web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRU-15: Jangan Janji Pengeluaran KWSP Sebagai Manifesto, ‘Itu Simpanan Rakyat’ - MUDA

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Nov 2022 3:15PM

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman - Gambar Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menempelak kenyataan parti politik tertentu yang mahu meneliti pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar kepada rakyat, sekiranya mendapat mandat pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Beliau berkata, pengeluaran KWSP adalah membabitkan wang rakyat sendiri, justeru kenyataan dan tindakan seperti itu amat tidak bertanggungjawab.

Katanya, setiap kali krisis ekonomi, rakyat bergantung kepada KWSP dan kini simpanan mereka itu sendiri mahu dijadikan ‘gula-gula’ PRU-15.

“Duit KWSP adalah duit simpanan rakyat sendiri.

“Memang lah ‘sedap’ dalam jangka masa pendek (mengeluarkannya), tetapi takkanlah tidak terfikir akan impak jangka masa panjang kepada rakyat?

“Saya tolak penggunaan KWSP sebagai janji PRU. Ini adalah tindakan tidak bertanggungjawab,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Semalam, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan akan meneliti pengeluaran KWSP secara bersasar jika parti itu mendapat mandat pada PRU-15.

Bagaimanapun Muhyiddin berkata, pengeluaran bersasar itu harus dinilai terlebih dahulu, terutama dalam aspek jumlah baki simpanan pencarum yang memohon untuk melakukan pengeluaran berkenaan.

Jelasnya, baru-baru ini, beliau memuat naik video menerusi Tiktok dan antara perkara berbangkit adalah permintaan rakyat agar mereka sekali lagi dibenarkan membuat pengeluaran KWSP.

“Insya-Allah, apabila kita menang PRU-15, antara perkara akan lihat semula adalah KWSP bersasar,” katanya.

Pada 16 Mac lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membenarkan pengeluaran khas RM10,000 daripada KWSP, selepas kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak berhubung perkara itu.

Ujarnya, dapatan, kajian dan penelitian secara menyeluruh mendapati, ada Keluarga Malaysia masih terkesan dari segi ekonomi, hilang pendapatan serta membina semula kehidupan ketika negara berada dalam fasa pemulihan pandemik COVID-19.

Ia adalah pengeluaran keempat daripada caruman KWSP dibenarkan kerajaan sejak tahun 2020.

Tiga skim terdahulu ialah i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra yang mencatatkan jumlah keseluruhan RM101 bilion, membabitkan 7.34 juta pencarum.

Sementara itu, meninjau ke ruangan komen, ramai warga maya bersetuju dengan pemimpin berusia 30 tahun terbabit kerana ia akan ‘menipiskan’ simpanan pencarum, sekali gus berisiko menyebabkan kehidupan mereka susah ketika hari tua.

“Menjadikan pengeluaran KWSP sebagai isu untuk menarik undi itu bukan tak boleh tapi tidak sesuai dan menunjukkan parti yang mahu menjadi bakal kerajaan tersebut, gagal menangani masalah rakyat,” ciap seorang pengguna.

“Tapi kalau difikirkan balik memang betul, maksudnya lebih baik dibantu rakyat dari segi turunkan harga barang keperluan, lebihkan bantuan dari segi wang atau e-wallet, kira senangkan rakyat dengan tanpa kaitkan duit simpanan di hari tua. Itu kefahaman saya lah,” komen @suraya46595441

“Betul. Dana persaraan kita (punya) dan mereka (kerajaan) menjangkakan kita mengeluarkannya. Jadi ini caranya bagaimana mereka mahu menarik pengundi. Ia seperti apa anda miliki, kepunyaan anda. Apa kita miliki kepunyaan kita. Bila sampai masanya kita bersara, duit RM0,” kata pula @RashidahAbdull8 – Getaran, 7 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

RUU Hadkan Tempoh Perkhidmatan PM Gagal Diluluskan, Hanya Terima Sokongan 146 Ahli Parlimen 

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Pelaksanaan 'Smart Lane', Dasar Lori Lebih Muatan Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Kes Syed Saddiq: Mahkamah Persekutuan Arah Kedua Pihak Fikir Semula

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Syed Saddiq Dalang Dalam Kes Subahat Pecah Amanah Dana ARMADA - Pendakwaan

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 10 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar