web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Buktikan 3 Perkara Ini Untuk Kata Tiada ‘Gelombang Hijau’ 

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jan 2023 5:25PM

Lim Kit Siang - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Veteran DAP, Lim Kit Siang menggariskan tiga perkara yang perlu dibuktikan untuk mengatakan tidak ada ‘gelombang hijau’, termasuk kegagalan Perikatan Nasional (PN) merampas Selangor pada pilihan raya negeri (PRN) nanti.  

Mantan Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berkata, perkara kedua yang wajar dibuktikan adalah kegagalan PN untuk merampas kerajaan Negeri Sembilan.  

Katanya, perkara ketiga adalah untuk membuktikan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) yang membentuk Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, memenangi lebih daripada tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah. 

“Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam ucapannya mengatakan PN boleh merampas kerajaan negeri Selangor dan mempunyai peluang 50-50 untuk merampas Negeri Sembilan pada PRN di Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu yang perlu diadakan dalam separuh pertama tahun ini. 

“Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor mengatakan bahawa PN boleh mendapatkan 33 daripada 36 kerusi DUN pada PRN akan datang, selain kerusi Kota Darul Aman, Bakar Arang dan Sidam, walaupun sebulan sebelum ini, Muhammad Sanusi mengatakan PN boleh memenangi semua 36 kerusi DUN di Kedah,” katanya hari ini.  

Kit Siang menambah, enam PRN yang bakal berlangsung itu mempunyai kepentingan khas kerana ia dilihat sebagai pilihan raya umum mini yang menjadi pembuka kepada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16).  

Jelasnya, PRN berkenaan juga akan menjadi ujian sama ada Kerajaan Perpaduan Anwar mempunyai kestabilan politik untuk bertahan selama lima tahun, bagi membolehkan Malaysia mengubah arahnya selepas enam dekad membina negara. 

“Usaha ini dilakukan melalui penetapan semula dasar kepada prinsip asal diterapkan tokoh kemerdekaan dalam Perlembagaan dan Rukun Negara, demi menjadikan Malaysia negara majmuk hebat dan bertaraf dunia,” katanya. - Getaran, 6 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

7 Ajaran Sesat Dikenal Pasti Di Selangor Dalam Tempoh 5 Tahun

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Kematian Pegawai Kanan Polis Tiada Unsur Jenayah - Shazeli

3

Politik 3 minggu yang lalu

MB Terengganu Ketua Pembangkang Baharu

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Selangor Taja 75 Individu Tunai Ibadah Haji Tahun Ini

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad