web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Kekalahan Tanggungjawab Bersama, Bukan Presiden UMNO Sahaja, Barulah ‘Gentleman’

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Nov 2022 7:04AM

Nur Jazlan Mohamed berpendapat, semua Pengerusi UMNO dan BN negeri disaran sama-sama memikul tanggungjawab atas prestasi buruk itu, sekali gus meletakkan jawatan mereka - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak wajar didesak untuk berundur dan dipersalahkan sepenuhnya atas kekalahan teruk gabungan itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Sebaliknya, Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed berpendapat, semua Pengerusi UMNO dan BN negeri disaran sama-sama memikul tanggungjawab atas prestasi buruk itu, sekali gus meletakkan jawatan mereka.

“Seeloknya semua Pengerusi UMNO dan BN negeri umumkan letak jawatan dan bukan hanya desak Presiden UMNO saja yang berundur.

“Ini termasuk juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dan juga ketua-ketua sayap parti yang kalah sepatutnya melepaskan jawatan masing-masing.

"Ini kerana kekalahan tersebut adalah tanggungjawab bersama dan bukan letakkan semua kesalahan atas bahu Presiden UMNO sahaja. Barulah 'gentleman'.

"Begitu juga Presiden MCA dan MIC yang cukup lancang mulut mereka minta Ahmad Zahid lepaskan kerusi Pengerusi BN kerana dituduh gagal dan jadi punca kekalahan teruk BN pada PRU-15,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Justeru katanya, dalam keadaan ini, semua pihak harus bermuhasabah dan mengakui kesalahan sendiri sebelum menuding jari kepada orang lain.

"Saya juga termasuk dalam kumpulan calon BN yang kalah tapi saya tak ada nak sibuk-sibuk susun atur hala tuju parti, saya tak ada nak desak presiden letak jawatan.

"Baik kita buat 'post mortem', cari punca rakyat tak undi kita, cuba untuk akui dan perbetulkan kesilapan serta bagaimana cara untuk kita semua bangkit semula.

“Bagi saya cara itu lebih afdal daripada kita duduk sibuk dengan hal-hal yang semuanya terikat kepada Perlembagaan dan peraturan parti," katanya.

Dalam keputusan PRU-15 yang diumumkan awal pagi Ahad lalu, BN hanya berjaya memperoleh 30 kerusi Parlimen, jumlah kerusi lebih rendah berbanding dicapai mereka pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Pada PRU-14 lalu, UMNO dilaporkan memenangi 54 kerusi Parlimen.

Dalam pada itu, Nur Jazlan turut menyifatkan pucuk pimpinan UMNO dan BN berjiwa besar kerana sanggup mengetepikan pendirian ‘No Anwar, No DAP’ demi memenuhi titah Yang di-Pertuan Agong untuk menyelesaikan kemelut Parlimen tergantung.

Menurut beliau, sehingga saat akhir tumpuan awam terarah kepada BN yang hanya memiliki 30 kerusi untuk memastikan sebuah kerajaan diwujudkan selepas PRU-15.

Bagaimanapun, katanya segalanya sudah terjawab dan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya dilantik sebagai Perdana Menteri.

"Drama empat hari selepas PRU-15 bagaimanapun berakhir apabila BN kena juga buat keputusan untuk terbabit tubuhkan kerajaan, walaupun pendirian parti pada asasnya mahu jadi pembangkang seperti yang rakyat mahu.

"Namun begitu, UMNO dan BN juga akhirnya terpaksa dibabitkan Istana Negara supaya kemelut pembentukan kerajaan ini dapat diselesaikan secepat mungkin.

“Jadi MKT UMNO dan Dewan Tertinggi BN mengadakan mesyuarat beberapa kali kerana memikirkan nasib rakyat dan negara yang sepatutnya difikirkan oleh dua gabungan yang menang besar pada PRU-15,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut meminta orang ramai supaya menghentikan segala fitnah dan persepsi buruk terhadap BN terutamanya UMNO yang kononnya terhegeh-hegeh mahu bersama-sama Anwar dan DAP.

“Saya tahu itu semua adalah permainan politik kotor pihak tertentu yang mahu memburuk-burukkan BN dan menyerang Presiden UMNO," katanya. - Getaran, 26 November 2022

Sorotan

1

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

2

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

3

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

4

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

5

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 21 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 23 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

oleh Sophia Ahmad