web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Annuar Pasrah Takdir Dipecat Daripada UMNO, Mahu Fokus Kepada MN

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Dec 2022 2:10PM

Annuar Musa - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kecewa tetapi terpaksa akur dengan pemecatan UMNO baru-baru ini, veteran politik Tan Sri Annuar Musa kini meletakkan sasaran membina Muafakat Nasional (MN) sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang aktif.

Walaupun mantan Setiausaha Agung UMNO itu pasrah dengan nasibnya disingkirkan secara tiba-tiba selepas mendedikasikan lebih 40 tahun hidupnya kepada parti, beliau berhasrat untuk terus maju tanpa menyimpan sebarang niat buruk terhadap pihak yang bertanggungjawab memecatnya.

“Saya tidak akan meminta pemecatan saya dipertimbangkan semula. UMNO masih belum memaklumkan kepada saya mengapa saya dipecat. Mereka tidak meminta untuk mendengar pendapat saya (sebelum mengeluarkan surat pemecatan).

“Perkara seterusnya yang saya tahu, saya menerima surat memaklumkan keahlian UMNO saya telah dilucutkan. Saya berkawan dengan ahli Majlis Tertinggi (parti) tetapi mereka tidak menghubungi saya untuk memaklumkan mengenai perkara itu,” kata mantan Ahli Parlimen Ketereh itu.

Annuar yang pernah berkhidmat dalam Kabinet Persekutuan dalam empat portfolio berbeza berkata demikian semasa sidang media di ibu pejabat MN di sini hari ini.

Jelasnya lagi, beliau tidak akan membiarkan kekecewaan terhadap pemimpin Barisan Nasional (BN) semasa menjejaskan perjuangannya untuk rakyat.

Beliau menegaskan MN akan menjadi "kumpulan apolitikal", dan bersedia untuk bekerjasama dengan kedua-dua belah jurang politik.

Sambil merujuk kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Annuar berkata, walaupun Presiden UMNO itu menafikan cintanya kepada parti, beliau tetap menjadi penyokong cita-cita yang dipegang oleh parti yang dianggotainya sejak 1979.

“Keahlian (parti) hanyalah formaliti. Perjuangan masih sama.

“Allah dan UMNO sudah memberi saya begitu banyak. Saya tidak tahu rancangan lain yang Allah sediakan untuk masa depan saya, tetapi saya hanya mahu berkawan dengan semua orang dan berbuat baik,” katanya.

Annuar bagaimanapun menegaskan beliau masih menganggap Zahid sebagai kawan dan tidak menyimpan dendam terhadap Timbalan Perdana Menteri itu.

Sambil memberitahu negara amat memerlukan satu kuasa yang boleh menyatukan rakyat semua kaum, beliau berkata, MN tertumpu pada tema kasih sayang, perpaduan dan rasa hormat.

“Tiada tempat untuk cauvinis dan perkauman di negara kita. Apa yang kita perlukan adalah prinsip sederhana sambil memastikan kumpulan terbesar iaitu Melayu-Islam bersatu dan menghormati hak inklusif untuk semua,” katanya.

Beliau berkata, antara inisiatif yang dirancang pertubuhan itu ialah menganjurkan program sekolah politik untuk mendidik belia tentang demokrasi, perlembagaan persekutuan dan kontrak sosial negara.

Selain itu, beliau juga mengumumkan Ahli Dewan Tertinggi MN yang dibarisi beberapa tokoh ternama seperti Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tan Sri Noh Omar, Datuk Seri Edmund Santhara Kumar dari Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan pendakwah bebas, Mohd Ridhuan Tee Abdullah.

Selain itu, ia turut dianggotai, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof, Pengerusi Pejuang Badan Perhubungan Negeri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, artis veteran terkenal Datuk Jamal Abdillah dan pelakon Ummi Nazeera. – The Vibes, 15 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Bicara Kes Pengarah Hydroshoppe Didakwa Tawar Annuar Musa RM500,000 Mula 10 Sept

2

Politik 2 tahun yang lalu

Bukan UMNO Runtuhkan Muafakat Nasional - Ahmad Zahid

3

Politik 2 tahun yang lalu

Annuar Sertai PAS Satu Pembohongan, Buat Demi Kepentingan Diri - Mohd Puad

4

Politik 3 tahun yang lalu

Annuar Sah Ahli PAS

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 4 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam