web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tewas Di Kubu Kuat, Nurul Izzah Anggap Demokrasi Sebenar

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Nov 2022 8:14PM

Reaksi Nurul Izzah Anwar selepas tewas dengan calon PN, Muhammad Fawwaz Mat Jan dengan majoriti 5,272 undi bagi Parlimen Permatang Pauh lewat malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Meskipun tewas di kubu kuat keluarganya di tangan calon daripada Perikatan Nasional (PN), Muhamad Fawwaz Mohamad Jan di kerusi Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar menyifatkan keputusan itu sebagai demokrasi yang dipertahankan dalam mana-mana pilihan raya.

Malah, beliau menerima keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) menyaksikannya memperoleh hanya 32,366 undi, berbanding Fawwaz yang mendapat 37,638 dan majoriti 5,272 itu dengan hati terbuka.

Kerusi itu turut ditandingi calon Barisan Nasional (BN), Mohd Zaidi Mohd Said yang memperoleh 16,971 undi, manakala calon Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Mohd Nasir Othman hanya mendapat 473 undi.

“Izinkan saya mengucapkan sepenuh penghargaan buat semua pengundi yang menjalankan tanggungjawab semalam.

“Inilah demokrasi sentiasa kita pertahankan dalam mana-mana pilihan raya dan saya menerima keputusan dengan hati terbuka,” katanya menerusi hantaran di Instagram.

Nurul Izzah (kanan) ketika berkempen bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh, minggu lalu. - Gambar oleh Abdul Razak Latif
Nurul Izzah (kanan) ketika berkempen bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh, minggu lalu. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Nurul Izzah berkata, peluang mewakili Permatang Pauh itu adalah satu daripada penghormatan terbesar diperolehnya.

Katanya, di Permatang Pauh bermula Kajian Kemiskinan Pelbagai Dimensi pasca COVID-19 pertama di Malaysia.

Beliau berkata, kajian itu kemudian diangkat di peringkat Economic Planning Unit (EPU), sebagai kaedah menilai kemiskinan dan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) merentasi pendapatan semata-mata.

“Terima kasih tidak terhingga di atas peluang dan ruang diberikan.

“Buat pengundi dan penyokong saya yang dikasihi, kasih serta dukungan anda memberi saya kekuatan dalam mendepani cabaran hidup dan masa hadapan,” katanya.

Pada masa sama, Nurul Izzah mengucapkan tahniah kepada calon yang memenangi PRU-15 dan mengharapkan mereka memikul mandat itu dengan penuh tanggungjawab, kasih serta kebijaksanaan.

“Bukan kritikan diambil kira; bukan juga orang yang menunjukkan bagaimana orang kuat ‘tersandung’ atau bagaimana individu boleh melakukan lebih baik.

“Kredit perlu diberikan kepada individu sama ada lelaki atau wanita yang berada dalam gelanggang, muka dikotori debu, peluh dan darah, berusaha keras, tersilap, gagal lagi dan lagi kerana tidak ada usaha untuk memperbaiki tanpa kesilapan serta kekurangan…Theodore Roosevelt.

“Jangan bimbang, teman-teman seperjuangan. Berkat usaha, doa, Insha Allah, I’ll be back (saya akan kembali),” katanya.

Nurul Izzah memeluk Anwar ketika majlis pengumuman calon PKR, awal bulan ini.
Nurul Izzah memeluk Anwar ketika majlis pengumuman calon PKR, awal bulan ini.

Permatang Pauh dilihat sebagai kubu kuat Nurul Izzah, apabila kerusi itu dipertahankan ibunya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan bapa, Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak tahun 2008.

Kedua-dua mereka memenangi kerusi ditandingi pada PRU-15, iaitu Anwar di Tambun dan Wan Azizah di Bandar Tun Razak.

Walaupun banyak nama besar tewas pada pilihan raya kali ini, kekalahan Nurul Izzah tidak dijangka kerana beliau memiliki populariti dan tarikan kepada pengundi muda. – Getaran, 20 November 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 15 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad