Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Cukuplah Rafizi Dengan Fitnah Terhadap Orang, ‘Saya Akan Saman…’ - Ikmal Hisham

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Nov 2022 8:59PM

Ikmal Hisham Abdul Aziz - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz menyifatkan dakwaan berterusan dibuat Rafizi Ramli bahawa beliau terbabit dalam Self-Propelled Howitzer (SPH) Tentera Darat Malaysia (TDM), sebagai cubaan menimbulkan persepsi negatif kepada calon Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Beliau berkata, biarpun sudah beberapa kali menafikan penglibatannya itu, malah sudah membuat laporan polis terhadap Rafizi pada 7 Oktober lalu berhubung fitnah sama, Timbalan Presiden PKR terbabit masih galak membuat kenyataan berkenaan.

Justeru, katanya, melihat kepada momentum tindakan Rafizi yang menjadikannya sasaran dalam perkara itu, ia bertujuan mempengaruhi undi rakyat.

“Percayalah, rakyat Malaysia tidak gemar kepada politik benci-membenci, apatah lagi fitnah amat jijik berdasarkan imaginasi dan rekaan saudara Rafizi sendiri.

“Hayatilah Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 191 yang bermaksud, ‘Dan fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan’. Kenyataan media tersebut turut menyatakan bahawa saya adalah mantan Timbalan Menteri Pertahanan.

“Untuk pengetahuan saudara Rafizi, pada hari ini saya masih lagi caretaker Timbalan Menteri Pertahanan dan jelas perkara asas seperti jawatan saya pun saudara Rafizi tersilap. Sekiranya perkara asas tersebut secara terangan tersasar, maka sukarlah rakyat percaya pembohongan dan fitnah saudara Rafizi tohmahkan kepada saya,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ikmal Hisham yang juga calon bagi kerusi Parlimen Tanah Merah pada PRU-15 berkata, perolehan SPH adalah satu daripada pelbagai perolehan perbekalan atau aset diperlukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi tujuan memantapkan pertahanan negara.

Katanya, memandangkan nilai perolehan tersebut agak besar, maka adalah menarik untuk mengaitkan ahli politik dengan isu terbabit bagi memberi gambaran buruk kepada masyarakat.

Malah, Ikmal Hisham berkata, sangat menyedihkan apabila dengan mudah Rafizi membuat tanggapan bahawa sebagai menteri, beliau amat berkuasa mempengaruhi perolehan di Kementerian Pertahanan, seolah-olah pegawainya dan ATM, melakukan kerja secara semberono tanpa perlu mengikut peraturan.

“Kenyataan fitnah seperti ini adalah suatu penghinaan bagi pegawai kerajaan yang menjalankan tugas dengan baik dan sentiasa berusaha, memastikan kesiap siagaan pertahanan negara berada pada tahap tertinggi.

“Semua perolehan aset di Kementerian Pertahanan perlu melalui proses kerja ketat dan mesti dipersetujui terlebih dahulu oleh end-user, iaitu pihak TDM, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

“Tiada sesiapapun boleh mempengaruhi kebijaksanaan end-user dalam mendapatkan aset terbaik untuk pertahanan negara,” katanya.

Mengulas lanjut, Ikmal Hisham berkata, sebagai ‘abang’ kepada ‘adik’ yang membesar dan menuntut ilmu di sekolah sama, beliau ingin menasihatkan Rafizi untuk menghentikan fitnah berterusan dikaitkan dengannya dan orang lain.

“Saya suka mengingatkan diri saya sendiri dan saudara Rafizi untuk kita bersama-sama menggunakan tempoh berkempen ini bagi memenangi hati rakyat secara sihat, tanpa tindakan negatif yang akhirnya menimbulkan kebencian sesama kita,” tegasnya.

Menurut Ikmal Hisham, bagi makluman Rafizi, PN mempunyai proses tapisan ketat sebelum seseorang itu dilantik sebagai calon PRU Ke-15.

Jelasnya, semua calon perlu menjalani tapisan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Menerusi tapisan dijalankan itu, katanya, beliau serta semua calon PN melepasinya dan akan terus kekal bersih.

“Jika sebelum ini saya mengenangkan ‘brotherhood’ MCKK (Kolej Melayu Kuala Kangsar) dan hanya membuat laporan polis terhadap fitnah saudara Rafizi lemparkan kepada saya.

“Namun kali ini, saya tiada pilihan dan sudah menghubungi peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang kepada ‘adik’ saya selepas PRU Ke-15, sekiranya fitnah ini berterusan,” ujarnya.

Terdahulu, Rafizi memuat naik artikel bertajuk ‘Batal Niat Surat Anugerah Kontrak Meriam SPH Kepada Syarikat Ada Kaitan Anak Menteri’ menerusi Facebook pada 6 Oktober lalu.

Menerusi perkongsiannya, Rafizi mendedahkan syarikat baharu ditubuhkan kurang dua tahun mendapat tender pembekalan sistem meriam artileri jenis SPH Tentera Darat Malaysia (TDM) bernilai RM854 juta.

Rafizi mendakwa, hasil semakan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang dilakukan beliau sendiri mendapati, syarikat itu hanya ditubuhkan tidak sampai dua tahun daripada tarikh anugerah kontrak oleh kerajaan.

Katanya, syarikat itu juga tidak mempunyai rekod dalam industri pertahanan namun memperoleh kontrak pembekalan persenjataan yang sebegitu besar. - Getaran, 8 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

'Kita Dengar, Kita Jelaskan Dan Kita Ambil Tindakan' - Rafizi

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Lebih Sejuta Sudah Mendaftar Dengan PADU - Rafizi

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Data PADU Tidak Akan Diintegrasi Dengan Sistem Bank - Rafizi

4

Politik 4 bulan yang lalu

Rafizi Rancang Podcast YBM Bermula 8 Januari 

Sorotan

1

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

2

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

3

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

4

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

5

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

6

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

Disyorkan untuk anda

Semasa 38 minit yang lalu

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

Sukan 1 hari yang lalu

Piala Thomas: Malaysia Jumpa Jepun Di Suku Akhir

Politik 13 jam yang lalu

Undi Pemilih India, Orang Asli Penentu Keputusan PRK KKB - Penganalisis

oleh Diyana Nawwar

Semasa 21 jam yang lalu

Hati-Hati, Tiada Pegawai Akan Hubungi Orang Awam - Kementerian Digital

oleh Wartawan Getaran