web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Abdul Hadi Wajar Dilantik Ketua Pembangkang Bertaraf Menteri

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Dec 2022 3:31PM

Abdul Hadi Awang - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kemenangan besar PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) wajar ‘dibalas’ dengan melantik Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang sebagai Ketua Pembangkang bertaraf menteri.

Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Terengganu, Zamir Ghazali berkata, malah sudah pastinya Presiden PAS itu adalah sosok terbaik untuk memegang jawatan berkenaan di Dewan Rakyat, dengan memperoleh segala elaun dan kemudahan sepatutnya diterima.

“Pemuda AMANAH Terengganu mengucapkan jutaan tahniah kepada PAS di atas keputusan terbaik dalam sejarah parti merangkul sebanyak 49 kerusi Parlimen. Ini menjadikan PAS juga adalah parti politik yang memiliki Ahli Parlimen teramai di Dewan Rakyat pada PRU-15 kali ini.

“Adalah menjadi kewajaran, pemimpin daripada PAS untuk memimpin Ahli Parlimen pembangkang pada penggal kali ini, memandangkan komposisi mereka yang teramai adalah daripada PAS,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Zamir berkata, Abdul Hadi juga memiliki pengalaman sebagai Ketua Pembangkang pada tahun 2002 sehingga 2004.

“Kebijaksanaan Presiden PAS sebagai Ketua Pembangkang pasti menjadi cerminan wibawa menyeluruh Parti PAS itu sendiri sebagai parti mewakili suara orang Melayu dan Islam teramai di Malaysia,” ujarnya.

Pada PRU-15, PAS yang bertanding di bawah gabungan Perikatan Nasional (PN), mencipta rekod dengan menyapu bersih kesemua lapan kerusi Parlimen di Terengganu dan 14 kerusi di Kelantan.

Abdul Hadi turut menang besar di Parlimen Marang apabila memperoleh 73,115 undi dengan majoriti 41,729 undi, menewaskan Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG). – Getaran, 4 Disember 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Pendidikan 21 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad