web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Kit Siang Tak Senang Lihat Peningkatan Sokongan Terhadap PAS’ - Khairil Nizam

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Dec 2022 8:37PM

PAS mendakwa Lim Kit Siang tidak senang melihat trend peningkatan sokongan rakyat yang signifikan terhadap parti Islam itu. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - PAS mendakwa Lim Kit Siang tidak senang melihat trend peningkatan sokongan rakyat yang signifikan terhadap parti Islam itu, memandangkan ia dianggap akan menggagalkan dominasi politik DAP.

Ketua Penerangan PAS, Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, peningkatan sokongan terhadap PAS akan menggagalkan dominasi politik DAP untuk memerintah dan ‘memperkudakan’ pemimpin Melayu bagi menjayakan misi mereka.

Tegasnya, lima penulisan veteran DAP itu mengenai gelombang hijau, politik Islam dan Islamophobia menunjukkan wajah sebenar beliau serta parti terbabit.

Khairil Nizam Khirudin - Gambar fail
Khairil Nizam Khirudin - Gambar fail

“Mereka sedang mengalami paranoia dan menghina pilihan rakyat dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Khairil Nizam yang juga Ahli Parlimen Jerantut itu berkata, Kit Siang sepatutnya akur dengan pilihan rakyat yang memilih untuk memiliki sebuah kerajaan bersih dan menolak penipuan.

“Lim Kit Siang harus akur, jika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) adalah desakan rakyat menolak rejim kleptokrat, maka PRU-15 adalah hasrat sebenar rakyat yang mahukan sebuah kerajaan bersih, tolak penipuan janji, penyakau, tsunami Melayu dan anti rasisme DAP.

“Lonjakan sokongan sebanyak 44 peratus dan undi popular sebanyak 4.6 juta adalah mandat pengundi yang harus dihormati,” katanya.

Pada masa sama, Khairil Nizam mendakwa Perikatan Nasional (PN) menjadi harapan utama orang Melayu dan Bumiputera, berbanding Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) untuk masa depan politik Malaysia.

“Bagaimana jika kita tafsirkan sokongan pengundi Cina terhadap DAP pula ialah sokongan kepada pembentukan negara yang menyamaratakan hak kaum dan menentang konsep Bumiputera, seperti termaktub dalam Deklarasi Setapak?

“Sikap paranoia dan Islamophobia DAP bukan baharu. Sejak agenda Penyatuan Ummah dilancarkan dua tahun lalu, DAP membakar provokasi Talibanisme dan ekstremisme terhadap politik Melayu Islam.

“Mereka (DAP) menanam doktrin dan strategi ‘bogeyman’ dalam kalangan orang Cina terhadap PAS,” katanya. - Getaran, 12 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

2

Semasa 1 tahun yang lalu

DAP Ketandusan Pemimpin India

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pengganti Chow Kon Yeow Di Pulau Pinang Jadi Tanda Tanya

4

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 4 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan