web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Saya Sudah Maafkan Mereka, Tapi… - Ahmad Zahid

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jan 2023 5:25PM

Ahmad Zahid Hamidi melawat gerai pameran, Pavilion Kementerian Desa dan Wilayah di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) sempena Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU 2022) - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sudah memaafkan 10 Ahli Parlimen yang ‘sanggup’ menandatangani surat akuan bersumpah (SD) bagi menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri, selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), November lalu.

Bagaimanapun, beliau menegaskan, Lembaga Disiplin UMNO akan terus melakukan pemantauan bagi melihat jika kumpulan itu ada melakukan sebarang gerakan.

Ahmad Zahid berkata, beliau yakin kesemua Ahli Parlimen itu akan tetap bersama-sama UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam mendukung kerajaan perpaduan.

“Saya mengambil pendirian bahawa kesemua 10 Ahli Parlimen itu terdiri daripada ahli UMNO dan ahli BN. Peristiwa itu berlaku dalam usaha pembentukan kerajaan ketika itu, di mana tidak ada mana-mana parti gabungan mempunyai kelayakan mengatasi 50 peratus daripada jumlah kerusi parlimen.

“Tentulah ketika itu usaha sudah dijalankan untuk 10 Ahli Parlimen ini menarik balik surat sokongan dengan membuat surat akuan sumpah untuk menarik balik.

“Oleh kerana perkara itu telah berlalu dan kini mereka bersama-sama dengan kerajaan perpaduan, saya nyatakan bahawa saya sudah memaafkan apa yang berlaku itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan gerai pameran, Pavilion Kementerian Desa dan Wilayah di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) sempena Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU 2022) di sini, hari ini.

Pada masa sama, Ahmad Zahid berkata, pendedahan dilakukan beliau berhubung isu berkenaan pada Taklimat Khas Presiden UMNO yang diadakan secara tertutup semalam adalah bagi memastikan mereka mengetahui apa yang berlaku, di sebalik penubuhan kerajaan perpaduan.

“Oleh kerana kita harus bergerak ke hadapan, maka yang terbaik ialah bagi kita menjadikan peristiwa itu sebagai pengajaran kerana keputusan Majlis Tertinggi (MT) dan BN, semua gerakannya haruslah dibuat secara’ on block’, cara satu pasukan.

“Maksudnya yang 10 itu telah bersama-sama mendukung semula. Kita hendaklah bergerak ke hadapan untuk melakar realiti baharu politik tanah air,” katanya.

Semalam, menerusi ucapan pada taklimat itu, Ahmad Zahid  mendedahkan bahawa 10 Ahli Parlimen BN, termasuk daripada UMNO bertindak menandatangani SD menyokong pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai Perdana Menteri.

Menerusi laporan media, beliau dikatakan memperincikan kawasan diwakili Ahli Parlimen berkenaan tanpa menyebut nama mereka, dengan empat daripadanya berasal dari Johor. – Getaran, 12 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Ahmad Zahid Terima Surat Rayuan Khairy Kembali Sertai UMNO

2

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

3

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

4

Politik 1 tahun yang lalu

6 Bekas Ahli Parlimen BERSATU Jadi Wakil Rakyat Bebas

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik