web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 8 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Wakil Rakyat PH Tandatangan SD Sokong Wan Rosdy Sebagai MB Pahang

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Nov 2022 5:02PM

Wan Rosdy menerima sokongan untuk menjadi Menteri Besar Pahang. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Lapan wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sebagai Menteri Besar.

Perkara itu disahkan Sim Chon Siang, yang memenangi DUN Teruntum.

Beliau berkata proses menandatangani SD itu berlangsung di sebuah pejabat peguam di Temerloh, dekat sini hari ini.

Chon Siang berkata wakil rakyat lain yang bersamanya menandatangani SD di pejabat peguam ialah Chan Chun Kuang (Semambu), Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (Tras), Woo Chee Wan (Mentakab) dan Thomas Su Keong Siong (Ketari).

Tiga lagi calon PH iaitu Ho Chi Yang (Tanah Rata), Leong Yu Man (Triang) dan Lee Chin Chen (Bilut) menurut Sim, juga dijangka berbuat demikian hari ini.

“Kami difahamkan perbincangan dengan BN Pahang mengenai pembentukan kerajaan negeri masih berjalan,” katanya semasa dihubungi di sini.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Pahang Rosli Abdul Jabar semasa dihubungi memaklumkan setakat ini, tiada keputusan dicapai dalam perbincangan pembentukan kerajaan negeri antara PN Pahang dan BN negeri.

PN Pahang diwakili Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man pada perbincangan itu.

Sehingga kini, Wan Rosdy masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perbincangan pembentukan negeri. 

DUN Pahang tergantung selepas keputusan PRU15 menyaksikan tiada parti berjaya memperoleh majoriti mudah iaitu 22 kerusi bagi membentuk kerajaan negeri.

Pada PRU15, BN memperoleh 16 kerusi manakala Perikatan Nasional (PN) mendapat 17 kerusi dan lapan oleh PH.

Terdapat 42 kerusi DUN Pahang, namun proses pengundian DUN Tioman akan diadakan pada 7 Disember ini, susulan kematian calon PN, Md Yunus Ramli, 61, pada 3.30 pagi hari pengundian, dipercayai akibat serangan jantung. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Pegawai Polis Dan Isteri Maut Kemalangan Di Pekan

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Pegawai Kanan Polis Direman, Disyaki Terima Rasuah Lindungi Pusat Hiburan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Suami Isteri Warga Emas Maut, 4 Cedera Kancil Bertembung Dengan Myvi

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Remaja Lelaki Hilang Ketika Cari Kepah Ditemukan Lemas

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 6 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 7 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad