web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 20 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRU-15: Dr Rosni Mahu Cuba Pendekatan Islam Selesai Isu Kampung Sungai Baru

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Nov 2022 6:54PM

Dr Rosni mahu menggunakan pendekatan Islam dalam menyelesaikan isu pengambilan tanah penduduk di Kampung Sungai Baru, Kampung Baru supaya nasib mereka lebih terbela. - Gambar Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Calon Perikatan Nasional (PN) Parlimen Titiwangsa mahu menggunakan pendekatan Islam dalam menyelesaikan isu pengambilan tanah penduduk di Kampung Sungai Baru, Kampung Baru supaya nasib mereka lebih terbela.

Menurut Dr Rosni Adam, pertemuannya dengan penduduk di rumah teres dan flat PKNS di kawasan tersebut mendapati rata-rata mereka tidak menolak rancangan pembangunan di perumahan berkenaan.

Bagaimanapun, menurutnya, apa cuba ditegakkan penduduk adalah hak mereka dan jumlah pampasan amat rendah, berbanding harga pasaran bagi tanah di kawasan berkenaan.

“Kita cuba menjadi pihak perantara yang baik antara pelbagai pihak, termasuk penduduk, pemaju, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PKB) dan sebagainya.

“Namun, (kami) lebih kepada untuk membela (mereka) yang berhak iaitu pemilik tanah.

“Dalam Islam juga masalah tanah ini adalah masalah besar, tak boleh ambil tanah orang sewenang-wenangnya, implikasinya sangat besar atau pun dosanya lah,” katanya pada sidang media di Pejabat PN Parlimen Titiwangsa, hari ini.

Beliau berkata, solusi kepada masalah di Kampung Sungai Baru adalah menggunakan penyelesaian mengikut Islam, selain mematuhi akta sedia ada.

“Memang dari segi undang-undang kita ada akta tapi dari segi agama kita ada hukum…hukum tanah, harta pusaka, faraid dan sebagainya.

“Saya sukalah untuk melihat dari sudut, wallahualam, sebelum ini pernah diikhtiarkan atau tidak penyelesaian dari sudut Islam terhadap masalah tanah ini,” katanya.

Ketika ditanya mengenai tindakan pemaju dan kerajaan menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960 untuk mengambil alih 11 peratus rumah milik penduduk yang enggan berpindah, Dr Rosni berkata, beliau tidak bersetuju dengan tindakan terbabit.

“Secara jujurnya, jauh di sudut hati, saya tidak bersetuju sebab akta tanah itu pada asalnya adalah untuk pembangunan infrastuktur, memanglah buat rumah itu untuk pembangunan infrastruktur tapi sefaham kami pembangunan untuk kemudahan awam dan keperluan bersama.

“Jadi, perjuangan kami adalah untuk membela penduduk itu sendiri bukan pemaju, agreement (perjanjian) bagaimana mereka mahukan, inilah yang kita akan suarakan,” katanya.

Sebelum ini, seramai 37 pemilik rumah teres Kampung Sungai Baru cuba mempertahankan tanah mereka daripada diambil pemaju bagi projek pembangunan semula kawasan itu, termasuk memohon campur tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Bagaimanapun, mereka terpaksa akur dengan desakan undang-undang di bawah APT 1960.

Proses pengambilan tanah sepatutnya dibuat pada Disember lalu, namun ia ditangguhkan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim bagi memberi ruang perbincangan antara pemaju bersama penduduk yang membantah.

Sementara itu, Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) menjelaskan, pengambilan tanah Kampung Sungai Baru itu sewajarnya diteruskan kerana memenuhi syarat perundangan di bawah APT 1960, malah 89 peratus atau 291 penduduk terlibat telah bersetuju dengan pembangunan semula kawasan tersebut. – Getaran, 7 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

‘Saya Tak Kata Siasatan Dihentikan, Digugur, SPRM Berhak… ‘ - Azalina

2

Politik 3 tahun yang lalu

Maklumat Terlalu Umum, SPRM Dapati Tiada Bukti PN Terima Dana Syarikat Judi

3

Politik 3 tahun yang lalu

Cukup Bermain Politik, Utamakan Hal Rakyat Berbanding Kepentingan Peribadi

4

Politik 3 tahun yang lalu

Saya Amat Yakin Kerajaan Perpaduan Akan Kekal Hingga Penggal Berakhir – PM

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 18 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan