Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


‘Saya Percaya Pada Bipartisan’, Syed Saddiq Kongsi Gambar Bertemu Muhyiddin

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Dec 2022 5:12PM

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Muhyiddin Yassin - Gambar Facebook Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Walaupun berbeza ideologi politik, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan beliau masih menghormati Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menerusi satu hantaran di Facebook hari ini, Syed Saddiq turut berkongsi gambar beliau bersama dengan mantan Perdana Menteri kelapan itu, dipercayai diambil sejurus selepas pertemuan antara mereka.

Tanpa mendedahkan tarikh sebenar pertemuan, Presiden MUDA itu memaklumkan, perjumpaan tersebut berlangsung selama dua jam.

“Pilihan raya sudah tamat, kini masa untuk fokus berkhidmat. Walaupun berada dalam parti yang berlainan, hormat saya kepada Muhyiddin tetap kekal. Hormat kawan dan lawan.

“Dua jam berbual, catching up on life after elections (mengenai kehidupan selepas pilihan raya). Beliau juga pengundi saya di Muar. Jasanya banyak,” katanya.

Dalam pada itu, Syed Saddiq turut menaruh harapan untuk membina Malaysia yang ditadbir dengan penuh integriti dan bermaruah serta menjadi ‘rumah’ kepada semua lapisan masyarakat, merentasi parti politik.

“Saya seorang yang teguh percaya pada Bipartisan. Untuk Malaysia jadi negara maju, perlu ada keberanian untuk berkhidmat merentasi sempadan politik.

“Kami memerlukan kerajaan yang kuat dan stabil dengan pembangkang yang berkesan untuk memacu Malaysia ke hadapan. Masa untuk fokus membina semula Malaysia,” katanya.

Syed Saddiq sebelum ini adalah Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) BERSATU tetapi keahliannya bersama empat yang lain termasuk mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad digugurkan dari parti itu pada 28 Mei 2020.

Ia susulan tindakan mereka duduk di bangku pembangkang semasa persidangan Dewan Rakyat pada 18 Mei 2020.

Muhyiddin yang mengemudi BERSATU turut bertindak keluar dari Pakatan Harapan (PH), sekali gus membawa kepada keruntuhan pentadbiran berusia 22 bulan itu.

BERSATU kemudiannya bergabung dengan sekumpulan pemimpin PKR yang berpaling tadah serta Ahli Parlimen dari Barisan Nasional (BN), PAS, Gabungan Parti Sarawak (GPS), Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) untuk membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada Mac 2020.

Syed Saddiq bagaimanapun menubuhkan parti yang berasaskan anak muda, satu usaha untuk mengangkat dan memberi tumpuan kepada suara golongan itu.

Beliau juga satu-satunya calon MUDA yang memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), 19 November lalu.

Syed Saddiq berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Muar apabila meraih 19,961 undi, sekali gus menewaskan dua pencabar masing-masing daripada PN dan BN  dengan majoriti 1,345 undi.

PN yang diwakili Pesuruhjaya PAS Johor, Abdullah Hussin meraih 18,616 undi manakala Ketua Pemuda UMNO Muar, Mohd Helmy Abd Latif daripada BN mendapat 14,581 undi. – Getaran, 5 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Muhyiddin Rayu Keputusan Kembalikan Kes Guna Kedudukan Untuk Suapan Ke Mahkamah Sesyen

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Spanco: Muhyiddin Akan Dipanggil Bantu Siasatan Jika Ada Keperluan - Azam

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Mahkamah Tolak Permohonan Muhyiddin Dapatkan Pasport Secara Kekal

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Muhyiddin Masih Ada Kes AMLA, Tidak Boleh Dapatkan Pasport Secara Kekal - Pendakwaan

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Beras, Barang Dapur Dibakar Adalah Stok Simpanan Yang Rosak - Ismail

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Akta Kerja 1955 Benarkan Pekerja Mohon Aturan Kerja Anjal - Menteri

Sukan 1 hari yang lalu

Piala Asia B-23: Kesilapan Hukum Harimau Muda Berdepan Uzbekistan

Semasa 11 jam yang lalu

Berita Baik Untuk Penjawat Awam 1 Mei Nanti?

oleh Fida Ruzki