web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


6 PRN Ujian Penting Kerajaan Perpaduan - Kit Siang

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jan 2023 8:42PM

Kit Siang berkata Malaysia tidak boleh menjadi sebuah negara yang berpecah belah, gagal, dan kleptokratik. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Enam pilihan raya negeri (PRN) yang bakal diadakan kelak akan menjadi ujian penting untuk menentukan jika kerajaan perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim memiliki kestabilan politik dan mampu bertahan selama lima tahun.

Veteran DAP, Lim Kit Siang berkata, DAP perlu memastikan PRN di Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu menjadi satu sokongan yang kukuh terhadap kerajaan perpaduan Anwar untuk lima tahun akan datang.

“Enam PRN akan datang ini akan menjadi ujian penting untuk menentukan sama ada kerajaan perpaduan Anwar mampu bertahan selama lima tahun dalam mengubah Malaysia menjadi sebuah negara majmuk hebat yang bertaraf dunia,” katanya.

Menurut beliau, Malaysia masih mempunyai perjalanan panjang dalam sepertiga terakhir 100 tahun pertama penubuhan, untuk menghentikan kemerosotan dari sebuah negara hebat bertaraf dunia, kepada sebuah negara yang ‘biasa-biasa sahaja’.

“Malaysia tidak boleh menjadi sebuah negara yang berpecah belah, gagal, dan kleptokratik menjelang ulang tahun ke-100 negara pada tahun 2057.

“Kita bukan sahaja telah ditinggalkan dari segi pertumbuhan ekonomi di belakang negara yang sebelum ini dimusnahkan oleh peperangan seperti Vietnam dan Kemboja, tetapi kita juga telah terpesong dari prinsip asal pembinaan negara yang telah diterapkan dalam Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara oleh tokoh-tokoh kemerdekaan,” katanya.

Jelas beliau, tokoh terbabit merangkumi empat Presiden terawal UMNO iaitu Datuk Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Tun Razak Hussein dan Tun Hussein Onn.

Beliau menambah, setiap tokoh kemerdekaan negara pastinya akan malu sekiranya mendapat tahu negara diasaskan secara adil, bebas, demokratik, dan makmur dengan kerajaan yang bersih dan jujur telah terpesong jauh sehingga dianggap sebagai kleptokrasi di seluruh dunia.

“Kemerosotan negara telah menjadi amat serius dan terbuka sehingga ada orang yang tidak menerima prinsip asas pembinaan negara seperti termaktub dalam Perlembagaan dan Rukun Negara dapat diangkat menjadi menteri, malah, ada Perdana Menteri melalui ‘pintu belakang’,” katanya. - Getaran, 4 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Rakam Keterangan Lim Kit Siang Esok

2

Semasa 2 tahun yang lalu

‘Tun, Boleh Lawat Pameran Rukun Negara Jika Masih Kritik Prinsip Majmuk’

3

Politik 2 tahun yang lalu

Ini Bukan Tsunami PN, Mereka Masih Gagal Tumbangkan Kerajaan – Kit Siang 

4

Politik 2 tahun yang lalu

Titah Agong Perlu Dipatuhi, Bentuk Kestabilan Politik Negara - Kit Siang

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad