web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'Buat Masa Ini, Jangan Tinggalkan Parti' - Annuar

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Dec 2022 6:22PM

Annuar Musa sudah memimpin UMNO Ketereh sejak 35 tahun lalu - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Walaupun baru saja dipecat, mantan Ketua UMNO Ketereh, Tan Sri Annuar Musa bersikap rasional apabila menasihatkan ahli UMNO bahagian supaya jangan meninggalkan parti buat masa ini.

Dalam hantaran ringkas di Facebook, Annuar turut berkongsi detik beliau mengadakan pertemuan dengan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Ketereh, malam tadi.

Menurutnya, beliau sudah memimpin UMNO Ketereh sejak 35 tahun lalu.

"Pesan saya pada mereka, jangan bersedih. Ini sebahagian daripada harga perjuangan dan memilih untuk berkata benar, walaupun pahit.

"Pesan saya, buat masa ini, jangan tinggalkan parti. Banyak bersabar," katanya.

Mantan Ahli Parlimen Ketereh itu memberitahu, beliau akan mengadakan pertemuan dengan semua 123 Ketua Cawangan, Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Ketereh petang ini.

Semalam, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengesahkan pemecatan Annuar dan dua lagi pemimpin akar umbi pada Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT).

Ahmad berkata, pemecatan Annuar bersama Ketua Wanita UMNO Arau, Datuk Seri Shamsiah Yasin dan Ketua Wanita UMNO Maran, Datin Seri Fatimah Kassim dibuat mengikut Fasal 10.6 Perlembagaan parti.

Ahmad berkata, pemecatan Annuar bersama Ketua Wanita UMNO Arau, Datuk Seri Shamsiah Yasin dan Ketua Wanita UMNO Maran, Datin Seri Fatimah Kassim dibuat mengikut Fasal 10.6 Perlembagaan parti - Gambar Fail
Ahmad berkata, pemecatan Annuar bersama Ketua Wanita UMNO Arau, Datuk Seri Shamsiah Yasin dan Ketua Wanita UMNO Maran, Datin Seri Fatimah Kassim dibuat mengikut Fasal 10.6 Perlembagaan parti - Gambar Fail

“UMNO mempunyai hak untuk melucutkan keahlian mana-mana pemimpin parti itu sekiranya didapati melanggar Fasal 20.9 Perlembagaan UMNO dan perkara mengenai tata etika ahli.

"Surat rasmi perlucutan keahlian akan dihantar hari ini (semalam),” katanya. 

Annuar pada akhir bulan lalu menerusi satu sidang media mendakwa, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi perlu berundur selepas menjadi liabiliti atas persembahan buruk Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Zahid katanya, perlu bertanggungjawab atas kegagalan beliau memimpin parti untuk memenangi PRU-15. - Getaran, 10 Disember 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar