web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Calon Parlimen Padang Serai Bertandinglah Seperti Biasa, Biar Rakyat Tentukan

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Nov 2022 7:07AM

Parti politik daripada kerajaan campuran tidak seharusnya bercakaran dan perlu bersikap lebih matang agar setiap gabungan boleh menghantar calon mereka dalam memberi saingan kepada pembangkang - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pembentukan kerajaan perpaduan tidak bermakna satu daripada gabungan politik terlibat perlu mengundurkan diri daripada bertanding sebagai calon pilihan raya.

Mantan Pengarah Tugas-Tugas Khas PKR Sabah), Datuk Nani Sakam berkata, ini kerana setiap gabungan politik yang telah menjadi sebahagian komponen kerajaan perpaduan mempunyai perbezaan dari aspek agenda dan prinsip perjuangan.

Beliau berpandangan, parti politik daripada kerajaan campuran tidak seharusnya bercakaran dan perlu bersikap lebih matang agar setiap gabungan boleh menghantar calon mereka dalam memberi saingan kepada pembangkang. 

"Perkara itu perlu dijalankan seperti biasa (dengan tidak mewujudkan pertikaian agar sesebuah parti komponen kerajaan campuran perlu berundur). 

"Biarlah (pemilihan wakil rakyat) kita serahkan kepada pengundi di kawasan tersebut untuk membuat keputusan siapa pemimpin yang dimahukan mereka," katanya kepada Getaran, semalam. 

Nani berkata demikian ketika diminta mengulas pertikaian antara calon Pakatan Harapan (PH), Dr. Mohamad Sofee Razak dan alon Barisan Nasional (BN), Datuk C Sivaraj di Parlimen Padang Serai.

Dr. Mohamad Sofee Razak ketika 'walkabout' baru-baru ini - Gambar Fail Bernama
Dr. Mohamad Sofee Razak ketika 'walkabout' baru-baru ini - Gambar Fail Bernama

Kedua-duanya saling mendesak agar seorang daripada mereka berundur bagi menghormati kerajaan perpaduan di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Sebelum ini, Mohamad Sofee yang juga Setiausaha PH Kedah berkata, beliau secara peribadi menaruh harapan agar BN sedia berkompromi dengan membenarkan PH berdepan pertandingan dua penjuru dengan Perikatan Nasional (PN). 

Jelas beliau, kemenangan di Padang Serai pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang tertangguh itu akan menjadi hadiah amat bermakna untuk diberikan kepada Perdana Menteri selaku Pengerusi PH. 

Bagaimanapun, Sivaraj berkata, adalah tidak adil sekiranya BN perlu memberi laluan kepada Mohamad Sofee yang baru tiba di Padang Serai memandangkan beliau sudah tiga tahun 'bekerja' di kawasan terbabit. 

Dalam pada itu, Nani yang juga mantan Pengarah Tugas-Tugas Khas PKR Sabah optimis Anwar mampu menyelesaikan isu melibatkan hak serta keistimewaan yang dipersetujui dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). 

Yang Dipertua Pertubuhan Penyatuan Islam Sabah (PPIS) itu berkata, perkara tersebut dilihat mampu direalisasikan kerana ia sudah termaktub menerusi tawaran manifesto PH pada PRU-15. 

"Kita ucapkan tahniah kepada Anwar dan bersetuju serta menyokong dasar kerajaan perpaduan di bawah pentadbiran Perdana Menteri yang ke-10.

"Pihak kami akan membuat kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri nanti dan kita akan membantu kerajaan untuk menyatupadukan masyarakat di Sabah," katanya. 

Dalam pada itu, Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad pula berpandangan, pertikaian berkenaan adalah suatu provokasi, seperti mana dilakukan DAP Johor apabila memohon budi bicara kerajaan negeri untuk membenarkan wakil rakyat parti itu terlibat sebagai ahli Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD).

Shahrir Samad - Gambar Fail
Shahrir Samad - Gambar Fail

"DAP Johor sudah nampak bahawa Ahli Parlimen BN negeri macam berbelah bahagi antara PH dan Perikatan Nasional (PN), terutamanya dua wakil rakyat MCA yang lebih condong kepada Tan Sri Muhyidin Yassin berbanding Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Memandai pula DAP Johor. Masa inilah buat provokasi sedangkan DAP Pusat, bukan sahaja berdiam diri, tapi sedia minta maaf secara umum daripada Tan Sri Abang Johari Tun Openg (Premier Sarawak) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS)," katanya. 

Shahrir berkata, tindakan itu membuktikan BN perlu berhati hati dengan permainan politik yang sedang dimainkan secara halus oleh DAP. 

Menurut beliau, suasana politik di Johor adalah berbeza dengan situasi di Persekutuan, memandangkan BN berjaya memperoleh dua pertiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membentuk kerajaan. 

"Bahaya juga DAP Johor. Macam tak suka kerajaan perpaduan tapi suka BN bersama PN. BN negeri lebih dari cukup bilang kerusi dan tidak perlu nak ajak DAP untuk bersama. 

"Di pusat, PH tak cukup kerusi, sebab itu akur titah Yang di-Pertuan Agong untuk jemput parti lain bersama tubuh sebuah kerajaan perpaduan. PN yang tak setuju," katanya. - Getaran, 29 November 2022.

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 1 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 3 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad