Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


BN Sokong PH Bentuk Kerajaan Perpaduan? Kerajaan Pahang, Perak ‘Petunjuk’ Terbaik

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Nov 2022 9:59AM

Mohd Puad Zarkashi - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi memberi petunjuk jelas bahawa Barisan Nasional (BN) akan menyokong Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk kerajaan Perpaduan.

Menurut Puad, kerjasama antara PH dan BN untuk menubuhkan kerajaan di Pahang dan Perak harus dilihat sebagai ‘petunjuk terbaik’ bagi pembentukan kerajaan Persekutuan.

“Sudah tentu bukan Perikatan Nasional (PN). UMNO akan turun ke bawah untuk beri penjelasan.

“MCA dan MIC mesti terima kenyataan. Ayuh rakyat Malaysia. Bergerak ke hadapan dan buka buku baru,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, awal hari ini.

Beliau berkata, BN akan menyertai kerajaan perpaduan sebagaimana dititahkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semasa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menghadap baginda semalam.

“Di lobi Pusat Dagangan Dunia (WTC) pemberita tanya “PH atau PN”?

“Jawapannya mudah. PN tolak Kerajaan Perpaduan. Gabungan Parti Sarawak (GPS) akur titah Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Selepas Mesyuarat Khas MKT UMNO malam tadi, parti itu memutuskan untuk tidak menyokong PN dalam membentuk kerajaan Perpaduan seperti dititahkan Yang di-Pertuan Agong.

Terdahulu Getaran melaporkan, Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon menggesa Ahmad Zahid supaya berundur daripada kepimpinan parti atas tindakan membelakangi keputusan Dewan Tertinggi BN.

Ia susulan tindakan Ahli Parlimen Bagan Datuk itu didakwa membuat pendirian bertentangan secara ‘diam-diam’ untuk menyokong Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di sebalik kenyataan beberapa pemimpin BN yang menegaskan parti itu mengambil pendirian ‘berkecuali’ setakat ini dalam isu pembentukan kerajaan Persekutuan.

Perkara itu terbongkar selepas tular surat menggunakan kepala surat BN ditandatangani beliau, mendakwa kononnya 30 Ahli Parlimen BN memberi sepenuh kepercayaan dan sokongan kepada Anwar sebagai Perdana Menteri ke-10.

Al-Sultan Abdullah dijadual mengadakan mesyuarat khas dengan Raja-Raja Melayu pagi ini berhubung isu pelantikan Perdana Menteri Ke-10 yang masih belum dimuktamadkan sehingga kini.

Menerusi kenyataan Istana Negara petang semalam, perbincangan Khas Raja-Raja Melayu ini adalah bertujuan untuk Seri Paduka Baginda mendapatkan pandangan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu bagi Baginda membuat keputusan demi kepentingan dan kesejahteraan negara dan rakyat.

Mesyuarat itu diadakan berikutan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan kepada baginda bahawa gabungan parti tersebut tidak mahu bekerjasama dengan PH, kerana ia menjadi prinsip gabungan terbabit sejak dulu.

Keputusan PRU-15 pada Sabtu lalu menyaksikan BN tewas teruk apabila hanya memenangi 30 kerusi Parlimen sekali gus menjadi sejarah hitam kepada gabungan itu.

Bagaimanapun, parti itu menjadi ‘kingmaker’ selepas PH dan PN gagal memperoleh majoriti mudah untuk membentuk pentadbiran baharu sehingga Yang di-Pertuan Agong menitahkan supaya sebuah Kerajaan Perpaduan ditubuhkan.

Pada PRU-15, PH memperoleh 82 kerusi Parlimen manakala PN mendapat 73.

Susulan itu, PN dan PH berusaha ‘meraih hati’ BN supaya mereka memiliki kerusi mencukupi untuk menubuhkan kerajaan. – Getaran, 24 November 2022

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 21 jam yang lalu

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

Semasa 16 jam yang lalu

Ambil Tindakan Terhadap Pihak Terbabit Laporan Berkaitan Lesen Kasino - PM

Politik 3 jam yang lalu

PRK Kuala Kubu Bharu Bermula Secara Rasmi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

oleh Wartawan Getaran