web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerajaan Perpaduan Hari Ini Berubah Jadi Permuafakatan Besar Parti Politik - Asyraf Wajdi

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Nov 2022 9:15PM

Asyraf Wajdi - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan Perikatan Nasional (PN) menolak cadangan Yang di-Pertuan Agong untuk menyertai kerajaan Perpaduan menyebabkan rupa bentuk kerajaan hari ini berubah menjadi ‘grand coalition’ atau permuafakatan besar parti politik.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kerajaan baharu itu kini membabitkan gabungan Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Parti Warisan (WARISAN), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Parti Bangsa Malaysia (PBM), Parti Kesejahteraan Demoktratik Masyarakat (KDM) dan Bebas.

“Setakat hari ini, sebelum diabsahkan di Parlimen kelak melalui undi percaya, komposisi kerajaan dan pembangkang adalah 148 atau majoriti dua pertiga memihak kerajaan manakala pembangkang 73 kerusi.

“Belum tahu keputusan, satu kerusi di Parlimen Padang Serai. Jumlah keseluruhan adalah 222 kerusi Parlimen,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Pilihan Raya Kecil (PRK) Padang Serai diadakan pada 7 Disember depan selepas hari pengundian yang sepatutnya 19 November lalu ditunda berikutan kematian calon PH ketika tempoh berkempen.

Mengulas lanjut, Asyraf berkata, menerusi permuafakatan membentuk kerajaan yang kukuh yang kini mencapai mencapai majoriti dua pertiga, diharapkan sebuah pentadbiran negara yang stabil dapat beroperasi demi mewujudkan keyakinan pelabur sekali gus mencapai kemakmuran didambakan rakyat.

“Pembangkang juga dapat berperanan dengan lebih efektif sebagai agen semak dan imbang yang baik untuk perjalanan sistem demokrasi yang mampu memanfaafkan dan mensejahterakan rakyat,” katanya.

Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media sulung selepas mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri ke-10, Khamis lalu berkata, sidang pertama Dewan Rakyat pada 19 Disember ini ditetapkan untuk dikemukakan usul undi percaya terhadapnya sebagai Perdana Menteri.

Katanya, langkah itu susulan tindakan beberapa pihak yang mempertikai kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri, sekali gus menjejaskan kestabilan kerajaan.

Semalam, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan akan mengambil pendirian untuk menyokong usul undi percaya kepada Anwar sebagai menjunjung dan menghormati keputusan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Walaupun ada pihak mengatakan ini langkah berisiko (untuk) Perdana Menteri baharu, namun inilah proses demokrasi yang perlu dilalui dan BN akan terus menyokong penuh sebagai tanda menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong bagi menyokong pembentukan kerajaan baharu ini,” katanya.

Anwar, 75, mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri ke-10 di hadapan Al-Sultan Abdullah di Istana Negara, empat hari lalu.

Al-Sultan Abdullah memberi perkenan pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri selaras Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Ia selepas Seri Paduka mengadakan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu mengenai proses melantik Perdana Menteri selepas PRU-15 pada 19 November lalu. – Getaran, 28 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

4

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan