web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Itu Hak Perdana Menteri, DAP Serah Keputusan Pelantikan Kabinet Kepada Anwar’ - Loke

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Dec 2022 8:03PM

Hannah Yeoh, Anthony Loke dan Nga Kor Ming - Tangkapan layar video media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – DAP menyerahkan sepenuhnya keputusan pelantikan Jemaah Menteri kepada Anwar Ibrahim, biarpun Perdana Menteri mahu parti itu berada di dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan diterajuinya.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke pada sidang media di ibu pejabat parti berkenaan di sini, hari ini.

“Pada 22 November, sebelum Anwar ke Istana Negara, saya memberitahunya selagi anda menjadi Perdana Menteri, DAP sanggup berkorban apa sahaja. Itu komitmen saya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Ini bukan juga soal jawatan tetapi untuk berkhidmat demi kebaikan negara. Apa pun peranan diberikan, kami akan lakukan sebaik mungkin,” katanya.

Penjelasan itu diberikan Loke susulan dakwaan kononnya parti itu diketepikan dalam barisan Kabinet yang diumumkan Anwar malam tadi.

“Sekali lagi, pelantikan Kabinet adalah hak dan prerogatif Perdana Menteri,” katanya.

Loke turut mengulangi bahawa pentadbiran sekarang adalah Kerajaan Perpaduan, bukan sahaja membabitkan Pakatan Harapan (PH), malah Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Parti Warisan (WARISAN), Parti Bangsa Malaysia (PBM), Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (PKDM) dan Bebas.

“Memandangkan ini Kerajaan Perpaduan, ada prinsip tertentu yang perlu kita patuhi. Contohnya siapa akan dipilih sebagai wakil kepada gabungan atau parti masing-masing. Jadi, sudah tentu akan ada perbincangan antara gabungan dengan Perdana Menteri.

“Jika kita tidak ikut prinsip ini, kerajaan akan gagal. Itu prinsip yang kita hormati,” katanya.

Ditanya mengenai ‘sokongan tanpa syarat’, Loke berkata, perjuangan memerangi rasuah masih menjadi agenda kerajaan, iaitu membabitkan pemberian jawatan dan portfolio.

“Saya tidak pernah mendesak supaya portfolio pengangkutan dikembalikan kepada saya, tetapi sekarang diamanahkan kepada saya, saya berterima kasih.

“Bila saya sebut ‘tak bersyarat’, maksudnya dari segi kedudukan politik. Kita kena belajar bekerjasama kerana tiada siapa yang memperoleh majoriti mudah (dalam Dewan Rakyat),” katanya.

Berhubung isu Timbalan Menteri, Loke berkata, Anwar mengutamakan pembentukan Kabinet, namun akan membuat pertimbangan mengikut nama dicadangkan apabila tiba masanya.

Daripada 28 menteri dalam Kerajaan Perpaduan dibentuk Anwar, 15 adalah Ahli Parlimen PH.

Manakala, lapan daripada 15 individu terbabit adalah wakil PKR, DAP (4), Parti Amanah Negara (2) dan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (1). BN pula diperuntukkan enam jawatan, manakala GPS (5) dan GRS (1).

Selain Loke yang juga Ahli Parlimen Seremban dan memegang portfolio Pengangkutan itu, Menteri daripada DAP adalah Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming (Pembangunan dan Kerajaan Tempatan); Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh (Belia dan Sukan) dan Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar (Sumber Manusia).

Hari ini, pemimpin DAP Sarawak dan Pulau Pinang, melahirkan rasa kecewa dengan kuota Ahli Parlimen daripada parti itu yang menganggotai Kabinet kerana disifatkan sedikit.

Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen mendakwa bahawa beberapa pihak bertegas supaya tiada Ahli Parlimen parti itu disenaraikan dalam Kabinet, sebagai timbal balas sokong terhadap Anwar sebagai Perdana Menteri.

Sementara itu, Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, komposisi politik Kabinet terbabit adalah ‘tidak seimbang’ walaupun saiznya dikecilkan.

“Sebuah parti politik memenangi lebih sedikit kerusi, berbanding DAP pada PRU-15, tetapi mendapat dua kali ganda bilangan menteri berbanding DAP.

“Kami kesal kerana tiada seorang pun daripada tujuh Ahli Parlimen DAP di Pulau Pinang dilantik sebagai menteri, walaupun kami faham akhirnya ia keputusan Perdana Menteri untuk memilih siapa sepatutnya berada dalam Kabinet,” katanya. – The Vibes, 3 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Politik 2 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

3

Politik 5 hari yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Sambutan Wesak Beri Makna Mendalam, Angkat Nilai Cinta, Ihsan Dan Kasih Sayang - PM

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 10 jam yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran