web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ismail Sabri Beri Komitmen Selesaikan Perkara Tertunggak Dalam MA63 Secara Berperingkat

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Nov 2022 8:40PM

Ismail Sabri Yaakob - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SANDAKAN - Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan komitmen beliau untuk menyelesaikan segala perkara yang tertunggak dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) secara berperingkat.

Ismail Sabri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Khas MA63 berkata usaha itu bagi memastikan setiap perjanjian termaktub dalam MA63 dapat dilunaskan demi perubahan besar, termasuk di Sabah.

Beliau berkata banyak perkara telah dicapai menerusi jawatankuasa khas MA63, termasuk dalam aspek bayaran tunai petroleum daripada Petronas dan cukai jualan ke atas produk petroleum kepada negeri ini yang bernilai hampir RM5 bilion.

"Saya merupakan Pengerusi (Jawatankuasa Khas) MA63 yang bermesyuarat setiap bulan dengan Sabah diwakili Ketua Menteri (Datuk Seri Hajiji Noor). Saya dah beri komitmen bahawa segala tunggakan yang belum selesai melalui MA63, kita akan selesaikan sedikit demi sedikit.

"Ini komitmen Kerajaan Persekutuan dan saya percaya dengan apa yang kita beri melalui MA63 yang kita laksanakan, Insya-Allah perubahan besar akan berlaku di Sabah," katanya ketika berucap pada majlis ramah mesra Perdana Menteri bersama rakyat Libaran di Program Perumahan Rakyat (PPR) Gum Gum di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri dan calon BN Parlimen Libaran bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU) Datuk Suhaimi Nasir.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis itu Ismail Sabri berkata setiap bulan beliau bermesyuarat bersama Hajiji dan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, membincangkan perkara-perkara  yang belum diselesaikan berkaitan MA63.

"Setiap bulan, kita (beliau bersama Hajiji dan Abang Johari) akan membuat 'checklist' dari segi perkara-perkara yang belum diselesaikan lagi.

"Rancangan masa depan pun telah dibincang dengan pihak Negeri Sabah daripada segi mewujudkan syarikat yang berkaitan dengan penghasilan minyak (petroleum), ini supaya Sabah juga mempunyai pegangan di dalam saham yang berkaitan dengan penjualan minyak," katanya.

Ketika ditanya sasaran menyelesaikan perkara-perkara tertunggak dalam perjanjian itu, Ismail Sabri berkata pihaknya tidak mempunyai sasaran spesifik, sebaliknya akan cuba sedaya upaya menyelesaikannya secepat mungkin.

Sementara itu Ismail Sabri berkata Kerajaan Persekutuan diterajui BN akan terus memberi keutamaan kepada usaha untuk membangunkan Sabah, dan ini dapat dilihat menerusi peruntukan berjumlah RM6.3 bilion untuk negeri ini dalam Bajet 2023, yang merupakan peruntukan tertinggi di Malaysia.

Beliau berkata peruntukan itu sebagai komitmen Kerajaan Persekutuan, antara lain bagi menambah baik kemudahan infrastruktur jalan raya luar bandar, selain menaik taraf sekolah daif dan klinik desa daif serta memperkasa lagi pembangunan jalur lebar di Sabah menerusi Jalinan Digital Negara (JENDELA).

"Kita akan memastikan isu-isu sekolah daif dan klinik desa daif (di Sabah) dapat diatasi. Selain itu dalam tempoh dua tahun, kita juga menyasarkan untuk menyelesaikan (masalah liputan internet) dan 100 peratus kawasan di Sabah akan diliputi internet 4G," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Kaamatan Bukan Sekadar Perayaan Budaya, Tapi Lambang Perpaduan - Fadillah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Bayaran Interim Geran Khas Sabah Dinaikkan Kepada RM1.5 Bilion - PM

4

Semasa 1 minggu yang lalu

PM Lawat Sabah Esok, Rasmi Pesta Kaamatan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad