web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRU-15: Zuraida Optimis Golongan Muda Sokong PBM

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Nov 2022 8:16PM

Zuraida berucap di bilik Gerakan Lembah Jaya Selatan, di sini hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penyandang kerusi Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin optimis pengundi muda akan menyokong Parti Bangsa Malaysia (PBM), terutamanya individu berumur 18 tahun yang mengundi buat kali pertama. 

Menurut beliau, kualiti kepimpinan dan khidmatnya selama ini sedia dimaklumi, dan itu adalah kriteria utama yang bakal membantu beliau mengekalkan kerusi Ampang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Ketika saya jadi ahli Parlimen disini, anak-anak semua baru berumur 3 tahun. Jadi anda kenal siapa saya,” katanya dalam pertemuan bersama anak muda Lembah Jaya di bilik Gerakan Lembah Jaya Selatan, di sini hari ini.

Pada pertemuan itu, Zuraida yang juga Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi turut menasihati golongan muda untuk tidak mengejar jawatan dan pangkat jika mahu berkecimpung dalam politik.

“Masuk politik jangan pentingkan kuasa, jawatan dan wang. Jika kita dapat tolong orang, kita rasa puas (apabila) orang gembira. Itulah kepuasan politik. Jangan khuatir, jawatan akan cari anda jika kerja anda bagus,” nasihatnya.

Bilik gerakan Zuraida di Lembah Jaya Selatan.
Bilik gerakan Zuraida di Lembah Jaya Selatan.

Sementara itu, Timbalan Ketua PBM Ampang, Muhammad Faiz Abd Majid bekata, golongan muda di Lembah Jaya Selatan mengetahui dengan jelas setiap jasa dan bakti Zuraida di Ampang.

“Anak muda di Ampang tahu YB (Yang Berhormat) berkerja macam mana. Jangan silap undi pemimpin. Sendiri boleh nampak calon-calon yang ada asal mereka di luar Ampang. Jadi kita perlu undi YB Zuraida,” katanya.

Muhammad Faiz berkata, khidmat dicurahkan Zuraida dalam membantu penduduk sekitar mendepani ancaman COVID-19 kekal dalam ingatan.

“Saya di pusat khidmat dari dulu bersama dengan beliau. Hari-hari kami bantu semasa COVID-19. Tidak ada yang tak dapat bantuan,” tegasnya.

Pada PRU-15, Zuraida bakal berdepan saingan sembilan penjuru.

Beliau yang digelar ‘Ibu Bangsa Malaysia’ oleh PBM akan meneruskan kempennya esok untuk memastikan parti baharunya itu dikenali ramai. - Getaran 6 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

‘Saya Tak Kata Siasatan Dihentikan, Digugur, SPRM Berhak… ‘ - Azalina

2

Politik 3 tahun yang lalu

Maklumat Terlalu Umum, SPRM Dapati Tiada Bukti PN Terima Dana Syarikat Judi

3

Politik 3 tahun yang lalu

Cukup Bermain Politik, Utamakan Hal Rakyat Berbanding Kepentingan Peribadi

4

Politik 3 tahun yang lalu

Saya Amat Yakin Kerajaan Perpaduan Akan Kekal Hingga Penggal Berakhir – PM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 8 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad