web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Terima Kasih Sabar Menanti, Terus Berdoa Demi Malaysia Lebih Baik’

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Nov 2022 7:01AM

Anwar Ibrahim - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan terima kasih kepada rakyat yang terus sabar menanti ‘teka-teki’ pembentukan kerajaan baharu dan pelantikan Perdana Menteri ke-10.

Menurutnya, beliau memahami keluh-kesah rakyat yang mahukan situasi itu diselesaikan segera.

“Terima kasih rakyat Malaysia yang terus sabar menanti. Saya tahu semua orang dan semua pihak cintakan negara ini dan mahukan yang terbaik.

“Terus berdoa untuk Malaysia yang lebih baik!” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Pada masa sama, Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun turut merakamkan penghargaan kepada semua petugas media di atas laporan yang seimbang.

"Penghargaan juga buat rakan-rakan media yang setia menunggu untuk memberi liputan yang menyeluruh dan seimbang," katanya.

Kemelut pembentukan kerajaan Persekutuan dan pelantikan Perdana Menteri memasuki hari keempat dengan menyaksikan masih tiada gabungan parti mendapat majoriti mudah.

Susulan itu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk menghadap baginda di Istana Negara pagi ini selepas menerima menghadap calon Perdana Menteri daripada PH dan Perikatan Nasional (PN), petang semalam.

Dalam satu kenyataan, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadli Shamsuddin berkata, sesi menghadap secara individu itu dijadualkan berlangsung pada jam 10.30 pagi esok.

Katanya, proses menghadap secara individu itu bertujuan supaya Al-Sultan Abdullah dapat membuat keputusan bagi melantik seorang Ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda, mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Parlimen sebagai Perdana Menteri seperti diperuntukkan di bawah Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

“Seri Paduka Baginda turut menyeru rakyat untuk bersama mendoakan semoga proses tersebut dipermudahkan dan berjalan lancar demi kepentingan tanah air tercinta.

“Seri Paduka Baginda mengajak rakyat bersama mendoakan agar negara dan rakyat sentiasa dirahmati, diberkati serta dilindungi daripada sebarang bentuk bencana dan musibah,” katanya. - Getaran, 23 November 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi