web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


70 Profesor Melayu Sokong Anwar Calon PM

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Nov 2022 6:33PM

Anwar (tengah) menyampaikan ceramah ketika berkempen di kawasan Parlimen Lembah Pantai, semalam. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 70 profesor Melayu atau dikenali sebagai Gerakan Profesor Melayu G70 sebulat suara menyokong Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Jurucakapnya, Profesor Datuk Dr Ir Wan Ramli Wan Daud berkata, Anwar satu-satunya tokoh dengan kewibawaan dan pengalaman serta integriti yang mampu memimpin masyarakat majmuk berteraskan Islam sebagai agama Persekutuan.

Malah katanya, Presiden PKR itu juga mempunyai kebolehan untuk memulihkan reputasi negara di mata dunia.

Wan Ramli Wan Daud pada sidang media Deklarasi Profesor Melayu G70. - Tangkapan layar dari Facebook Institut Darul Ehsan-IDE
Wan Ramli Wan Daud pada sidang media Deklarasi Profesor Melayu G70. - Tangkapan layar dari Facebook Institut Darul Ehsan-IDE

“Beliau bersama pasukannya dalam PH pada PRU-15 ini, merupakan pilihan terbaik untuk membawa negara keluar daripada kemelut ekonomi masa kini kepada kesejahteraan rakyat pada masa hadapan.

“Beliau juga dapat menjamin keutuhan agama Islam serta kepentingan Melayu dan masyarakat peribumi,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Pada masa sama, beliau menggesa rakyat Malaysia supaya menggunakan hak dan tanggungjawab memilih pada PRU-15 dengan mengundi gabungan politik yang mendukung perpaduan nasional serta keadilan masyarakat.

Pada 20 Oktober lalu, PH secara rasmi mengumumkan Anwar sebagai calon Perdana Menteri, sekiranya gabungan itu memenangi PRU-15.
Pada 20 Oktober lalu, PH secara rasmi mengumumkan Anwar sebagai calon Perdana Menteri, sekiranya gabungan itu memenangi PRU-15.

“Orang ramai harus mengundi calon yang memiliki prinsip integriti, amanah serta bebas dari amalan rasuah.

“Pilihlah calon daripada pakatan politik yang memiliki iltizam bagi membina sebuah kerajaan berteraskan prinsip tatakelola yang baik serta bertekad memerangi sebarang bentuk penyalahgunaan kuasa, demi kepentingan rakyat dan negara,” katanya.

Dalam pada itu, Wan Ramli berkata, rakyat Malaysia turut digesa menolak calon daripada pakatan politik yang mengkhianati amanah demokrasi dan menyalahgunakan kedudukan politik untuk memenuhi kepentingan diri serta kumpulan.

Katanya, calon yang menggunakan fitnah bagi meraih sokongan pengundi dan mengeksploitasi sentimen agama serta kaum demi kepentingan politik parti masing-masing juga wajar ditolak pengundi.

Pada 20 Oktober lalu, PH secara rasmi mengumumkan Anwar sebagai calon Perdana Menteri, sekiranya gabungan itu memenangi PRU-15.

Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pemilihan Anwar sebagai calon Perdana Menteri diputuskan selepas mengambil kira kemampuan beliau memulihkan negara daripada krisis ekonomi ketika ini.

Tegasnya, Anwar juga sudah berdepan pelbagai cabaran selama 11 tahun dan masih bertahan, sekali gus membuktikan kemampuan beliau untuk memegang jawatan tertinggi dalam pentadbiran kerajaan itu.

“Perjuangan PH bukan soal meletak satu-satu tokoh untuk memegang jawatan ini. Jawatan ini datang dengan tugas dan tanggungjawab berat.

“Ekonomi negara merudum, inflasi, harga barang, derita rakyat. Ekonomi negara mesti diselamatkan melalui sebuah kerajaan bertanggungjawab di bawah kepimpinan seorang yang mampu membaiki ekonomi negara.

“Majlis Presiden PH melalui proses temu rapat di Port Dickson, Seremban dan sesi mesyuarat, membuat keputusan bahawa memasuki PRU15, PH menawarkan kepada rakyat jika mandat diberi kepada kita, calon Perdana Menteri kita ialah saudara Anwar Ibrahim,” katanya. - Getaran, 16 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

‘Saya Tak Kata Siasatan Dihentikan, Digugur, SPRM Berhak… ‘ - Azalina

2

Politik 3 tahun yang lalu

Maklumat Terlalu Umum, SPRM Dapati Tiada Bukti PN Terima Dana Syarikat Judi

3

Politik 3 tahun yang lalu

Cukup Bermain Politik, Utamakan Hal Rakyat Berbanding Kepentingan Peribadi

4

Politik 3 tahun yang lalu

Saya Amat Yakin Kerajaan Perpaduan Akan Kekal Hingga Penggal Berakhir – PM

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 18 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 10 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad