web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tegur Pemimpin PH Jaga Sensitiviti Orang Melayu, Siti Kasim ‘Serang’ Rafizi

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Nov 2022 6:00PM

Siti Kassim menerusi satu rakaman video yang dikongsi di Twitternya, menggesa Rafizi berhenti bercakap mengenai perbezaan kaum dan agama - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Calon Bebas di Parlimen Batu, Siti Kasim berang dengan tindakan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli yang menegur pemimpin bukan Melayu dalam Pakatan Harapan (PH) supaya menjaga perasaan dan sensitiviti orang Melayu.

Siti Kassim menerusi satu rakaman video yang dikongsi di Twitternya, menggesa Rafizi berhenti bercakap mengenai perbezaan kaum dan agama.

“Inilah masalah yang saya katakan selama ini, pimpinan PKR mendakwa kita kena jaga sensitiviti orang Melayu. Apa yang sebenarnya yang sensitiviti ini.

“Bagaimana dengan perasaan dan sensitiviti kaum lain. Siapa yang melindungi perasaan mereka? Jadi asyik-asyik kaum lain kena jaga kaum Melayu punya perasaan.

“Eh, Rafizi, awak ingat orang Melayu ini sensitif sangat ke hah? Hanya kerana awak ingin meraih undi, kamu sanggup suruh bukan Melayu menutup mulut untuk mempertahankan hak mereka. Betul ke ni? Saya tidak fikir begitu!” katanya.

Susulan itu, beliau menggesa rakyat Malaysia supaya tidak lagi terpengaruh dengan retorik sedemikian, dan harus menjaga perasaan masing-masing, bukannya orang Melayu semata-mata.

“Bangkit, dan katakan tidak pada politik bodoh mempergunakan kaum dan agama sepanjang masa. Kita jaga sesama kita, OK?

“Ahli politik… Rafizi, sudah tiba masanya kamu jangan gunakan agama lagi. Biar kami bercakap mengenainya,” katanya.

Semalam, Rafizi dalam sebuah video menasihati pemimpin bukan Melayu dalam PH supaya prihatin tentang cara mereka bercakap mengenai isu kaum Melayu atau apabila bercakap tentang pemimpin Melayu parti lawan, terutamanya jika tokoh agama terlibat.

"Itu sensitif kerana ia boleh diputar belitkan tentang seorang bukan Islam yang menghina orang Islam," katanya.

Jelas beliau, jika rakan PH tidak berhati-hati dalam membuat kenyataan yang melibatkan kaum, Islam, raja dan bahasa kebangsaan, kenyataan mereka boleh diperbesar-besarkan oleh UMNO, PAS dan BERSATU untuk memainkan isu perkauman dan menutupi kes rasuah dan kelemahan pentadbiran mereka.

Siti Kasim antara salah seorang daripada 10 calon yang bertanding di kerusi Parlimen Batu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Selain berdepan dengan penyandang Parlimen Batu, P Prabakaran (PH), Siti Kasim akan bersaing dengan Tian Chua (Bebas), Zulkifli Fattah (Bebas), Too Gao Lan (Bebas), Wan Azliana (PEJUANG), Azhar Yahya (PAS), Naganathan Pillai (WARISAN), A Kohilan Pillay (BN) dan Nur Fathiah atau Cleopatra (Bebas).

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), Prabakaran memenangi kerusi itu dengan majoriti 24,438 undi. - Getaran, 12 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Perjanjian Senjata RM1.1 Bilion: Rafizi Hadir Ke SPRM, Serah Dokumen 28 Muka Surat

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjanjian RM1.1 Bilion: Rafizi Sambung Beri Keterangan Di SPRM

3

Politik 1 tahun yang lalu

Misteri ‘Kehilangan’ Rafizi: Apakah Ada ‘Drama’ Di Belakang Tabir?

4

Politik 1 tahun yang lalu

Anwar Sahkan Rafizi Hadir Mesyuarat MPP PKR

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 11 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad