web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Buat Perbandingan Harga Tak Logik, Amirudin Dikecam Netizen

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Nov 2022 6:24PM

Perbandingan harga yang dibuat oleh Amirudin Shari di dalam akaun twitternya telah mendapat kecaman netizen.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Umum mengetahui Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menjadi taruhan Pakatan Harapan (PH) untuk merampas kembali kerusi Parlimen Gombak dari tangan pengkhianat.

Kerusi Gombak pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dimenangi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali atas tiket PKR, sebelum mantan Timbalan Presiden PKR itu menyertai BERSATU selepas Langkah Sheraton pada Februari 2020.

Amirudin Shari
Amirudin Shari

Malam tadi, Amirudin menerusi satu ciapan di Twitter membuat perbandingan harga barang semasa Pakatan Harapan (PH) mentadbir kerajaan Persekutuan pada 2019 dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) hari ini.

Menerusi foto perbandingan harga barang yang dikongsinya itu, Amirudin berkata, nilai unjuran untuk ringgit pada 2019 berada pada paras RM4.11 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Namun, nilai ringgit menyusut kepada RM4.74 berbanding satu dolar AS ketika ini.

Beliau mendakwa, harga sepapan telur hanyalah RM6.50 pada zaman PH, dan ia terus meningkat kepada RM13.50 semasa di bawah kerajaan BN.

Dalam pada itu, Amirudin memaklumkan harga ayam mentah hanya sekitar RM6.50 seekor ketika itu berbanding RM12.50 sekilo hari ini.

Malah katanya, harga semasa sebungkus mi segera jenama Maggie pula meningkat sebanyak RM3 berbanding RM3.50 semasa PH mentadbir negara.

Harga petrol RON97 pula didakwa melonjak naik kepada RM3.95 seliter hari ini, berbanding RM2.20 seliter pada 2019.

Gara-gara perbandingan harga tersebut Amirudin dikecam hebat netizen.

Majoriti netizen menyifatkan perbandingan tersebut sebagai tidak masuk akal, kerana dilakukan tanpa mengambil kira krisis inflasi global yang memberi kesan terhadap kenaikan harga barang ketika ini.

“Kempenlah betul-betul Yang Berhormat (YB). Inflasi tu kiralah sekali. Kami rakyat nak politik matang. Dalam Parlimen macam ni, luar pun macam ni. Rakyat dah bosan,” kata Ab_Mutalip.

“Corak yang sama, buat perbandingan masalah. Tuding-menuding. Blame game. Tapi apa solusi yang korang boleh bawa untuk selesaikan masalah yang sedia ada?” soal Andy3538.

“Nak buat perbandingan harga ini tidak adil. Waktu memerintah ekonomi dunia berbeza. Sekarang inflasi tinggi. Harga sudah tentu terkesan. Guna ideologi lain please,” kata DanialFaqih_.

“Saya tak berpihak mana-mana parti tapi kalau nak tweet tu tolonglah bijak sikit. Inflasi satu dunia merasa bukan Malaysia je, 2019 COVID-19 akhir tahun baru muncul, tu pun tak teruk lagi. Perang Ukraine-Rusia pun tak ada lagi. Common senselah sikit kalau nak bandingkan parti,” kata _mxshi.

“Oh tidak, walaupun saya bukan penyokong BN pun tapi tolong jadi adillah kalau nak buat perbandingan. 2019 pra-COVID banding dengan 2022 pasca COVID. Kalau akaun macai biasa post ni boleh tahan lagi aku fahamlah. Tapi bila MB yang post ni macam hurmm sikit,” kata Nurulhyahya.

Sementara itu, terdapat beberapa pengguna Twitter kurang bersetuju dengan harga sepapan telur RM6.50 sebagaimana didakwa Amirudin ketika zaman PH.

Gambar fail
Gambar fail

“Apa kejadah telur dan ayam RM6.50. Dunia tipu-tipu ke? Aku yang hidup ni rasa harga telur dengan ayam zaman PH pun lebih kurang dengan harga sekarang. Kalau ye pun nak nampak bagus dapat tak bagi harga yang nampak logik. Ingat kami ni hidup luar Malaysia ke?” soal Khairullizam02.

“Jangan tipu oiii. Telur sepapan 2019 pun dah cecah RM12. Maggie RM4 lebih. Apa perbandingan ni? Aku tahulah sebab aku makan benda ni hari-hari. Korang menteri pernah pula pergi kedai runcit,” kata Daamxlaws.

“Jangan nak membongak ya. Kalau nak menipu pun agak-agaklah. Ko ingat kita ni bukan kaki beli barang dapur ke? Setiap bulan memang wajib beli. Dah peka dah dengan harga barang semua. Masa zaman ko lagi harga barang memang dah meningkat,” kata Hamimah-muharam.

“Tak pernah pulak jumpa telur sepapan RM6.50. Ini harga telur zaman tok kadok mana pula ni,” HusinJuhana.

Susulan itu, netizen menggesa Amirudin supaya berkempen secara sihat dan mempersoalkan sama ada PH akan mengekalkan atau menurunkan harga sekiranya mereka terus mentadbir negara ketika ini.

“Tak bijak kempen cara begini YB,” kata AimanSaid_.

“Habis tu kalau PH pegang auto turun ke? Janganlah nak hancingkan orang lagi,” kata Ujang9897.

“Sebelum macam best gak tengok MB ni tapi tiba-tiba tengok dia tweet compare macam ni rasa macam dia bodohkan diri sendiri pula. Tak perlu kot buat comparison macam ni sebab rakyat tak bodoh dah sekarang,” kata AmerMohmad. - Getaran, 15 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

‘Saya Tak Kata Siasatan Dihentikan, Digugur, SPRM Berhak… ‘ - Azalina

2

Politik 3 tahun yang lalu

Maklumat Terlalu Umum, SPRM Dapati Tiada Bukti PN Terima Dana Syarikat Judi

3

Politik 3 tahun yang lalu

Cukup Bermain Politik, Utamakan Hal Rakyat Berbanding Kepentingan Peribadi

4

Politik 3 tahun yang lalu

Saya Amat Yakin Kerajaan Perpaduan Akan Kekal Hingga Penggal Berakhir – PM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 18 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad