web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 16 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


UMNO Harus Sedar Percaturan Politiknya Merugikan Orang Melayu

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Dec 2022 6:54PM

Abdul Hadi Awang - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - UMNO harus sedar bahawa percaturan yang dibuat parti itu dengan memilih untuk bekerjasama dengan DAP dan rakan-rakannya akan merugikan orang Melayu dan Islam.

Meskipun pernah bekerjasama dengan DAP dan rakan-rakannya sebelum ini, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, PAS akhirnya menolak kerjasama tersebut.

Menurutnya, DAP didakwa menentang perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS termasuk menghalang dan mengkritik usaha parti terbabit untuk mengharamkan arak kepada orang Islam sahaja di negara ini, sekali pun ia diizinkan kepada orang bukan Islam. 

DAP juga jelas Hadi, menentang keras pelaksanaan syariat di setiap negeri yang dikuasai oleh PAS, walaupun ia hanya ingin dilaksanakan ke atas rakyat beragama Islam. 

“Ada orang kata mengapa dahulu PAS berkawan dengan DAP, maka jawabnya, dahulu kita berkawan dengan DAP berkonsepkan tahaluf siyasi yang membolehkan kita menentang kezaliman dan penyelewengan atas titik persamaan.

“Akan tetapi, DAP tidak menghormati konsep adanya perbezaan apabila mereka menentang Islam, malah menentang dasar-dasar dan perjuangan PAS.

“Bahkan, secara terbuka mereka membela orang Islam yang murtad,” dakwanya dalam artikel Minda Presiden PAS bertajuk ‘UMNO Sedang Dihanyutkan’ hari ini.   

Abdul Hadi memberitahu, Islam mengharamkan umatnya daripada berwala’ (bersetia) sehingga sanggup menjual akidah dan maruah umat terhadap mereka yang bermusuh serta menjadi ancaman kepada agama dan umat.

Beliau menegaskan, PAS tidak sekali-kali mati walaupun telah mengalami berpuluh kekalahan di semua peringkat.

“Adapun UMNO hanya kalah sekali sahaja. Marilah kita bersama pertahankan akidah perjuangan dan umat, janganlah hanyut dan dihanyutkan. 

“Kita hanya berbeza pendekatan sahaja, namun matlamat untuk menegakkan Islam dan mempertahankan bangsa bersama Islam adalah titik persamaan antara kita semua.

“Tegakkan Islam dan Melayu bersamanya, maka pasti semua bangsa dan kaum akan selamat. Tanpa akidah Islam dan Melayu, pasti semuanya tidak akan selamat,” katanya. - Getaran, 31 Disember 2022 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 15 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar