Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


PRU-15 : Apakah UMNO Akan Berkubur Kerana Zahid?

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Nov 2022 6:45AM

Berdasarkan pemerhatian, kemarahan rakyat bukan ditujukan kepada parti, tetapi kepada pemimpin seperti Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi dan kuncu-kuncunya. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH – Slogan ‘perang’ Asalkan Bukan UMNO milik blok pembangkang, Pakatan Rakyat yang kini dikenali sebagai Pakatan Harapan (PH) membuat kepulangan tidak dijangka pada Pilihan Raya Umum (PRU-15).

Bagaimanapun, slogan tersebut kali ini tidak disasarkan kepada gabungan tertentu, sebaliknya diterjemahkan oleh suara akar umbi di utara negara dan beberapa bahagian lain.

Kemarahan Kepada Zahid Dan Kuncu

Berdasarkan pemerhatian, kemarahan rakyat bukan ditujukan kepada parti, tetapi kepada pemimpin seperti Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan kuncu-kuncunya yang memaksa PRU-15 diadakan, selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Kecil (PRK).

Dalam ertikata lain, majoriti rakyat sudah lelah berhadapan pelbagai drama politik dan memutuskan untuk menghukum UMNO kerana memaksa PRU-15 diadakan ketika musim tengkujuh, sedangkan penggal Parlimen sepatutnya berakhir tahun depan.

Ahmad Zahid Hamidi (tengah) - Gambar Azim Rahman
Ahmad Zahid Hamidi (tengah) - Gambar Azim Rahman

“Saya rasa orang ramai sudah bosan. Beliau (Zahid) mahu terus berkuasa. Ia menghancurkan rakyat dan negara,” kata Felo Kanan Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, Oh Ei Sun kepada Getaran.

Malah, segelintir menteri dari blok Perikatan Nasional (PN) turut mengutus warkah, merayu pertimbangan Yang di-Pertuan Agong agar memberi perkenan untuk Parlimen dibubar mengikut jadual pada 2023, bagi memastikan rakyat tidak perlu mengundi di saat berdepan musibah banjir.

Malangnya, baginda tidak mempunyai pilihan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terpaksa menyembah permohonan itu selepas berdepan desakan Presiden parti.

Lebih memburukkan keadaan, ramai ahli UMNO sendiri berang dengan perilaku Zahid, selepas beliau bertindak menyingkirkan beberapa calon yang berpotensi besar mengekalkan kerusi masing-masing di peringkat Parlimen seperti Datuk Seri Shahidan Kassim (Arau), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (Pasir Salak) dan Tan Sri Annuar Musa (Ketereh).

“Saya ahli parti. Taat setia saya hanya pada parti. Tapi saya sendiri dalam dilema. Saya mahu Zahid kalah. Secara peribadi, saya mahu beliau kalah. Tapi apa akan berlaku pada UMNO jika presidennya kalah?” kata seorang peguam dan ahli UMNO yang tidak mahu dikenali.

Jelasnya, Zahid pada dasarnya telah mencetuskan perang saudara dalam UMNO selepas mengetepikan barisan warlord parti, hingga mendorong Shahidan bertanding di bawah tiket PN bagi mempertahan kerusi Arau yang dimenanginya sejak berbelas tahun lalu.

Menurut sumber,  beliau tidak akan terkejut jika negeri paling utara di Malaysia itu terlepas dari genggaman UMNO dan beralih ke tangan PN.

“Zahid bernasib baik. Beliau bernasib baik Tajuddin tidak memberontak. Jika Tajuddin memutuskan untuk bertanding menentang Azwan Bro (jolokan buat Khairul Azwan Harun), kita akan kehilangan kerusi Pasir Salak. Ketika ini, Azwan Bro dilihat memperoleh sokongan Tajuddin.

“Tetapi pada masa sama, saya tak terkejut jika Tajuddin bermain muslihat dan mengarahkan orang-orangnya untuk mengundi calon lain pada hari pengundian nanti,” kata sumber dalaman parti.

Menguatkan kenyataan itu, kedudukan Zahid sendiri di Bagan Datuk nampaknya mula goyang, walaupun mengekalkan rekod tanpa di kerusi berkenaan sejak lima penggal lalu bermula 1995.

Getaran yang melawat Bagan Datuk mendapati, ramai pengundi merungut kerana kawasan itu masih terpinggir daripada pembangunan meskipun menjadi kebanggaan Ahli Parlimennya.

Apa sahaja perkembangan kelihatan berjalan begitu lembab malah pembangunan ekonomi juga amat tidak memberangsangkan, dengan majoriti penduduk masih terperangkap menjalankan kerja berpendapatan rendah seperti nelayan pesisir pantai, manakala sektor yang boleh menghasilkan pendapatan lumayan boleh dikatakan tidak wujud sama sekali.

Lebih mengejutkan ialah bagaimana penduduk Melayu ini semakin cakna dengan pelbagai isu politik yang melingkari negara, sedangkan sebelum ini mereka lebih memberikan perhatian kepada masalah setempat..

“Boleh awak ceritakan lebih lanjut mengenai LCS? Betul ke apa yang ditulis di laman web? Betulke Zahid terlibat dalam kes LCS?”, tanya seorang penduduk tempatan.

Zon Selatan Masih Setia Bersama UMNO

Melihat kepada sentimen ramai, agak jelas bahawa parti Melayu tertua negara itu semakin hilang pengaruhnya di utara Malaysia, khususnya di Perak yang bersempadan dengan Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.

Keadaan sama boleh dilihat di zon tengah iaitu di ibu negara, Selangor dan Negeri Sembilan.

Di pantai timur, Kelantan dan Terengganu masih berada dalam genggaman PAS manakala Pahang kekal dikuasai UMNO, walaupun desaa desus mengatakan pengaruh mereka semakin sirna.

Secara kasar, kubu terakhir UMNO hanya Melaka dan negeri asal parti itu iaitu Johor.Di bahagian utara, undi kelompok Melayu konservatif termasuk pengundi kali pertama nampaknya lebih memihak kepada PN manakala kelompok lebih moden dan bukan Melayu cenderung memilih PH.

Kebimbangan dan ketidakpercayaan terhadap DAP masih menebal di hati pengundi Melayu, walaupun parti tersebut berusaha keras mendekati penduduk.

Senario sama boleh dilihat di Kelantan dan Terengganu.

Bahagian tengah menyaksikan PH mendahului saingan, diikuti UMNO dan PN manakala zon selatan masih dikuasai UMNO, diikuti oleh PH dan PN.

Bagaimana Zahid Tersilap Langkah?

Kesombongan sering membawa padah.

Sejak Langkah Sheraton pada 2020 yang menyaksikan tumbangnya kerajaan PH, BN mula membina kembali pengaruh.

Kejayaan dicapai menerusi empat PRN, Sabah (2020), Melaka dan Sarawak (2021) serta Johor tahun ini mungkin membuatkan Zahid berilusi kononnya UMNO akan kembali.

Apa yang tidak beliau sedari ialah pengundi Melayu sudah jauh berbeza.

Pada PRU-14, rakyat khususnya komuniti luar bandar yang majoritinya menyokong PAS dan UMNO tidak mengundi PH.

Mereka menentang GST, cukai yang dianggap amat membebankan kehidupan seharian.

Apabila PH gagal menangani kemelut ekonomi, khususnya ketika perebutan kuasa antara presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad diketahui ramai, pengundi di empat negeri tersebut memutuskan untuk ‘mengajar’ blok berkenaan.

Ia diterjemahkan Zahid sebagai sokongan terhadap UMNO, sama seperti tanggapan PH ketika mereka memenangi PRU-14.

Dan sama seperti Langkah Sheraton, Zahid bakal memperoleh pengajaran termahal.

Apa Nasib UMNO Selepas PRU?

Melihat kepada keadaan yang tidak memihak kepada mereka ketika ini, di manakah kedudukan UMNO selepas PRU-15 berakhir dan peperangan merebut Putrajaya ditamatkan?

Mungkin Zahid dan partinya tidak akan berdepan kekalahan mutlak.

Walaupun dengan bilangan kerusi yang lebih kecil, mereka masih berupaya memberi kesan kepada politik negara, dengan syarat kedua-dua seteru gagal meraih majoriti mudah di Parlimen. - Getaran, 12 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 21 jam yang lalu

Мahkamah Tetapkan 27 Jun Keputusan Badan Peguam Berhubung Kes DNAA Ahmad Zahid

2

Semasa 3 minggu yang lalu

KEDA Perlu Utamakan Keberkesanan Projek Dilaksanakan - Ahmad Zahid

3

Politik 3 minggu yang lalu

BN Hormati Kerusi DUN Milik Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan, Sokong Bakal Calon

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Pengusaha Halal Bumiputera Digesa Jangan Hanya Fokus Kepada Sektor F&B - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Perubahan Iklim, Musim Tengkujuh Punca Kemusnahan Terumbu Karang - Pakar

oleh Diyana Nawwar

Luar Negara 21 jam yang lalu

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

Semasa 1 hari yang lalu

Papagomo Kemuka Representasi Gugur Tuduhan Kes Hasutan Kaitkan Kerajaan Pro Israel, Barat

Semasa 1 hari yang lalu

Tiada Keperluan Pemindahan Pulang Rakyat Malaysia, Keadaan Stabil Di Timur Tengah