web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sah! Ezam Timbalan Pengerusi PRM Yang Baharu

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Dec 2022 5:09PM

Mohamad Ezam Mohd Nor - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan pemimpin PKR, Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor sah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Parti Rakyat Malaysia (PRM) menggantikan Tan Chow Kang yang meletak jawatan 11 Disember lalu.

Perkara itu turut diumumkan Ezam menerusi satu hantaran di Facebook miliknya hari ini.

“Rasmi. Semoga Allah beri kekuatan berjuang sedaya upaya melakukan perubahan, islah khususnya melawan elit jahat korup yang terus berkuasa di negara ini,” katanya.

Menurut Ezam, beliau menyertai PRM kerana parti itu menepati ciri-ciri yang dikehendaki dalam perjuangannya iaitu melakukan reformasi dan perubahan.

“Saya tiada agenda memegang jawatan tinggi dalam parti. Saya kembali ke tanah air akhir tahun 2019 hanya untuk membantu reformasi yang diserang teruk oleh Perdana Menteri pada masa itu (Tun Dr Mahathir Mohamad).

“PRM menepati ciri saya perlukan untuk menjadi platform meneruskan perjuangan melakukan reformasi, perubahan, islah jalur keras kerana PRM satu-satunya parti berdiri sendiri berjuang tanpa kompromi dengan mana-mana kelompok elit jahat,” katanya.

Ketua Penerangan PRM, Tan Kang Yap menerusi kenyataan hari ini berkata, pelantikan Ezam diputuskan sebulat suara semua ahli jawatankuasa pusat (AJKP) yang menghadiri mesyuarat tersebut pada 11 Disember lalu.

Jelas beliau, Ezam antara individu yang menerajui gerakan reformasi ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat jawatan Timbalan Perdana Menteri.

“Ezam juga pernah memegang jawatan Pengerusi Muda PKR. Beliau juga bertanding di Parlimen Petaling Jaya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) ,” katanya.

Justeru, Kang Yap berharap agar pengalaman dan kebolehan kepimpinan Mohamad Ezam dapat membawa parti ke tahap lebih tinggi serta jauh ke hadapan.

Ujarnya lagi, dengan pelantikan Mohamad Ezam dan presiden dari kaum Melayu, lagi menonjolkan keadaan sebenar arena politik Malaysia pelbagai kaum yang didominasi golongan tersebut.

Sebelum ini Mohamad Ezam adalah ahli UMNO, namun keluar dan menyertai PKR pada 1998 sebelum keluar pada 2007.

Bagaimanapun, beliau kembali kepada UMNO pada 28 Mei 2008 dan dilantik sebagai Pengarah Komunikasi Kementerian Kewangan mulai 2014 hingga 2016 ketika Datuk Seri Najib Razak menjadi Presiden UMNO, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Mohamad Ezam kemudian mengumumkan keluar daripada UMNO pada Oktober 2016, setelah kononnya gagal melaksanakan transformasi dalam kerajaan, terutama berkaitan Akta Rahsia Rasmi. - Getaran, 14 Disember 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad