web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pasar Malam Jadi Medan Pertemuan, Lee-Aziz Tambat Hati Pengundi Melayu

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Nov 2022 8:33PM

Calon PH, Aziz Bari (kiri) dan calon Ahli Parlimen Ipoh Timor, Lee (tengah) sempat bersalaman ketika bertembung dengan calon BN, Khoo (kanan) di pasar malam dekat Desa Aman, Ipoh. - Gambar Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH – Peniaga pasar malam di Desa Aman yang terletak di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Tebing Tinggi di sini berdepan situasi jarang berlaku, apabila berpeluang membandingkan sendiri, siapa calon terbaik untuk mewakili mereka selepas Pilihan Raya Umum (PRU-15), 19 November nanti.

Calon MCA, Tony Khoo ialah yang pertama muncul, dan kehadirannya turut diumumkan menerusi televisyen LED khusus digunakan bagi mempromosikan manifesto dan perancangan dibuat.

Ketibaan Khoo pantas diekori penyokong yang berpakaian biru muda, iaitu warna rasmi Barisan Nasional (BN).

Khoo yang agak pendiam memberitahu Getaran, antara perancangan disusun jika beliau memenangi kerusi berkenaan ialah membina sebuah lagi fasiliti kesihatan di kawasan sekitar Tebing Tinggi, dan mempromosikan pasar malam tersebut sebagai satu tarikan pelancong.

“Klinik terdekat terletak lima kilometer dari sini. Ia agak menyusahkan, lebih-lebih lagi kepada warga emas, apatah lagi kita sekarang menuju ke arah masyarakat menua. Golongan belia pula sudah berhijrah ke tempat lain demi mencari rezeki dan ini juga antara hasrat saya, iaitu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan,” kata anak tempatan itu.

“Apa yang mahu saya promosikan ialah pelancongan gastro. Pasar malam di Thailand amat terkenal, mengapa kita tak boleh lakukan yang sama? Untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi, saya mahu usahakan agar Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) dan Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR) membuka cawangan di sini.

“Dengan cara ini kita dapat menarik minat lebih ramai golongan belia dan pelajar untuk datang ke mari. Rumah boleh disewa, lebih ramai pensyarah akan datang, sekali gus memberi nafas baharu kepada pertumbuhan ekonomi setempat.”

Lee yang tidak kekok dilihat turut beramah mesra dengan petugas-petugas BN di pasar malam Desa Aman, Ipoh. - Gambar Alif Omar
Lee yang tidak kekok dilihat turut beramah mesra dengan petugas-petugas BN di pasar malam Desa Aman, Ipoh. - Gambar Alif Omar

Walaupun perancangan yang disusun bakal memberi manfaat besar kepada komuniti setempat, pengundi tempatan dilihat masih keberatan dan agak berwaspada ketika ditemui Khoo.

Senario ini mungkin didorong oleh peribadi beliau sendiri yang pendiam dan serius, jauh berbeza dengan personaliti calon Pakatan Harapan (PH), Profesor Aziz Bari dan calon Ahli Parlimen Ipoh Timor, Howard Lee.

Terkenal dengan perawakan ceria dan periang, Lee dilihat tidak kekok mengunjungi setiap gerai dan menyapa semua pengunjung sambil diekori Aziz.

Tingkah laku mereka yang amat bertenaga mengingatkan Getaran kepada maskot arnab pada jenama bateri Duracell, kerana kedua-duanya dilihat sungguh ‘seronok’ bergaul bersama penduduk setempat.

Pendekatan digunakan Lee dan Aziz ternyata berhasil mengubah suasana menjadi lebih ceria, malah kehadiran mereka dan jentera promosi PH disambut dengan senyuman lebar oleh komuniti Melayu.

Senario itu barangkali turut disumbangkan oleh jentera pilihan raya Lee dan Aziz, yang majoritinya memiliki kaitan dengan peniaga di pasar malam berkenaan, sama ada sebagai jiran tetangga atau rakan lama.

 “Tolong ingat ya, muka handsome ni. Jangan lupe untuk undi teman dengan Profesor Aziz,” kata Lee dalam loghat Melayu Perak yang pekat kepada seorang peniaga petai.

“Nampak tua la. Dalam poster nampak lagi handsome, lagi muda,” seloroh peniaga wanita itu.

“Adoi! Sakitnya hati teman,” balas Lee sambil memegang dada dan melakonkan aksi seolah-olah diserang sakit jantung apabila mendengar balasan itu.

“Baru aje ingat nak beli petai… tak jadi lah.”

“Ohh macam tu ye YB? Bahaya ni YB, nanti hilang undi, ah sudah,” balas wanita terbabit yang jelas tidak kekok berinteraksi bersama Lee.

Calon PN, Iskandar Abdul Rahman (tengah) turut dilihat berkempen di pasar malam Desa Aman selain Lee dan Aziz. - Gambar Alif Omar
Calon PN, Iskandar Abdul Rahman (tengah) turut dilihat berkempen di pasar malam Desa Aman selain Lee dan Aziz. - Gambar Alif Omar

Calon terakhir mengunjungi pasar malam itu, Iskandar Abdul Rahman (PN) pula memiliki gabungan personaliti antara pasangan Lee-Aziz dan Khoo.

Beliau juga mesra dan ramah membalas sapaan pengunjung, tapi tidak ‘seghairah’ Lee apabila bersembang bersama mereka.

Sekali imbas, Iskandar seolah membawa bersama sikap serius Khoo dan ceria Lee-Aziz.

Pada lawatan itu, Lee-Aziz dan Iskandar saling bersalaman apabila terserempak, sebagai tanda akan bertanding secara bermaruah.

Kedua-dua calon PH itu juga turut tidak ketinggalan menyapa Khoo sebaik sahaja menyelesaikan kunjungan mereka.

Getaran malangnya tidak dapat mengikut Iskandar menyelesaikan lawatan dibuat kerana kesuntukan waktu. – Getaran, 14 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

2

Semasa 1 tahun yang lalu

3 Lelaki Ditahan Miliki Senjata Berbahaya, Peralatan Polis

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Suri Rumah Didakwa Bunuh Anak Angkat Usia 5 Tahun

4

Politik 2 tahun yang lalu

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 5 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam