web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Saya Tak Pernah Beri Mandat Kepada Takiyuddin Berunding Dengan BN - Muhyiddin

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Nov 2022 2:30PM

Muhyiddin mahu membentuk kerajaan tanpa perlu bergabung dengan BN atau PH. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau tidak pernah memberi mandat kepada Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan untuk berunding dengan Barisan Nasional (BN) bagi membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Menurut beliau, tujuan PN bertanding pada PRU-15 adalah untuk membentuk kerajaan tanpa perlu bergabung dengan BN atau Pakatan Harapan (PH).

“Saya berdoa dengan izin Allah SWT dan sokongan padu rakyat, PN akan memenangi jumlah kerusi mencukupi untuk membentuk kerajaan Persekutuan dan negeri yang terlibat dalam PRU-15,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Takiyuddin bahawa PN yakin dapat membentuk kerajaan hasil gabungan dengan parti lain, terutama BN pada PRU-15.

Semalam, Takiyuddin ketika Ceramah Perdana PRU-15 di Kampung Kubang Kiat, Kota Bahru berkata, beliau menjangkakan BN akan menerima penggabungan itu.

“Saya yakin kita dapat bentuk kerajaan Persekutuan sama ada kita sendiri atau gabungan dengan pihak lain, termasuk BN. Apa yang pasti kita tidak menerima PH walaupun perlu gabungan.

“Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang ada menyebut sekiranya kita tidak boleh bergabung sebelum PRU-15, mungkin selepas (PRU-15) kita boleh wujudkan hubungan itu.

“Rujukan pertama kita adalah BN, bagaimanapun sebarang perbincangan belum dibuat sepanjang tempoh berkempen ini, namun saya yakin BN akan terima. Perbincangan dulu sudah ada, namun ketika kita tidak bersama pun kita ada maklum mungkin kita boleh bersama selepas PRU-15,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai perkara tersebut, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan penting membabitkan penggabungan BN dengan parti lain tidak boleh dibuat secara bersendirian, sebaliknya perlu dibincang dan diputuskan dalam Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

Jelasnya, sama ada akan terbentuk satu jajaran baharu dengan gabungan parti lain atau tidak, ia bergantung kepada keputusan PRU-15.

“Tak boleh kata akan bergabung. Kita pun tak tahu lagi. Keputusan penggabungan dengan sesiapa sekali pun, parti mana sekali pun adalah keputusan parti. Parti yang akan membuat keputusan. Kalau kita menang dan kita boleh membentuk kerajaan ... Itu akan difikirkan.

“Tetapi dengan parti lain, mereka kata ada jajaran baharu dengan PH, ada orang kata dengan PN atau PAS ... itu selepas pilihan raya.

“Selepas pilihan raya, kita seberang jambatan dahulu dan kemudian baru kita putuskan. Kita putuskan pun bukan cara bersendirian. Kita mungkin panggil mesyuarat khas MKT untuk buat keputusan,” katanya.

Perdana Menteri berkata, penggabungan yang pasti adalah antara BN dengan gabungan parti dari Sabah dan Sarawak. - Getaran 15 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

MB Terengganu Ketua Pembangkang Baharu

2

Semasa 1 bulan yang lalu

BERSATU Terima 4 Keping Cek, Setiap 1 Bernilai RM200,000 - Saksi

3

Politik 5 bulan yang lalu

Ikut Jejak Muhyiddin, Azmin, Peja Letak Jawatan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Menghasut

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 16 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 15 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad