yang berlangsung selama empat hari hingga Sabtu ini.

Noraini berkata, segala pandangan disampaikan perwakilan ketika ucapan perbahasan mereka pada perhimpunan itu amat dihargai, termasuk mengenai isu pendidikan politik dan kenegaraan, mauduk institusi keagamaan, kebajikan wanita serta Undi18.

Bagaimanapun, jelasnya, mereka harus sedar bahawa ketika ini, UMNO bukan parti yang memerintah secara total.

Katanya, beliau bagaimanapun akan membawa perkara itu untuk perhatian pihak kerajaan.

“Berilah kepercayaan kepada kepimpinan kita yang berada di dalam barisan Kabinet untuk membawa suara dan mandat ahli UMNO daripada akar umbi,” katanya.

Mengulas lanjut, Noraini berkata, kini bukanlah masa untuk semua pihak dalam parti itu mencari salah, menuding jari dan bertelagah sesama sendiri.

Sebaliknya, beliau menegaskan, ini adalah masa untuk parti bekerja dan mengambil ‘langkah sederap’, memandangkan misi berdepan cabaran PRN di enam negeri masih belum selesai.

Justeru, Noraini mengingatkan perwakilan dan ahli parti itu supaya melunaskan tugasan besar bagi membawa cabaran berkenaan dengan berpegang kepada lima pembaharuan digariskannya ketika ucapan dasar pagi tadi.

“Paling penting sekarang, berjuanglah, kembalilah kita kepada rakyat. Kita datang dari rakyat, kita berkhidmat untuk rakyat dan semestinya kita mesti menjuarai segala isu berpaksikan rakyat!

“Lalu, atas nama Wanita UMNO, demi kelangsungan perjuangan dan parti tercinta ini, marilah kita bersetia, teguh bersatu,” katanya. - Getaran, 12 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Langgar Syarat Berpakaian, Wanita Tak Puas Hati Dihalang Masuk Hospital

4

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad