web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bajet 2023 Harus Fokus Perkasa Sekolah Pedalaman - Puad Zarkashi

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Dec 2022 3:03PM

Mohd Puad selamat menjalani pembedahan pada kedua-dua lutut di Pusat Perubatan KPJ Sentosa. - Gambar dari Facebook Mohd Puad Zarkashi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tumpuan Bajet 2023 harus diberikan kepada usaha memperkasa sekolah di kawasan pedalaman, khususnya Sabah dan Sarawak.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, peruntukan lebih besar perlu disediakan bagi tujuan tersebut, apatah lagi masih wujud ratusan sekolah di pedalaman kedua-dua negeri.

Menurut beliau, pelan seumpama itu sudah dilancarkan di Paitan, Sabah pada 2013.

“Perkara ini malangnya kurang diberi perhatian oleh Dr Maszlee Malik sewaktu beliau menyandang portfolio Menteri Pendidikan.

“Tidak nampak (Dr) Maszlee sampai ke sekolah pedalaman. Untuk ke sana, dia perlu tidur dua malam di rumah panjang,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Puad berkata, Kementerian Pendidikan atau Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) tidak semestinya diterajui oleh ahli akademik.

“Kalau orang akademik tetapi tidak ada political will pun tak guna juga. Yang penting idea dan komitmen. Maszlee pun asalnya orang akademik.

“Ada orang bukan politik seperti ahli akademik dan banker bila jadi menteri, dia lagi kuat main politik. Lebih parah bila tidak berjiwa rakyat. Tidur di rumah panjang pun tidak sanggup,” katanya, sinis.

Beliau turut melahirkan harapan agar Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dapat mempelajari struktur dan isu utama pendidikan dengan pantas.

“Jangan sampai suruh KSU (Ketua Setiausaha) atau KPPM (Ketua Pengarah) tolong jawab soalan pemberita masa sidang media,” katanya, memberi ingatan.

Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit itu selamat menjalani pembedahan pada kedua-dua lutut di Pusat Perubatan KPJ Sentosa, di sini.

Beliau memberitahu, ia adalah pembedahan lutut ketiga, selepas kali pertama berbuat demikian di Hospital Putrajaya beberapa tahun lalu.

“Kali kedua di Pusat Perubatan Gleneagles. Diharap yang ketiga ini recover sepenuhnya.

“Tetapi dalam tempoh tersebut dua kali saya dapat panjat Jabal Nur (Gura Hira) dan sekali Jabal Thur (tempat persembunyian Rasulullah) di Makkah. Semuanya kerana semangat dan keazaman. Cycling tetap diteruskan,” katanya. - Getaran, 31 Disember 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 2 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 3 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad