web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Merendah Diri, Hargai Penyokong Veteran, PM Terus Dipuji Mesra Rakyat

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Nov 2022 8:50PM

Penduduk Felda tidak melepaskan peluang bergambar bersama Ismail Sabri Yaakob ketika hadir ke Program Moh Ngeteh bersama Penduduk Felda Purun di Astaka Padang Awam Felda Purun hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) tidak pernah melupakan perjuangan penyokong setia parti itu, malah menyifatkan mereka adalah kekuatan terhadap kelangsungannya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri menegaskan, perjuangan BN bukan disebabkan soal individu, sebaliknya parti itu terus ‘hidup’ kerana sokongan tidak berbelah bahagi daripada penyokong.

Tegasnya, sokongan diberikan itu umpama ‘setiap peluh dan keringat yang tidak pernah lelah’ walau apa jua cabaran dihadapi.

Justeru, beliau mengingatkan semua penyokong BN bahawa kini bukan masanya untuk berpecah belah, protes dan boikot.

Perdana Menteri berkata, nilai sokongan itu tidak mampu dibeli dengan wang ringgit.

“Ingatlah setiap daripada wajah yang sudah bersama kita. BN mesti menang! Sepanjang kempen pilihan raya kali ini, saya banyak bertemu kembali kenalan dan penyokong setia saya serta BN, sejak saya mula menceburi politik.

“Saya melihat jerit perih akar umbi yang menggantung bendera, menunggu di pondok panas dan menyediakan juadah kepada jentera secara rewang, semuanya atas nama ‘kesetiaan’.

“Hari ini saya bertemu penyokong veteran UMNO, Hamid, Bakar dan Ahmad di Felda Sebertak. Mereka yang berusia lebih 70 tahun, sanggup datang program seawal pagi dan menyapa saya, bagi menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada BN,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Ismail Sabri berkata, sokongan diberikan itu harus dihargai.

“Inilah penghargaan yang perlu beri semula kepada penyokong dan pengundi kita dengan khidmat bakti terbaik buat mereka,” katanya.

Menerusi hantaran sama, Ismail Sabri memuat naik video pertemuan dan ramah mesra beliau bersama penyokong veteran parti itu ketika mengadakan kempen di Felda Sebertak, Triang, Bera, Pahang hari ini.

Video berdurasi 29 saat berlatar belakangkan lagu nyanyian Lovehunters bertajuk Sambutlah Kasih itu mengundang sebak pengikut platform media sosial berkenaan, selain memuji sikap mesra rakyat, merendah diri dan menghargai pengundi dimiliki Perdana Menteri.

“Allahuakbar, hiba hati saya, bila melihat Datuk Seri mesra dengan rakyat…Ya Allah…Datuk Seri seorang pemimpin berjiwa rakyat…Teruskan usaha Datuk Seri…Saya berharap kita orang Melayu janganlah berpecah...Saya sokong Datuk Seri dan teruskan perjuangan Datuk Seri...Amin,” kata Norseriwati Aziz.

“Terbaik Datuk Seri seorang pemimpin berjiwa rakyat,” tulis Asazura Zura.

“Terbaik, Insya Allah BN di bawah pimpinan DSIS (Datuk Seri Ismail Sabri) akan terus maju ke hadapan demi membantu rakyat, pemimpin berjiwa rakyat  #KeluargaMalaysiaTeguhBersama,” komen Mohd Azwan Jalil.

“Terbaik...Setia kasih menghargai orang lama,” tulis Zaly Mohd. – Getaran, 7 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

‘Saya Tak Kata Siasatan Dihentikan, Digugur, SPRM Berhak… ‘ - Azalina

2

Politik 3 tahun yang lalu

Maklumat Terlalu Umum, SPRM Dapati Tiada Bukti PN Terima Dana Syarikat Judi

3

Politik 3 tahun yang lalu

Cukup Bermain Politik, Utamakan Hal Rakyat Berbanding Kepentingan Peribadi

4

Politik 3 tahun yang lalu

Saya Amat Yakin Kerajaan Perpaduan Akan Kekal Hingga Penggal Berakhir – PM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad