Berita Terkini

19 minit yang lalu: Ketua NATO: Imbangan kuasa di Indo-Pasifik kini beralih pantas 19 minit yang lalu: UMNO jumpa RoS , jelas aduan jawatan presiden, timbalan tidak dipertandingkan 19 minit yang lalu: MU terpaksa lupakan khidmat Eriksen sehingga lewat April 20 minit yang lalu: Azizulhasni cipta rekod, Pandelela kembali raih Olahragawati Kebangsaan 20 minit yang lalu: Konsep Malaysia Madani langkah pacu pembangunan negara - TPM Ahmad Zahid

IKUTI KAMI


Perjanjian Persefahaman Kerajaan Perpaduan

Politik Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 16 Dec 2022 4:46PM

Majlis menandatangani Permuafakatan Antara Gabungan Dibawah Kerajaan Perpaduan - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PERJANJIAN PERSEFAHAMAN KERJASAMA UNTUK MEMBENTUK KERAJAAN GABUNGAN (YANG DIKENALI KERAJAAN PERPADUAN MALAYSIA) INI BAGI KESTABILAN, PEMBAHARUAN, PERPADUAN SOSIAL DAN INKLUSIF
adalah dibuat pada 16 hari bulan Disember 2022

Antara
PAKATAN HARAPAN sebuah gabungan yang mengandungi parti-parti politik yang secara khususnya didefinisikan di Bahagian A Lampiran 1 disini (selepas ini dirujuk sebagai “PH”) sebagai satu pihak,
BARISAN NASIONAL adalah sebuah gabungan yang mengandungi parti-parti politik yang secara khususnya didefinisikan di Bahagian B Lampiran 1 disini (selepas ini dirujuk sebagai “BN”) sebagai satu pihak yang lain,
GABUNGAN PARTI SARAWAK adalah sebuah gabungan yang mengandungi parti-parti politik yang secara khususnya didefinisikan di Bahagian C Lampiran 1 disini (selepas ini dirujuk sebagai “GPS”) sebagai satu pihak yang lain,
GABUNGAN RAKYAT SABAH adalah sebuah gabungan yang mengandungi parti-parti politik yang secara khususnya didefinisikan di Bahagian D Lampiran 1 disini (selepas ini dirujuk sebagai “GRS”) sebagai satu pihak yang lain,
Dan
PARTI WARISAN (selepas ini dirujuk sebagai “WARISAN”) adalah sebuah parti politik sebagai satu pihak yang lain.
 

RESITAL

A. BAHAWA menurut mandat daripada pengundi-pengundi Malaysia yang dizahirkan di dalam Pilihanraya Umum Ke-15 yang telah diadakan pada 19hb November 2022, yang mana tiada satu pun parti memenangi kerusi parlimen yang mencukupi untuk membentuk Kerajaan Persekutuannya sendiri; PH dengan lapan puluh dua (82), BN dengan tiga puluh (30), GPS dengan dua puluh tiga (23), GRS dengan enam (6), WARISAN dengan (3), dan dengan bersama-sama parti-parti lain Parti Bangsa Malaysia (“PBM”), Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (“KDM”) dan calon- calon bebas, dengan secara kumulatif kerusi-kerusi yang dimenangi oleh PH, BN, GPS, GRS, WARISAN, PBM, KDM dan dua (2) ahli parlimen bebas telah mencecah seratus empat puluh lapan (148) ataupun dua pertiga daripada jumlah ahli Dewan Rakyat.

B. DAN BAHAWA Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agong dengan kebijaksanaannya menitahkan hasrat Tuanku supaya satu kerajaan perpaduan ditubuhkan demi kestabilan politik bagi membolehkan operasi dan urusan Kerajaan Persekutuan dijalankan secara sepatutnya dan dengan cekap.

C. DAN BAHAWA gabungan-gabungan PH, BN, GPS, GRS dan WARISAN yang menjadi pihak-pihak kepada Perjanjian Persefahaman Kerjasama ini dan parti-parti PBM dan KDM serta calon-calon bebas yang secara kumulatif membentuk dua pertiga daripada jumlah ahli Dewan Rakyat, dengan ini beriltizam menjana kesepakatan rakyat untuk memacu Malaysia di atas landasan yang progresif dan majmuk, supaya Kerajaan Persekutuan mengambil langkah yang perlu agar dasar, program, pendirian, perlakuan dan pembawaan kerajaan menjunjung peruntukan- peruntukan Perlembagaan Persekutuan berhubung kedudukan Islam, Melayu/Bumiputra, Raja-raja Melayu dan Bahasa Melayu, sementara pada masa yang sama Kerajaan Persekutuan juga akan mempertahankan hak dan kebebasan rakyat bukan Melayu/Bumiputra/Islam mengamalkan agama, kepercayaan dan adat masing-masing mengikut Perlembagaan Persekutuan, agar keseluruhan semua rakyat Malaysia boleh hidup dalam suasana harmoni, saling mempercayai, mendapat peluang yang adil mengikut keperluan, dan saling memakmurkan dalam konteks hidup bernegara yang majmuk.

D. DAN BAHAWA gabungan-gabungan PH, BN, GPS, GRS dan WARISAN yang menjadi pihak-pihak kepada Perjanjian Persefahaman Kerjasama ini dan parti-parti PBM dan KDM serta calon-calon bebas yang secara kumulatif membentuk dua pertiga daripada jumlah ahli Dewan Rakyat, adalah berhasrat dengan komitmen yang tinggi, demi negara Malaysia secara keseluruhannya, berusaha ke arah memakmurkan dan menyejahterakan rakyat selepas berlakunya krisis ekonomi dan kesihatan awam akibat pandemik COVID-19, dengan memulihkan kestabilan politik dan melaksanakan suatu agenda perpaduan dan reformasi, seterusnya membina sebuah negara Malaysia yang lebih baik, stabil, sejahtera, inklusif, dan makmur.

E. DAN BAHAWA gabungan-gabungan PH, BN, GPS, GRS dan WARISAN yang menjadi pihak-pihak kepada Perjanjian Persefahaman Kerjasama ini dan parti-parti PBM dan KDM serta calon-calon bebas yang secara kumulatif membentuk dua pertiga daripada jumlah ahli Dewan Rakyat, telah bersetuju untuk memasuki sebuah gabungan untuk membentuk Kerajaan Perpaduan Malaysia bagi tempoh lima (5) tahun Parlimen Ke-15 atas dasar muhibah, keyakinan bersama dan prosedur- prosedur mengikat yang dipegang bersama, dengan mengangkat konsep muafakat keputusan dan kebertanggungjawaban bersama, serta menghormati identiti dan orientasi setiap Parti di atas terma-terma serta syarat-syarat yang dinyatakan di dalam Perjanjian Persefahaman Kerjasama ini.

 

DENGAN INI PIHAK-PIHAK DISINI bersetuju seperti berikut:

1) Definisi danTafsiran
Melainkan keadaan dan konteks sebaliknya diperlukan, terma-terma berikut atau ekspresi-ekspresi hendaklah mempunyai maksud seperti berikut:
i) “Perjanjian Persefahaman Kerjasama” hendaklah bermaksud Perjanjian ini dan apa-apa perjanjian tambahan yang dibuat selepasnya berkaitan dengan pembentukan dan operasi Kerajaan Perpaduan Malaysia.
ii) “Kerajaan Perpaduan Malaysia” hendaklah bermaksud kerajaan gabungan yang mengandungi PH, BN, GPS, GRS dan WARISAN bersama-sama dengan parti-parti politik PBM dan KDM serta calon- calon bebas yang bersetuju untuk menyertai Kerajaan Perpaduan Malaysia di atas terma-terma, syarat- syarat yang dinyatakan di dalam Perjanjian Persefahaman Kerjasama ini dan/atau atas terma-terma dan syarat-syarat yang dipersetujui bersama dengan parti politik atau gabungan tersebut.
iii) “Parti”, “Parti-Parti”, “Parti tersebut” atau “Parti-Parti tersebut” hendaklah merujuk kepada samada PH, BN, GPS, GRS dan WARISAN, atau parti-parti politik PBM atau KDM atau calon-calon bebas yang bersetuju untuk menyertai Kerajaan Perpaduan Malaysia, mengikut mana-mana yang berkenaan atau kesemuanya secara kolektif.
iv) “PerlembagaanPersekutuan” hendaklah merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

2) Matlamat
a) Parti-Parti dengan ini bersetuju untuk menjunjung kebenaran yang utuh dan dengan penuh kesetiaan kepada Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) sebagai Ketua Negara dan akan memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.
b) Parti-Parti mengisytiharkan komitmen mereka dan matlamat Kerajaan Perpaduan Malaysia seperti berikut:
i) Mewujudkan masyarakat adil dan negara demokratik yang progresif, inklusif serta bersatu padu berlandaskan acuan Malaysia dan berteraskan prinsip Rukun Negara;
ii) Mempertahankan sistem Raja Berperlembagaan, memperkukuh Demokrasi Berparlimen dan mendukung hak serta kuasa rakyat dan berusaha untuk memantapkan sistem politik negara yang sesuai dengan kehendak serta kepentingan rakyat;
iii) Memelihara Islam sebagai agama Persekutuan sambil memastikan bahawa hak masyarakat bukan Islam mengamalkan agama atau kepercayaan masing-masing terus terjamin seperti termaktub dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan, dan menggalakkan peranan agama serta nilai- nilai sejagat untuk menegakkan kebenaran, keadilan, ketinggian akhlak dan martabat manusia dengan memupuk semangat toleransi dan saling menghormati sesama insan;
iv) Mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, di samping menjamin hak rakyat mengguna, mempelajari dan mendapat pendidikan dalam bahasa-bahasa lain seperti termaktub dalam Perkara 152 (tertakluk kepada Perkara 161) Perlembagaan Persekutuan; dan menggalak perkembangan kebudayaan serta kesenian Malaysia, berasaskan unsur-unsur unggul daripada semua warisan peradaban yang wujud di negara ini;
v) Menegakkan keluhuran dan kedaulatan undang-undang, kebebasan kehakiman dan institusi-institusi awam, dan keberkesanan serta profesionalisme pasukan keselamatan;
vi) Memperkuatkan dan mengupayakan pemisahan kuasa di antara cabang- cabang eksekutif, perundangan dan kehakiman Kerajaan Persekutuan, supaya satu sistem pemerintahan yang mempunyai timbang tara yang kuat dapat dipupuk demi mengelakkan pemusatan kuasa dan penyelewengan;
vii) Menjamin kebebasan berfikir, bersuara, bergerak, berhimpun dan berpersatuan kepada semua dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan dalam acuan Malaysia, ke arah membentuk masyarakat majmuk yang mengutamakan kemuliaan insan, nilai persaudaraan sejagat sesama insan, prinsip amanah dan kebertanggungjawaban yang diamalkan dengan tegas dalam semua bidang politik, pentadbiran dan ekonomi;
viii) Mengukuhkan sistem pemerintahan Persekutuan yang adil, bertanggungjawab serta demokratik dalam mengimbangi kepentingan negeri- negeri dengan kekuasaan kerajaan Pusat selaras dengan semangat persekutuan yang menjadi asas pembentukan Malaysia;
ix) Menjunjung semangat kerjasama, kesetiaan kepada persekutuan dan perkongsian kuasa secara adil di antara Semenanjung, Sarawak dan Sabah dengan memperkasakan kedudukan politik dan ekonomi yang saksama mengikut kerangka Perjanjian Malaysia tahun 1963, Laporan IGC dan Suratcara dilampir padanya didalam Perlembagaan Persekutuan serta Perlembagaan-Perlembagaan Sarawak dan Sabah.
x) Mengamalkan ekonomi yang adil dan dinamik berteraskan prinsip- prinsip pembangunan lestari, yang mengutamakan pertumbuhan serta pengagihan yang adil, dan bebas daripada sebarang bentuk penyelewengan, demi membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum serta memanfaatkan potensi ekonomi setiap individu dan kumpulan tanpa mengira latar belakang;
xi) Memastikan pembelaan ekonomi yang adil berasaskan keperluan kepada setiap rakyat yang miskin dan terbiar tanpa mengira latar belakang, kaum dan wilayah, untuk mempercepatkan mobiliti sosial di dalam masyarakat dan menyerlahkan potensi ekonomi yang dinikmati bersama dalam konteks kehidupan bernegara dan masyarakat majmuk;
xii) Menyediakan kemudahan pendidikan, kesihatan, perumahan dan pengangkutan awam yang bermutu sebagai tanggungjawab sosial pemerintah, terutama sekali bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
xiii) Memperjuangkan serta menjamin hak bekerja, upah yang adil dan setara dengan kelayakan dan pengalaman pekerja, keselamatan di tempat kerja dan mutu kehidupan yang baik untuk setiap rakyat;
xiv) Mengiktiraf martabat dan peranan wanita sebagai tonggak dan penggerak masyarakat, menghayati falsafah hormat wanita, memastikan wanita bebas daripada diskriminasi dan eksploitasi, mengupayakan wanita untuk mencapai kesaksamaan dalam kepimpinan dan membuat keputusan dengan sekurang- kurangnya penglibatan tiga puluh peratus, demi memastikan hak serta kepentingan mereka terpelihara;
xv) Memperjuangkan hak dan pengembangan potensi belia dan remaja serta menjamin peranan yang bermakna bagi mereka dalam semua bidang kehidupan;
xvi) Meningkatkan mutu hidup Orang Asal, di samping menjaga warisan adat mereka, menyediakan rancangan pembangunan yang sesuai setelah berunding dengan mereka, dan melindungi hak mereka ke atas Tanah Adat;
xvii) Melindungi alam semula jadi daripada pemusnahan, perubahan iklim; mencegah perosakan serta meningkatkan mutu alam sekitar dan memastikan pembangunan yang mampan dan lestari; dan
xviii) Mengembangkan dasar dan hubungan luar yang berkecuali, bebas dan aktif dengan mengutamakan penggalakan perdagangan, persaudaraan sejagat sesama Islam, kesatuan ASEAN, hak asasi manusia, perubahan iklim, penyelesaian konflik antarabangsa secara aman dan keselamatan insan.

3) JemaahMenteri, AnggotaPentadbiran, Keanggotaan dan Kepimpinan Parlimen

a) Jemaah Menteri hendaklah terdiri daripada dua puluh lapan (28) orang Menteri atau apa-apa jumlah yang dianggap praktikal dan berkesan untuk pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

b) Kerajaan Perpaduan Malaysia akan memperkasa dan mengupaya Parlimen sebagai mekanisme timbang tara dengan mewujudkan Jawatankuasa-jawatankuasa Pilihan Khas bagi memantau dan menyemak portfolio-portfolio Jemaah Menteri.

c) Portfolio Jemaah Menteri hendaklah diagihkan oleh Perdana Menteri setelah melalui perbincangan dengan ketua-ketua Parti-Parti lain yang membentuk Kerajaan Perpaduan Malaysia dan yang menjadi pihak-pihak dalam Perjanjian Persefahaman Kerjasama ini, iaitu terdiri daripada PH, BN, GPS, GRS dan WARISAN.

d) PembahagianportfolioJemaahMenteridanpengerusiJawatankuasa-jawatankuasa Pilihan Khas hendaklah berkadar dengan jumlah Ahli Parlimen setiap Parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan Malaysia.

e) Apa-apa perubahan kepada pembahagian portfolio Jemaah Menteri dan pengerusi Jawatankuasa-jawatankuasa Pilihan Khas antara Parti-Parti hendaklah dibincangkan oleh Perdana Menteri dengan ketua-ketua Parti-Parti lain yang membentuk Kerajaan Perpaduan Malaysia dan yang menjadi pihak-pihak dalam Perjanjian Persefahaman Kerjasama ini, iaitu terdiri daripada PH, BN, GPS, GRS dan WARISAN.
Perdana Menteri berhak merombak dan merubah jumlah, portfolio dan lantikan ke Jemaah Menteri atau apa-apa lantikan yang dipersetujui melalui Perjanjian Persefahaman Kerjasama ini dengan persetujuan majoriti ketua-ketua Parti-Parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan Malaysia dan yang menjadi pihak-pihak dalam Perjanjian Persefahaman Kerjasama ini.

f) Kerajaan Perpaduan Malaysia ini memberi komitmen untuk mencapai sasaran tiga puluh (30) peratus penglibatan wanita di peringkat anggota pentadbiran.
 

4) Usul Percaya dan Rang Undang-undang Perbekalan
a) Setiap Parti-Parti dan pihak-pihak hendaklah mengundi untuk menyokong Perdana Menteri dalam usul-usul berkait dengan usul percaya, perbekalan dan/atau apa-apa usul berbentuk prosedur yang mempunyai kesan kepada keabsahan Kerajaan Persekutuan mengikut Perlembagaan Persekutuan. Setiap Parti-Parti dan pihak- pihak hendaklah bertanggungjawab untuk menguruskan secara dalaman di dalam Parti-Parti mereka bagi memastikan sokongan parlimen untuk mengekalkan Kerajaan Perpaduan Malaysia dalam sebarang undian yang membawa kesan kepada keabsahan Kerajaan Perpaduan Malaysia mengikut Perlembagaan Persekutuan.

b) Setiap Parti-Parti dan pihak-pihak hendaklah memastikan bahawa setiap Ahli Parlimen mereka mengundi menurut klausa 4(a) di atas. Kegagalan, keengganan atau kecuaian dari berbuat demikian hendaklah diambil kira sebagai pelanggaran tanggungjawab Ahli Parlimen secara individu kepada Parti itu, yang dianggap sebagai perletakkan jawatan dan/atau pemberhentian daripada menjadi Ahli Parlimen dan bahawa kerusi beliau dikosongkan dalam kerangka maksud Artikel 49A(1) Perlembagaan Persekutuan. Parti Ahli Parlimen tersebut hendaklah mengeluarkan notis kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat atas pengosongan tersebut menurut Artikel 49A(1) Perlembagaan Persekutuan untuk memberi notis kepada Suruhanjaya Pilihanraya untuk mengadakan pilihanraya kecil.

c) Kerajaan Perpaduan Malaysia dalam Perjanjian Persefahaman Kerjasama ini adalah berasaskan parti politik. Ini adalah penzahiran kepada langkah-langkah menguatkuasa undang- undang anti lompat parti melalui akta-akta secara kumulatif, iaitu Akta Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 yang telah diluluskan, diwartakan dan dikuatkuasakan yang meminda Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan untuk menyekat kebebasan berhimpun ahli Dewan Rakyat; Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan yang baharu berkenaan larangan lompat parti; dan Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf parti politik sebagai teras dalam sistem demokrasi berparlimen Malaysia. Perkara 43(2)(a) berkenaan dengan pelantikan Perdana Menteri, Perkara 43(2)(b) berkenaan dengan pelantikan ahli Jemaah Menteri dan Perkara 43A berkenaan dengan pelantikan Timbalan Menteri perlu dibaca sejajar dan konsisten kepada Akta Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022.

d) Parti-Parti dan pihak-pihak kepada Perjanjian Persefahaman Kerjasama ini adalah asas kepada penubuhan Kerajaan Perpaduan Malaysia ini. Parti-Parti dan pihak- pihak kepada Perjanjian Persefahaman Kerjasama ini mempunyai prerogatif tunggal dalam memastikan ahli Dewan Rakyat masing-masing mengundi segala usul, terutamanya berkenaan kepercayaan dan bekalan Kerajaan Perpaduan Malaysia ini berdasarkan arahan Parti masing-masing.

5) Majlis Perundingan dan Timbang Tara

a) Sebuah Majlis Perundingan yang dianggotai oleh wakil-wakil yang diperakukan oleh parti-parti utama iaitu PH, BN, GPS, GRS dan WARISAN yang membentuk Kerajaan Perpaduan Malaysia hendaklah diwujudkan.
b) Majlis ini berperanan untuk memastikan segala terma-terma yang dipersetujui dalam Perjanjian Persefahaman Kerjasama ini dapat dilaksanakan dengan cermat dan teratur agar Kerajaan Perpaduan Malaysia dapat beroperasi dengan stabil dan berkesan, tanpa menjejaskan dasar, polisi dan orientasi parti-parti yang bersetuju untuk membentuk kerjasama ini.
c) Sebarang perselisihan dan salah faham hendaklah diselesaikan secara harmoni melalui Majlis ini

Sorotan

1

UMNO Jumpa RoS, Jelas Aduan Jawatan Presiden, Timbalan Tidak Dipertandingkan

2

Anwar Terima Teguran, Beri Penjelasan Berhubung Lantikan Nurul Izzah

3

PM Mahu Kontijen Malaysia Bawa Pulang Emas Pertama Olimpik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Hutang Negara: Kita Perlu Bantuan, Nurul Izzah Lakukan Tanpa Gaji - Kulasegaran

oleh Susan Albert

Semasa 1 hari yang lalu

Zambry Yakin Isu Dua Hala Malaysia-Singapura Dapat Terus Dibincang Dalam Konteks Konstruktif

Semasa 14 jam yang lalu

Skor CPI Malaysia 2022 Merosot Kepada 47 Mata

oleh Sofian Baharom

Semasa 11 jam yang lalu

Cadangan Sesi Persekolahan Mula 8 Pagi, Netizen Berbeza Pendapat

oleh Sofian Baharom