Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Menjelang Pengundian: ‘Shah Alam Milik Siapa’, Isham Berpotensi Buat Kejutan

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Nov 2022 2:00PM

P.108 Parlimen Shah Alam menjadi antara kerusi panas dalam PRU-15 ini. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Tempoh berkempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) selama 14 hari yang bermula 5 November lalu, berakhir pada jam 11.59 malam ini.

Justeru, pastinya rakyat semakin berdebar untuk mengetahui siapakah calon dan parti bakal memenangi sesebuah Parlimen serta negeri.

Menjelang kurang 24 jam tempoh pengundian bermula, pelbagai spekulasi dan tanda tanya berlegar di media sosial mengenai kemampuan seseorang calon untuk merampas Parlimen ditandingi, termasuk Shah Alam yang menjadi antara kerusi ‘panas’.

Isham Jalil - Gambar fail
Isham Jalil - Gambar fail

Kawasan di ibu negeri Selangor yang memiliki 165,000 pengundi itu menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Hizatul Isham Abdul Jalil (Barisan Nasional), Dr Afif Bahardin (Perikatan Nasional), Azli Yusof (Pakatan Harapan) dan Muhammad Rafique Rashid (Gerakan Tanah Air).

Menerusi kempen fizikal dan media sosial dijalankan setiap calon seperti tinjauan dibuat Getaran, masing-masing mempunyai strategi dan keistimewaan.

Namun, dua nama yang menjadi perhatian di kerusi itu adalah Isham Jalil dan Azli, bukan sahaja kerana dianggap memiliki sebuah parti kukuh sebagai pendukung perjalanan kempen mereka, malah mempunyai kekuatan latar belakang masing-masing.

Berbicara mengenai Isham Jalil atau nama penuhnya Hizatul Isham Abdul Jalil, 46, beliau dilihat menerima sambutan cukup menggalakkan sejak hari pertama berkempen, sehingga wujud tanda pagar #IJ4SA.

Meskipun pertama kali bersaing di pilihan raya umum (PRU), Isham Jalil dikenali sebagai individu lantang bersuara sejak bertahun lalu mengenai ‘ketidakadilan’ dan kesukaran dihadapi rakyat di Selangor.

Ditambah latar belakang pendidikan cemerlang sehingga melanjutkan pengajian ke Harvard University, iaitu antara institusi terbaik dunia dan memiliki pengalaman 20 tahun bertugas dalam perkhidmatan kerajaan dengan rekod bersih, anak jati Selangor itu dijangka mampu merampas kerusi dimenangi Pakatan Harapan (PH) pada PRU-14.

Sepanjang tempoh kempen, Isham Jalil menggunakan misi #PolitikPositif bagi mendekati dan meraih hati pengundi yang dilihat strategi menarik, berbanding cara ‘menyerang peribadi’ sering dibawa segelintir calon.

Malah, saban hari, jadual kempennya cukup padat sehingga membabitkan 21 program ‘turun padang’, seperti ceramah, walkabout (tinjauan mesra), ziarah kasih, lawatan ke Pusat Daerah Mengundi (PDM) dan bertemu segenap lapisan masyarakat, termasuk warga emas dan anak muda.

Jadualnya turut dipenuhi tinjauan dan bantuan banjir, pemantauan kawasan, dialog bersama pemimpin mahasiswa, wawancara, sidang akhbar, acara live (siaran langsung) serta temubual dengan media tempatan dan antarabangsa.

“Saya ingin membawakan tiga perkara utama, pertama mencari penyelesaian kepada isu asas terutama air dan banjir, kedua masalah sosioekonomi termasuk ramai anak muda tidak ada kerja dan ketiga meningkatkan kecekapan kerajaan.

“Kepada penduduk di Shah Alam, saya ingin menawarkan khidmat bakti saya kepada anda semua bagi membawa agenda rakyat yang jelas dan penyelesaian masalah ini di Parlimen.

“Beri peluang saya berkhidmat kepada anda dengan mengundi saya di P.108 Parlimen Shah Alam, calon nombor tiga,” katanya.

Azli Yusof - Gambar Wikipedia
Azli Yusof - Gambar Wikipedia

Meninjau kempen dilaksanakan pesaingnya, Azli, 55, beliau turut mengetengahkan pendekatan kempen untuk menyelesaikan isu dihadapi penduduk di daerah itu dan menegaskan ia dekat dihatinya sejak dahulu.

Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) itu berkata, pengalaman memberikan khidmat melalui penglibatan dalam politik, pentadbiran dan aktiviti sosial memberikan peluang untuk beliau menyelami masalah dihadapi penduduk setempat.

Walaupun media sosialnya menerima beberapa komen daripada netizen yang menyatakan kekecewaan terhadap kepimpinan PH terdahulu, mungkin disebabkan tindakan Ahli Parlimen sebelum ini tidak melaksanakan tugas seperti dijanjikan, Azli menegaskan beliau akan cuba membawa perubahan diinginkan.

Pada masa sama, kempennya dibelenggu kata-kata beliau sering ‘menumpang kekuatan dan populariti’ Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi meraih undi apabila kerap berkongsi kata-kata mempromosi pemimpin itu di Facebook, selain sering menampilkan poster mereka bersebelahan.

Malah, kata-kata beliau yang menegaskan sekiranya dipilih sebagai Ahli Parlimen dan parti PH menang, mantan Timbalan Perdana Menteri itu akan diangkat sebagai Perdana Menteri, mencetuskan persoalan dalam kalangan pengikut media sosial adakah matlamatnya adalah demi Anwar atau berbakti kepada rakyat.

Azli berkongsi, pastinya komitmen utama beliau sekiranya diangkat sebagai wakil rakyat adalah membela nasib masyarakat dan mengembalikan kestabilan politik Malaysia.

Sementara itu, sepanjang tempoh kempen 14 hari, beliau turut menyenaraikan pelbagai program fizikal, seperti ceramah, beramah mesra dengan penduduk setempat termasuk anak muda, membuat rakaman temu ramah dan meninjau kawasan.

“Cabaran dihadapi warga Shah Alam adalah kos sara hidup golongan B40 dan M40 yang menjadi isu pertama akan saya bawa, isu kedua berkenaan dengan banjir yang sering berulang dan boleh berlaku bila-bila masa.

“Isu ketiga berkenaan kesesakan lalu lintas dan keempat pembangunan tidak seimbang,” katanya.

Beliau turut menggesa semua peringkat masyarakat, khususnya generasi muda untuk keluar menjalankan tanggungjawa berkenaan.

“Bangun anak muda. Ayuh turun mengundi untuk menentukan masa depan negara,” katanya.

Dr Sivamurugan Pandian - Gambar fail
Dr Sivamurugan Pandian - Gambar fail

Sementara itu, berdasarkan laporan media, The Star, penganalisis politik, Profesor Dr Sivamurugan Pandian berkata, Shah Alam adalah kawasan yang sangat menarik untuk disaksikan memandangkan demografi penduduknya berbeza-beza.

“Pengundi di kawasan itu dibahagikan kepada masyarakat elit, kelas pertengahan dan B40.

“Dan setiap calon d situ mempunyai jawatan parti, manakala seorang adalah ADUN,” katanya.

Sivamurugan berkata, Isham Jalil adalah individu yang bijak berpolitik walaupun belum menjadi wakil rakyat.

Azli pula pernah menjadi setiausaha politik Khalid ketika pemimpin itu menjadi Menteri Wilayah Persekutuan sepanjang tempoh PH memerintah.

Justeru, Sivamurugan berkata, bagi memenangi majoriti undi Shah Alam, calon perlu menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka boleh berkhidmat kepada semua orang secara sama rata.

“Jadi, calon yang tepat mestilah seorang yang berwibawa supaya dapat meyakinkan pengundi bahawa mereka mempunyai kebolehan untuk mewakili pelbagai lapisan masyarakat di Shah Alam,” jelasnya. – Getaran, 18 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 minggu yang lalu

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Ditinggal Ibu Dalam Kereta, Kanak-Kanak 5 Tahun Disahkan Maut

3

Jelajah 4 bulan yang lalu

Immersive Winterland, Tarikan Terbaharu Di i-City Shah Alam

4

Politik 4 bulan yang lalu

Peneroka FELDA Harap PRK Ubah 'Nasib' Fasiliti, Infrastruktur Uzur

Sorotan

1

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

2

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

3

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

4

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

5

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

6

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

7

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Lelaki Disiasat, Muat Naik Hantaran Jelik Berkaitan Tragedi Helikopter TLDM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Semasa 1 jam yang lalu

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

Politik 1 hari yang lalu

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen