web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mimpi Rumah Pusaka Terbakar, Kiasan Annuar Dipecat UMNO

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Dec 2022 9:31AM

Annuar ketika berucap pada Ceramah Perdana 'PRU15 Jangan Tertipu Lagi' di Dewan Terbuka Arena Dato Haji Mior Aris Lubuk Merbau Padang Rengas, pada 15 November lalu. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa memaklumkan berita pemecatannya daripada UMNO secara berkias menerusi satu hantaran di Facebook milik beliau, awal hari ini.

Dalam hantaran tersebut, Annuar mendakwa beliau bermimpi rumah pusaka didiaminya terbakar pada malam Jumaat.

Katanya, beliau mengesyaki kebakaran itu berpunca daripada tindakan terdapat individu yang bermain ‘switch’ sehingga menyebabkan berlaku litar pintas atau wayar elektrik terputus.

“Ramai penghuni rumah sudah lari meninggalkan rumah yang terbakar atau dibakar. Wallahuaklam.

“Saya sayang rumah itu.Saya cuba memadam kebakaran supaya jangan lebih ramai penghuninya lari,” katanya dalam hantaran tersebut.

Tangkapan layar dari Facebook Annuar Musa.
Tangkapan layar dari Facebook Annuar Musa.

Beliau berkata, ketika api masih marak dan ramai yang terus lari meninggalkan rumah tersebut, tiba-tiba dirinya ditarik keluar dari api yang membakar.

Katanya, beliau hanya mampu melihat kebakaran itu dari luar.

“Walaupun saya amat sayang rumah itu, saya hanya mampu berdoa. ‘Ya Allah kepadaMu aku berserah dan kepadaMu jua aku meminta pertolongan.

“Kau selamatkanlah ‘rumah’ yang sedang terbakar itu. Aamiin Ya Rabbal Alamin",” katanya.

‘Rumah’ yang disebut Annuar dipercayai merujuk kepada UMNO yang kini mula ditolak rakyat kerana sanggup melanggar prinsip parti demi membentuk kerajaan perpaduan dengan Pakatan Harapan (PH).

UMNO dilaporkan telah memecat Annuar, keputusan yang dibuat oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu malam tadi.

Memetik sumber yang tidak dinamakan, Free Malaysia Today (FMT) berkata, mantan Menteri Komunikasi dan Multimedia itu adalah antara tiga pemimpin bahagian UMNO yang dipecat kerana mencemarkan imej parti.

Annuar adalah mantan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) dan Ketua UMNO Bahagian Ketereh.

Beliau tidak dinamakan sebagai calon BN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) baru-baru ini.

Menurut FMT, sumber itu berkata, dua lagi ketua bahagian yang dipecat malam tadi ialah Ketua Wanita UMNO Arau dan Maran, dengan lebih ramai pemimpin akan dipecat dalam masa yang ditetapkan.

Annuar juga secara konsisten menyokong gabungan UMNO dengan PAS di bawah Muafakat Nasional (MN), walaupun partinya memutuskan untuk menghentikan kerjasama dengan parti komponen PN itu.

Berikutan prestasi terburuk BN pada PRU-15, di mana parti itu hanya memenangi 30 kerusi Parlimen, Annuar dilaporkan New Straits Times sebagai berkata, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi “harus memecat dirinya” kerana menentang keputusan UMNO sebelum ini untuk tidak bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selepas mesyuarat MKT UMNO malam tadi, ahlinya, Datuk Mohd Puad Zarkashi memberitahu media bahawa tiga pemimpin bahagian telah dipecat tetapi tidak akan mendedahkan nama mereka.

Puad berkata, Zahid agak tegas dalam isu disiplin dan tidak akan berkompromi dengan ahli yang suka memburukkan parti termasuk membocorkan inti pati mesyuarat parti kepada pihak luar. - Getaran, 9 Disember 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 35 minit yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan