web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRU-15: PH Jangan Adu Domba Isu Perdana Menteri BN

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Nov 2022 8:38PM

Ismail Sabri Yaakob - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sudah membuat ketetapan bahawa Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan dilantik semula sebagai Perdana Menteri jika Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid menegaskan, tindakan memainkan isu pelantikan Perdana Menteri hanyalah cubaan untuk mengelirukan pengundi supaya tidak memberikan undian mereka kepada BN.

 Mahdzir Khalid - Gambar fail
Mahdzir Khalid - Gambar fail

“Dalam Mesyuarat MKT yang dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menetapkan bahawa parti setuju secara sebulat suara untuk (melantik semula) Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri sekiranya BN menang pada PRU-15.

“Saya fikir keputusan itu telah dibawa pula menjadi sebahagian daripada usul-usul dalam persidangan UMNO bahagian-bahagian di seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-20 Koperasi Pekerja-Pekerja Gula Padang Terap Berhad, di Padang Terap, Kedah hari ini.

Menurut Mahdzir, keputusan itu juga disokong 156 Bahagian UMNO seluruh negara yang bermesyuarat sebelum ini, bagi menyatakan sokongan sepenuhnya kepada Ismail Sabri.

Beliau berkata, pembangkang terutama Pakatan Harapan (PH) seharusnya tidak mencampuri urusan pelantikan Perdana Menteri dan tidak mengelirukan rakyat dalam isu berkenaan.

“Pembangkang terutamanya PH yang selalu sebut perkara ini (pelantikan Perdana Menteri) tidak perlu mengadu domba urusan BN, jangan kelirukan pengundi kerana BN sudah ada keputusan.

“Keputusannya adalah seperti yang saya sebutkan tadi (bahawa Ismail Sabri dilantik semula), Datuk Seri Ahmad Zahid sebagai Presiden UMNO juga jelaskan dan bersetuju Ismail Sabri adalah calon Perdana Menteri,” katanya.

PH dalam beberapa kempennya kebelakangan ini mendakwa BN akan melantik Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO sebagai Perdana Menteri sekiranya gabungan itu berjaya memenangi PRU-15. - Getaran, 6 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

‘Saya Tak Kata Siasatan Dihentikan, Digugur, SPRM Berhak… ‘ - Azalina

2

Politik 3 tahun yang lalu

Maklumat Terlalu Umum, SPRM Dapati Tiada Bukti PN Terima Dana Syarikat Judi

3

Politik 3 tahun yang lalu

Cukup Bermain Politik, Utamakan Hal Rakyat Berbanding Kepentingan Peribadi

4

Politik 3 tahun yang lalu

Saya Amat Yakin Kerajaan Perpaduan Akan Kekal Hingga Penggal Berakhir – PM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 4 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad