Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Harap PM Pertimbang Ahli Parlimen Etnik Dayak Sebagai Timbalan Menteri

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Dec 2022 8:51PM

Alexander Nanta Linggi - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menyokong penuh cadangan agar lebih ramai Ahli Parlimen daripada etnik Dayak dilantik sebagai Timbalan Menteri dalam Kabinet kerajaan perpaduan.

Menurut beliau, barisan pemimpin daripada etnik minoriti seperti Bidayuh, Lun Bawang,
Kayan/Kenyah, Melanau serta Iban harus diberikan peluang untuk bersama terlibat dalam kerajaan.

Katanya, ahli politik pelbagai kaum itu jelas berkebolehan dan sudah pun berkhidmat selama beberapa penggal sebagai Ahli Parlimen serta Senator.

“Hampir kesemua mereka pernah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri dan seorang daripada mereka juga pernah dilantik sebagai Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara.

“Atas dasar itu, pengalaman luas barisan pemimpin ini perlulah dilihat sebagai pertimbangan untuk dilantik sebagai Timbalan Menteri dalam (Kabinet) kerajaan perpaduan,” katanya, hari ini.

Alexander berkata, Ahli Parlimen daripada komuniti Cina Sarawak juga perlu diberi peluang untuk dilantik sebagai Timbalan Menteri termasuk calon DAP.

Katanya, formasi tersebut akan mencerminkan perpaduan dalam kalangan pemimpin berbilang kaum di negara ini di bawah pentadbiran kerajaan perpaduan.

“Antara Ahli Parlimen yang boleh diberi pertimbangan termasuklah Datuk Willie Mongin, (Puncak Borneo-Bidayuh), Datuk Henry Sum Agong (Lawas-Lun Bawang), Datuk Hanifah Tun Abdul Taib (Mukah-Melanau), Datuk Anyie Ngau (Baram-Kayan/Kenyah), Datuk Wilson Ugak Kumbong (Hulu Rejang-Iban) dan Datuk Seri Sophia Brodie (Sri Aman-Iban).

“Namun, sudah tentu saya memahami sepenuhnya bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai hak untuk memilih dan memutuskan sesiapa sahaja yang dirasakan layak untuk menjawat jawatan tersebut,” katanya.

Alexander Nanta yang juga Ahli Parlimen Kapit bagaimanapun berkata, sebagai pemimpin mewakili etnik Dayak dalam GPS, adalah menjadi tanggungjawab beliau untuk membawa sentimen dan harapan masyarakat itu ke kerajaan pusat.

“Saya percaya Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, yang juga Pengerusi GPS, berkongsi pandangan sama dengan saya mengenai perkara ini.

“Kejayaan cemerlang Abang Jo dalam menerajui Sarawak adalah kerana gaya serta citarasanya yang inklusif, dan tentunya pemahaman sepenuhnya tentang hakikat bahawa Sarawak adalah negeri sarat dengan kepelbagaian meliputi aspek kaum, bahasa, budaya, agama dan komposisi,” katanya.

Justeru, beliau meletakkan kepercayaan dan kebijaksanaan Perdana Menteri dalam memperhalusi dan mempertimbangkan cadangan tersebut.

“Harapan saya, siapa pun yang dipilih haruslah mengambil amanah ini dengan penuh tanggungjawab dan berintegriti demi memastikan agenda pemulihan ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat dapat direalisasikan dengan jayanya,” katanya.

Terdahulu, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli memaklumkan, proses untuk melantik Timbalan Menteri dalam barisan Kabinet mungkin mengambil masa antara satu hingga dua minggu lagi.

Katanya, ketika ini prosesnya sudah bermula dengan gabungan parti politik sudah diminta mengemukakan nama calon sesuai.

Beliau juga mengesahkan, perkara tersebut dibincangkan secara pendek dan ringkas pada mesyuarat khas Kabinet, Isnin lalu. - Getaran, 8 Disember 2022

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

3

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

4

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

5

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

6

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Kanak-kanak Perempuan Cedera Terjatuh Dari Tingkat 2 Pangsapuri

Politik 1 hari yang lalu

Proses Penamaan Calon PRK KKB Lancar - Polis Selangor

Politik 1 hari yang lalu

‘Tipu Ijazah Ialah ‘Disaster’, Jangan Hina Pengundi KKB’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Agenda Pemantapan Tatakelola, Integriti Jadi Asas Utama SPRM