web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Zahid Yakin Perjanjian Persefahaman Kerjasama Antara Gabungan Politik Mampu Bertahan

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Dec 2022 7:00AM

Ahmad Zahid Hamidi - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin perjanjian persefahaman kerjasama antara gabungan parti politik dalam Kerajaan Perpaduan baru-baru ini mampu bertahan untuk tempoh jangka panjang.

Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berkata pihaknya bersetuju dengan perjanjian itu ketika perundingan kerana ia memiliki elemen mempertahan agama Islam, hak keistimewaan Orang Melayu, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kedaulatan Raja-Raja Melayu.

Beliau berkata ketika rundingan dilakukan dengan Pakatan Harapan (PH), elemen itu menjadi tajuk utama BN yang ingin memastikan bahawa perkara berkenaan tidak boleh dipertikai malah harus dipatuhi.

"Apabila perjanjian itu ditandatangani oleh pelbagai pihak, perkara itu juga tidak pernah dikompromi malah dijadikan sebagai antara asas pertama kepada perjanjian itu bukan sahaja untuk waktu ini tetapi untuk jangka panjang," katanya dalam program wawancara khas 'Jawab, Saya Tanya!' bertajuk Rekonsiliasi Politik: Apa Untung Pada Negara? yang bersiaran secara langsung di laman Facebook dan YouTube terbitan NRChannel TV malam tadi.

Pada 16 Disember lepas, lima gabungan politik utama iaitu PH, BN, Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Parti Warisan (Warisan) menandatangani perjanjian persefahaman kerjasama di Putrajaya bagi membentuk Kerajaan Perpaduan.

Perjanjian itu ditandatangani oleh Setiausaha Agung PH Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Agung BN Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, Setiausaha Agung GRS Datuk Masidi Manjun, Setiausaha Agung GPS Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan Setiausaha Agung Warisan Datuk Loretto Padua Jr dengan disaksikan oleh semua pengerusi gabungan terbabit.

Ahmad Zahid juga berkata berikutan keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 lepas, UMNO dan BN adalah lebih baik bersama dengan PH untuk kesinambungan jangka panjang parti dan gabungan politik itu.

"Dipendekkan penjelasan, Majlis Tertinggi (UMNO) telah memutuskan bahawa (jika) dengan PN (Perikatan Nasional), lebih banyak mudaratnya sebab mereka bertanding di kawasan sama kita bertanding iaitu kawasan yang mempunyai kelompok pengundi Melayu.

"Tentunya kita akan berperang di gelanggang yang sama. Kita lihat dari segi analisis politik dan kita lakukan beberapa unjuran bahawa potensi besar untuk kita menang semula kawasan-kawasan yang kita kurang undi dahulu, boleh kita gali semula potensinya," kata beliau.

Menyentuh kebersamaan dengan PH, Ahmad Zahid berkata gabungan parti politik dalam Kerajaan Perpaduan perlu bergerak ke hadapan dan bekerja secara sepasukan selagi mereka bersatu dalam penyatuan pemikiran, hati nurani serta tindakan.

Beliau juga berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah bersetuju untuk mencari titik persamaan bagi kesemua manifesto parti dalam Kerajaan Perpaduan supaya kerjasama antara mereka dapat memberi manfaat kepada rakyat.

Katanya matlamat UMNO dan BN adalah untuk mewujudkan kestabilan politik dan menjamin kesejahteraan rakyat secara keseluruhan dalam jajaran baharu politik nasional.

Ahmad Zahid juga berkata beliau akan memberi penjelasan terperinci kepada ahli UMNO berkaitan landskap baharu politik dalam negara menerusi ucapan dasar pada Perhimpunan Agung parti itu yang dijadualkan berlangsung dari 11 hingga 14 Januari depan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

Desak Letak Jawatan: ‘Saya Jumpa Presiden Untuk Mohon Maaf Secara Peribadi’ - Onn Hafiz 

2

Politik 1 bulan yang lalu

Politik Melayu Akan Lemah Jika Terus Dibelenggu Perpecahan - Ahmad Zahid

3

Kolum 1 bulan yang lalu

Mampukah Zahid Bergelar Perdana Menteri? 

4

Politik 1 bulan yang lalu

UMNO Tidak Pernah Berhasrat Jadi Pembangkang Di Negeri Sembilan - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 23 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar