web statsweb stats

Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ahli MT Diberi Peluang Suarakan Pandangan Dalam Mesyuarat Khas, Rabu Lepas

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Nov 2022 8:28PM

Ahmad Maslan - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah memberi ruang seluasnya kepada semua ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, untuk memberikan pandangan masing-masing pada Mesyuarat Khas MT UMNO, Rabu lepas.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam kenyataannya berkata adalah tidak wajar, jika terdapat ahli MT melaporkan dalam media sosial apa jua petikan yang dibuat di luar konteks dan tidak benar mengenai mesyuarat khas itu kerana ia melanggar tatasusila mesyuarat.

Beliau berkata Mesyuarat MT UMNO itu juga berlangsung selama hampir empat jam berakhir jam 1 pagi, dan berjalan dalam suasana yang tenang bermula dengan sumpah kerahsian beberapa ahli yang baharu dilantik.

“Seramai 31 ahli telah berucap...kenyataan media yang dikeluarkan atas nama saya (pada Rabu) juga telah dibacakan terlebih dahulu dalam mesyuarat itu untuk dipersetujui,” katanya dalam kenyataan di Twitter beliau hari ini.

Ahmad berkata pelantikan baharu itu melibatkan Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju Datuk Seri Mohd Shafei Abdullah sebagai ahli MT, Ketua UMNO Bahagian Gombak Datuk Megat Zulkarnain Omardin dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, sementara bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tiang Datuk Suraya Yaacob, dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah.

Dalam kenyataan pada Rabu, Ahmad berkata UMNO menyokong untuk menyertai kerajaan perpaduan seperti dititahkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, namun bukan diterajui Perikatan Nasional (PN).

Katanya mesyuarat tersebut juga bersetuju semua wakil parti yang memenangi kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15, mematuhi dan menerima sebarang bentuk kerajaan perpaduan atau lain-lain bentuk kerajaan yang dimasyhurkan Seri Paduka.

Mesyuarat MT UMNO turut memperkukuhkan sokongan terhadap Ahmad Zahid untuk terus kekal menerajui sebagai Pengerusi BN dan sebulat suara menyokong beliau sebagai Presiden UMNO. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar