web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PH Sapu Bersih 120 Kerusi Parlimen Jika Terima Sokongan 10 Peratus Pengundi Melayu

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Nov 2022 10:57PM

Mohamad Sabu berkata, sokongan rakyat terhadap PH kini semakin jelas. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Pakatan Harapan (PH) mampu menyapu bersih sekurang-kurangnya 120 kerusi Parlimen jika 10 peratus pengundi Melayu menyokong gabungan itu Sabtu ini, kata calon PH Parlimen Kota Raja, Mohamad Sabu.

Tegas beliau, pengisytiharan kumpulan profesor Melayu dikenali sebagai G70 yang mengumumkan sokongan kepada Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10 sedikit sebanyak membantu mempengaruhi pengundi di negara.

“Hari ini, sebanyak 102 NGO (pertubuhan bukan kerajaan) Melayu Islam pula mengumumkan secara terbuka menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, yang diketuai oleh Cikgu Azmi.

“Jika 10 peratus orang Melayu ubah undi (mereka) daripada BN (Barisan Nasional) dan PN (Perikatan Nasional) kepada PH, kita akan menang lebih 120 (Parlimen),” katanya pada Jelajah Harapan Selangor di Sri Muda, hari ini.

Cikgu Azmi atau nama sebenarnya Mohd Azmi Abd Hamid adalah Presiden Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) dan Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) yang lantang memperjuang nasib rakyat Palestin.

Mohamad berkata, sokongan rakyat terhadap PH kini semakin jelas berdasarkan beberapa siri jelajah yang berlangsung sejak Parlimen dibubarkan dan ia semakin hari semakin menggalakkan.

Tegasnya, antara lain ia disebabkan rakyat kembali yakin bahawa tiada lagi pengkhianatan akan berlaku selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) apabila Akta Anti Lompat Parti mula dikuatkuasa.

“Pada PRN (Pilihan Raya Negeri) Melaka, Johor dan Sarawak kita kalah terus kerana rakyat tidak mahu keluar mengundi apabila mandat yang diberikan pada PRU-14 lalu dikhianati.

“Tapi kini ramai yang yakin untuk mengundi apabila Akta Anti Lompat Parti dikuatkuasakan. Ramai yang mula nampak berminat untuk keluar mengundi pada Sabtu ini.

“Lihat saja siri Jelajah Harapan di Gombak semalam, belasan ribu hadir, ribuan rakyat dMalaysia di Singapura balik sempena PRU-15 untuk mengundi dan kita yakin mereka akan mengundi Pakatan Harapan,” katanya.

Justeru, Mohamad yang juga mantan Menteri Pertahanan menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk pulang ke kampung halaman masing-masing dan menunaikan tanggungjawab serta menyokong PH, sekali gus mengangkat Anwar menjadi Perdana Menteri pada PRU-15.

Mohamad bakal menghadapi pertembungan lapan penjuru bagi mempertahankan kerusi Parlimen Kota Raja yang disandangnya.

Beliau berdepan tentangan calon PN, Mohamed Diah Baharun, D Kajendran (BN) dan Fahmi Bazlan Muda (PEJUANG).

Turut meletakkan calon adalah Parti Rakyat Malaysia (PRM) yang menampilkan Sarah Afiqah Zainol Arif dan tiga calon Bebas iaitu P Raveentharan, S Surendhar serta K Kumar.

Pada PRU-14, Mohamad menang besar di Parlimen Kota Raja apabila memperoleh 90,697 undian dan mencatatkan majoriti undi 71,142. - Getaran, 17 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

Agenda Kestabilan, Ekonomi Dan Kebajikan Rakyat Kekal Teras Utama Kerajaan Perpaduan - Pemimpin PH

2

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Sungai Bakap: ‘Pengundi Muda Tolong Keluar Mengundi’ - PH

3

Politik 1 tahun yang lalu

Kesepakatan BN, PH Bolehkan Jentera Parti PRK Sungai Bakap Berjalan Lancar

4

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Sungai Bakap: Saingan 2 Penjuru Antara PH, PN

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 2 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini