web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dakwaan Muhyiddin Meragukan, Arahan Hanya Akan Diberi Kepada Speaker - Sumber

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Nov 2022 11:26AM

Muhyiddin Yassin - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengesahan Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa beliau sudah menerima surat mengandungi arahan dari Istana Negara untuk membentuk kerajaan berkemungkinan adalah palsu dan hanya perang psikologi untuk membolehkan beliau terus berkuasa.

Sumber memberitahu, menurut prosedur, surat itu seharusnya datang daripada Speaker Dewan Rakyat, bukan Yang di-Pertuan Agong.

Sumber itu, seorang penganalisis politik kanan yang tidak mahu dikenali menambah, bukti bahawa Muhyiddin sedang melancarkan perang psikologi ialah kandungan kenyataan media yang dikeluarkan Istana Negara, semalam.

“Kenyataan itu memberitahu, Agong secara rasmi menitahkan mengenai keputusan pilihan raya oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) iaitu protokol sebenar.

“Pengerusi SPR memaklumkan kepada baginda bahawa tiada parti berjaya memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan,” katanya.

Menurut kenyataan Istana Negara, Seri Paduka Baginda telah menitahkan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun untuk memerintahkan parti dengan jumlah kerusi terbanyak mencalonkan Perdana Menteri menjelang 2pm hari ini.

“Itu adalah arahan Speaker yang juga prosedur sebenar. Baginda tidak akan berurusan secara terus dengan parti politik,” kata sumber.

Kenyataan dikeluarkan Istana Negara itu menimbulkan persoalan terhadap dakwaan dibuat Muhyiddin Sabtu lalu, bahawa beliau telah menerima arahan  dari Istana Negara. 

“Jika benar ada sebarang arahan, ia akan disampaikan kepada Speaker, seperti yang terkandung dalam kenyataan akhbar itu,” tambah sumber. - The Vibes, 21 November 2022



 

Sorotan

1

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

2

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

3

‘Adakah Saya Angkuh Jika Dengar Suara Majoriti Bangsa Johor?’ - Onn Hafiz

4

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

5

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

6

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

2 Lelaki Maut, Kereta Bertembung Lori Bawa Durian

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

oleh Sophia Ahmad