web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


BN Perlu Menang Dahulu Baru Fikir Pasal Kabinet - Ismail Sabri

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Nov 2022 9:00AM

Ismail Sabri (tengah) berucap pada Majlis Sembang Santai Anak Muda Kuala Selangor sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di Bandar Puncak Alam semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA SELANGOR - Barisan Nasional (BN) perlu fokus untuk mencapai kemenangan pada PIlihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sebelum memikirkan mengenai barisan Kabinet yang baharu, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri berkata bagaimanapun beliau akan memastikan saiz Kabinet yang akan dibentuk nanti adalah lebih kecil berbanding jumlah menteri sekarang dengan menggabungkan beberapa kementerian.

“Jadi kita kena menang dulu, kalau tak menang saya pun tak jadi Perdana Menteri. BN mesti menang dahulu ... selepas menang BN, insya-Allah saya akan ambil kira semua kepentingan, kena ada teknokrat, kena ada ahli politik.

“Cuma saya bagi jaminan bahawa yang saya akan kecilkan Kabinet saya kerana Kabinet sekarang terlalu besar... ini janji saya tetapi siapa yang menjadi Menteri Kabinet akan saya tentukan,” katanya kepada media selepas Program Santai Anak Muda Kuala Selangor di Puncak Alam, malam tadi.

Turut hadir Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang juga calon BN di Parlimen Kuala Selangor.

Mengenai dakwaan pihak Perikatan Nasional yang menyatakan bahawa BN meniru manifesto mereka mengenai pemberian taraf kerakyatan kepada kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia, Ismail Sabri berkata BN juga boleh mengatakan perkara yang sama kepada parti itu.

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut menaruh keyakinan kepada Tengku Zafrul untuk memenangi kerusi Parlimen Kuala Selangor pada pilihan raya ini.

“Saya terkejut dengan sambutan (rakyat) begini hebat dan saya percaya apa yang digambarkan malam ini itulah yang akan menjadi undi kepada Tengku Zafrul nanti.

“Saya percaya yang datang ramai-ramai malam ini menunjukkan sokongan kepada Tengku Zafrul dan saya yakin beliau boleh memenangi kerusi di Kuala Selangor,” katanya.

“Insya-Allah jika Tengku Zafrul menang, dia akan berada di dalam Kabinet, Kuala Selangor bertuah kerana mempunyai calon yang hebat, saya harap kita sama-sama nobatkan Tengku Zafrul sebagai Ahli Parlimen Kuala Selangor,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 5 bulan yang lalu

Dr Zaliha Akan Terus Sokong Agenda MADANI

2

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Najib Dapat Persetujuan Kabinet Sebelum Luluskan Surat Sokongan Bon AS$3 Bilion

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Malaysia Tolak Tawaran Anjur Sukan Komanwel 2026 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam