web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jamal Yakin Mampu Tawan Sungai Besar

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Nov 2022 4:38PM

Antara perkara yang ingin diberi keutamaan oleh Jamal Md Yunos adalah peluang pekerjaan kepada golongan muda yang kini semakin ‘pupus’ kerana berhijrah ke bandar untuk mencari peluang pekerjaan - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos yakin mampu menawan semula kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Bagaimanapun menurutnya, beliau enggan terlalu yakin dan terus berusaha menyantuni serta mendekati pengundi, terutamanya yang tidak menyertai mana-mana parti, termasuk golongan atas pagar.

Jamal berkata, beliau akan mengumumkan manifesto sendiri untuk pengundi di Sungai Besar supaya dapat membuktikan bahawa dirinya berkemampuan membawa suara mereka ke peringkat tertinggi.

“Saya amat yakin tetapi bukan over confident. Usaha berterusan masih dijalankan untuk menyantuni dan mendekati pengundi. Walaupun mereka dah kenal saya tapi saya mahu mereka lebih kenal.

“Jadi hari ini, saya akan lancarkan manifesto BN Sungai Besar. Manifesto ini saya tidak janjikan bulan bintang, tapi saya yakin dengan pengalaman dan dengan kebolehan, saya mampu laksanakannya,” katanya kepada Getaran.

Antara perkara yang ingin diberi keutamaan oleh Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu adalah peluang pekerjaan kepada golongan muda yang kini semakin ‘pupus’ kerana berhijrah ke bandar untuk mencari peluang pekerjaan.

Dalam menangani perkara itu jelas Jamal, beliau bercadang untuk membina sebuah hotel bertaraf empat bintang di kawasan tersebut yang bakal memiliki 480 buah bilik bagi membuka peluang pekerjaan kepada golongan muda di Sungai Besar.

“Saya juga bertekad untuk menjadikan Sungai Besar ini sebagai pusat pelancongan supaya dapt meningkatkan ekonomi penduduk setempat, sekali gus merancakkan industri rakyat di sini.

“Kawasan ini memiliki potensi tinggi untuk dibangunkan namun perlu ada strategi yang betul bagi membolehkan potensinya dilihat oleh masyarakat di luar,” katanya.

Memberikan contoh taman tema air yang dibangunkannya sendiri di Sekinchan, Jamal memberitahu pusat tarikan itu menerima kunjungan sehingga 4,000 ke 5,000 pengunjung pada satu masa terutamanya pada hari minggu dan musim percutian.

“Banyak lagi yang boleh dilaksanakan bagi menaikkan lagi potensi kawasan ini supaya dapat membantu menaikkan ekonomi penduduk setempat,” katanya.

Parlimen Sungai Besar bakal menyaksikan pertembungan empat penjuru pada PRU-15.

Selain Jamal, ia turut melibatkan Datuk Muslimin Yahaya (Perikatan Nasional) selaku penyandang, Saipolyazan Mat Yusop (PKR) dan Asmawat Samad (Gerakan Tanah Air).

Pada PRU-14 lalu, Muslimin berjaya menawan Parlimen Sungai Besar dengan majoriti tipis iaitu 714 undi mengalahkan calon BN, Budiman Mohd Zohdi dan calon PAS, Salleh Husin. - Getaran, 13 November 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar