Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


PRU-15: Peruntukan Dikurangkan Punca Kempen BN ‘Tidak Meriah’

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Nov 2022 7:04AM

Kekurangan dana dan bajet yang terhad, menyebabkan jentera Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) seolah-olah kurang aktif menjalankan kempen - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Kekurangan dana dan bajet yang terhad, menyebabkan jentera Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) seolah-olah kurang aktif menjalankan kempen.

Bahan kempen parti itu, seperti bendera dan poster tidak banyak dinaikkan di beberapa kawasan.

Keadaan ini lebih terserlah di kerusi calon BN bertanding, apabila sukar melihat bendera atau logo ‘dacing’ (penimbang tara) yang mewakili parti itu berkibar berhampiran bahan kempen parti lawan, seperti Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).

Malah di Bagan Datuk yang menyaksikan penyandangnya, Presiden UMNO dan mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertanding, berlaku situasi sama.

Hanya di beberapa kubu kuat BN, seperti Rembau, Negeri Sembilan yang ditandingi pemimpin nombor dua UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dan di Tapah, iaitu diwakili penyandangnya, Datuk Seri M Saravanan tidak berlaku situasi itu, dengan ada dakwaan mengatakan Menteri Sumber Manusia terbabit, membiayai ‘perang bendera’ untuk bersaing dengan pihak lawan.

Punca di sebalik keadaan itu adalah mudah, iaitu UMNO tidak lagi mampu berbelanja mewah seperti dahulu dan terpaksa mengurangkan bajet pilihan raya sebanyak 70 peratus, sekali gus mencetuskan persoalan mengenai prestasi kewangan parti berkenaan.

Punca di sebalik keadaan itu adalah mudah, iaitu UMNO tidak lagi mampu berbelanja mewah seperti dahulu dan terpaksa mengurangkan bajet pilihan raya sebanyak 70 peratus, sekali gus mencetuskan persoalan mengenai prestasi kewangan parti berkenaan - Gambar oleh Azim Rahman
Punca di sebalik keadaan itu adalah mudah, iaitu UMNO tidak lagi mampu berbelanja mewah seperti dahulu dan terpaksa mengurangkan bajet pilihan raya sebanyak 70 peratus, sekali gus mencetuskan persoalan mengenai prestasi kewangan parti berkenaan - Gambar oleh Azim Rahman

Di Perak, beberapa sumber dalaman parti itu memberitahu The Vibes dan Getaran bahawa setiap kawasan Parlimen ditandinginya, kini hanya menerima RM1 juta hingga RM1.2 juta, berbanding RM2.5 juta hingga RM3 juta yang diperoleh sebelum ini.

“Biasanya setiap ketua bahagian akan menerima RM3 juta jika kawasan Parlimen mempunyai tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan kira-kira RM2 juta, sekiranya dua kerusi DUN.

“Kali ini, kami hanya menerima RM1.2 juta bagi kerusi Parlimen dengan tiga kerusi DUN atau hanya kira-kira RM1 juta bagi untuk kerusi DUN.

“Malah, kita bimbang mengenai Tambun. Datuk Aminuddin (Md Hanafiah) hanya menerima RM500,000 dan beliau bersaing dengan (pemimpin PH dan calon Perdana Menteri) (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) dan Peja (Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu), iaitu Menteri Besar.

“Di Gua Musang, Ku Li (Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah), hanya menerima RM300,000. Saya tahu mereka fikir beliau kaya dan Gua Musang tidak boleh dikalahkan, tetapi mereka tak boleh lupa bahawa terdapat ribuan pengundi muda, pengundi kali pertama dan kita tak tahu apa pilihan mereka,” kata seorang ahli UMNO di negeri berkenaan yang enggan namanya disiarkan.

Bahan kempen BN, seperti bendera dan poster tidak banyak dinaikkan di beberapa kawasan - Gambar oleh Alif Omar
Bahan kempen BN, seperti bendera dan poster tidak banyak dinaikkan di beberapa kawasan - Gambar oleh Alif Omar

Spekulasi politik di Tambun mendakwa bahawa Ahmad Zahid meletakkan Aminuddin di kerusi itu sebagai ‘kambing hitam’ bagi membolehkan mantan mentornya Anwar menang, memandangkan ramai menjangkakan pertandingan antara Faizal dan Anwar akan membawa kemenangan kepada Faizal.

Sementara itu, sumber lain yang biasa dengan kewangan parti berkenaan, mengesahkan bahawa penyaluran dana PRU-15 berkurangan secara drastik.

“Ya, bajet pilihan raya dipotong. Saya sedar (ia berlaku) di Tambun... tetapi saya tidak tahu keadaan di kawasan lain di seluruh negeri,” kata sumber itu.

Ia menunjukkan negeri Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Pahang turut berdepan isu sama, walaupun mungkin beliau memiliki kelebihan dengan sokongan diberikan pengundi UMNO di situ.

Jentera parti memberitahu The Vibes bahawa mereka baru sahaja menerima dana dan bahan pilihan raya untuk memulakan kempen secara serius membabitkan ‘perang bendera’ serta sepanduk, tetapi ia mungkin sudah memberi kesan buruk terhadap moral parti.

Tidak seperti Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) yang sukarelawannya lebih bersedia mengorbankan masa, tenaga dan usaha untuk menyokong serta menaikkan solidariti dan semangat parti masing-masing, ‘sukarelawan’ UMNO terkenal kerana enggan bekerja serta tidak mahu meneruskan tugas jika tidak dibayar.

Tidak seperti Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) yang sukarelawannya lebih bersedia mengorbankan masa, tenaga dan usaha untuk menyokong serta menaikkan solidariti dan semangat parti masing-masing, ‘sukarelawan’ UMNO terkenal kerana enggan bekerja serta tidak mahu meneruskan tugas jika tidak dibayar - Gambar oleh Alif Omar
Tidak seperti Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) yang sukarelawannya lebih bersedia mengorbankan masa, tenaga dan usaha untuk menyokong serta menaikkan solidariti dan semangat parti masing-masing, ‘sukarelawan’ UMNO terkenal kerana enggan bekerja serta tidak mahu meneruskan tugas jika tidak dibayar - Gambar oleh Alif Omar

Bukan setakat itu, ‘sukarelawan’ terbabit terkenal dengan kesetiaan ‘tegar’ mereka kepada pemimpin atau calon pilihan mereka yang dapat disaksikan apabila bertindak merobohkan bendera dan sepanduk parti sendiri di Perlis, selepas mendapat tahu bahawa penyandang kerusi Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim tidak dicalonkan untuk bersaing pada PRU-15.

Asalnya, sukarelawan UMNO mempunyai semangat tidak mementingkan diri dan akan bekerja tanpa gaji demi parti.

Namun, apabila UMNO menjadi parti kaya, ia mula memberi wang tunai sebagai tanda penghargaan kepada sukarelawan itu yang kebanyakannya terdiri daripada sayap Pemuda dan Puteri, selain remaja dalam kalangan ahlinya.

Lama kelamaan, ia menjadi budaya yang membuatkan ‘sukarelawan’ ini mengharapkan bayaran dan menganggap mereka pekerja sambilan UMNO, sehingga menambah beban kewangan parti.

Sejak BN tewas pada pilihan raya umum (PRU) 2018, nasib UMNO berubah dan situasi ‘berbelanja mewah’ tidak dapat diteruskan, walaupun menawan semula Putrajaya selepas Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan tahun lalu.

Dan kini, nampaknya UMNO berdepan masalah sama seperti dihadapi pesaingnya ketika parti itu berada di puncak kuasanya, iaitu kekurangan dana.

Tidak seperti UMNO, parti lawannya tidak pernah kekurangan sukarelawan. – The Vibes, 10 November 2022

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 bulan yang lalu

Geran KWASN Diperluaskan Kepada Atlet Persendirian

2

Gaya 4 bulan yang lalu

Zara Pamer Imej Sensitif, Umpama Sokong Pembunuhan Di Gaza

3

Jelajah 4 bulan yang lalu

Lotus's Kongsi Kegembiraan Menerusi Kempen Playful And Joyful Moments

4

Selebriti 5 bulan yang lalu

Kelibat Dirakam Pada Acara Solidariti Tentera Israel, Mike Tyson Beri Penjelasan

Sorotan

1

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

2

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

3

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

4

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

5

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

6

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Noktah Kemiskinan Tegar, Isu Kewarganegaraan Dibincang Bersama MPN PKR Sabah - Anwar

Sukan 10 jam yang lalu

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

Semasa 1 hari yang lalu

Gunung Ruang Meletus: Malaysia Airlines Batal 10 Penerbangan Hari Ini

oleh Wartawan Getaran

Semasa 21 jam yang lalu

Berita Baik Untuk Penjawat Awam 1 Mei Nanti?

oleh Fida Ruzki