web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ahmad Zahid Nafi Letak Jawatan Pengerusi BN, Presiden UMNO

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Nov 2022 4:14PM

Ahmad Zahid berkata surat atau kenyataan media yang disebarkan adalah palsu. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmd Zahid Hamidi menafikan beliau akan meletakkan jawatan, sekali gus melepaskan kedudukannya sebagai Presiden UMNO, susulan kekalahan besar parti terbabit pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Beliau berkata, maklumat terkandung dalam kenyataan media yang tular itu bahawa kedua-dua jawatan berkenaan akan dipangku Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga tidak benar. 

“Mohon jangan dikeruhkan lagi keadaan. Surat yang telah disebarkan seperti berikut adalah palsu dan rekaan manusia tidak bertanggungjawab. 

“Mohon doakan yang terbaik dalam keadaan sekarang ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Menerusi hantaran berkenaan, Ahmad Zahid turut berkongsi kenyataan media terbabit, bertarikh 22 November dengan namanya tertera sebagai individu yang mengeluarkan maklumat itu. 

“Saya juga dengan berat hati ingin meletakkan jawatan sebagai Pengerusi BN dan Presiden UMNO, atas dasar tanggungjawab di atas kekalahan besar BN pada PRU-15. 

“Oleh yang demikian, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan memangku jawatan sebagai Pengerusi BN dan juga Presiden UMNO, sehingga pemilihan UMNO yang akan diadakan pada Januari 2023,” menurut kenyataan media itu. 

Kenyataan media tertera kepala surat BN Malaysia itu turut mendakwa, BN mengadakan mesyuarat tergempar malam tadi dengan dihadiri setiap pemimpin utama gabungan terbabit, selain pimpinan tertinggi mereka.

Beberapa keputusan juga dikatakan sudah dicapai untuk menentukan gabungan mana disokong BN, sama ada Perikatan Nasional (PN) atau Pakatan Harapan (PH), yang kononnya akan dimaklumkan hari ini. 

BN kini dilihat sebagai ‘king maker’ dalam membantu membentuk kerajaan baharu, walaupun parti itu hanya memenangi 30 kerusi Parlimen pada PRU-15, susulan PN dan PH tidak memperoleh majoriti bagi membolehkan mana-mana parti memerintah.

Namun, BN menerusi kenyataan rasmi Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir memaklumkan, Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) yang bermesyuarat semalam memutuskan beberapa perkara, termasuk tiada mana-mana dalam kalangan 30 Ahli Parlimen BN memberikan sokongan terhadap pencalonan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Ke-10 seperti didakwa segelintir pihak.

Malah, beliau berkata, pemakluman mengenai perkara itu sudah dibuat kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ismail Sabri berkata, mesyuarat itu juga bersetuju BN kekal sebagai pembangkang buat masa ini.

Jelasnya, mesyuarat itu memutuskan untuk BN bersikap ‘berkecuali’ dengan tidak menyokong PH atau PN bagi membentuk kerajaan. 

Susulan situasi buntu itu, Al-Sultan Abdullah menitah Muhyiddin dan Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap baginda di Istana Negara pada jam 4.30 petang semalam.

Bagaimanapun, tiada antara parti itu yang mendapat kepercayaan majoriti mudah untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10. 

Justeru, pagi ini, Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima menghadap kumpulan wakil Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) secara berasingan di Istana Negara bermula jam 10.30 pagi. 

Baginda kemudian memperkenan untuk Istana Negara menganjurkan satu Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu, susulan sesi menghadap hari ini yang akan berlangsung di Istana Negara esok. 

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, sesi itu bertujuan untuk Seri Paduka Baginda mendapatkan pandangan Raja-Raja Melayu bagi membuat keputusan demi kepentingan dan kesejahteraan negara dan rakyat.

“Seri Paduka Baginda menyeru agar seluruh rakyat dan semua pihak terus beristiqamah dan bertenang sehingga proses membentuk kerajaan baharu selesai. 

“Sesungguhnya, masa depan negara tumpahnya darah kita adalah terlalu berharga dan wajar kita rencanakan dengan penuh cermat serta teliti. Rakyat telah pun membuat keputusan untuk memilih wakil mereka,” katanya menerusi kenyataan hari ini. - Getaran, 23 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Ahmad Zahid Terima Surat Rayuan Khairy Kembali Sertai UMNO

2

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

3

Politik 2 tahun yang lalu

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Insiden Selisih Faham Di Taiping, Polis Minta Saksi Tampil Bantu Siasatan

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 8 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam