web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRU-15: Hanya Anwar Sebagai PM-10 Dapat Hentikan Malaysia Jadi Kleptokrasi

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Nov 2022 3:44PM

Hanya dengan pelantikan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10 sahaja, dapat menghentikan Malaysia daripada menjadi sebuah kleptokrasi, kata Lim Kit Siang - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hanya dengan pelantikan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10 sahaja, dapat menghentikan Malaysia daripada menjadi sebuah kleptokrasi, kata veteran DAP, Lim Kit Siang.

Sehubungan itu, penyandang Ahli Parlimen Iskandar Puteri tersebut menyeru pengundi di Parlimen Tambun untuk memastikan kadar keluar mengundi di kawasan tersebut adalah yang tertinggi dalam sejarah, bagi membolehkan Anwar diangkat sebagai Perdana Menteri.

Menurut Kit Siang, langkah berkenaan sekali gus dapat menyelamatkan Malaysia daripada menerima nasib sama Sri Lanka atau Zimbabwe dalam empat dekad yang akan datang.

"Siapakah dari kalangan calon-calon Perdana Menteri Malaysia yang ke-10 yang dapat menghentikan Malaysia dari menjadi sebuah kleptokrasi?

"Sudah tentunya bukan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang mahu PRU-15 diadakan untuk menjamin para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) selamat dari didakwa di mahkamah dan dipenjarakan. Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Tan Sri Abdul Hadi Awang juga tidak kelihatan seperti cukup berprinsip untuk menghentikan kleptokrasi ini.

"Hanya Anwar sebagai Perdana Menteri ke-10 sahaja yang dapat menghentikan Malaysia dari menjadi sebuah kleptokrasi," katanya hari ini.

Lim Kit Siang berkata, Malaysia mampu untuk menjadi satu daripada negara majmuk terbaik dunia, tetapi salah tadbir urus selama ini telah menyebabkan ia ditinggalkan di belakang Taiwan, Singapura, Korea Selatan, Hong Kong, dan Vietnam - Gambar Fail
Lim Kit Siang berkata, Malaysia mampu untuk menjadi satu daripada negara majmuk terbaik dunia, tetapi salah tadbir urus selama ini telah menyebabkan ia ditinggalkan di belakang Taiwan, Singapura, Korea Selatan, Hong Kong, dan Vietnam - Gambar Fail

Kit Siang menambah, PRU-15 telah menjadi antara pilihan raya terpenting dalam enam dekad sejarah negara.

"Salah urus di Malaysia akan memerlukan lebih daripada satu kitaran pilihan raya dan berdekad-dekad lamanya untuk diperbetulkan, tetapi kita perlu mulakan usaha untuk menetapkan semula dasar dan prinsip pembinaan negara secepat mungkin.

"(Selain itu, bagi) menghentikan 'pendarahan' negara yang telah menyebabkan Malaysia menjadi sebuah negara yang 'biasa-biasa sahaja' dan menyebabkan wujudnya Diaspora Malaysia dengan lebih dari sejuta rakyat Malaysia tersebar ke seluruh dunia,” katanya.

Kit Siang berkata, Malaysia mampu untuk menjadi satu daripada negara majmuk terbaik dunia, tetapi salah tadbir urus selama ini telah menyebabkan ia ditinggalkan di belakang Taiwan, Singapura, Korea Selatan, Hong Kong, dan Vietnam.

Menurutnya, dari segi kerajaan yang bersih dan telus, negara bakal ditinggalkan di belakang China menjelang hujung dekad ini dan mungkin ketinggalan di belakang India dan Indonesia dalam dekad yang akan datang.

"Mengapakah Malaysia menerima nasib seburuk ini? Kerana salah tadbir urus dan terpesong dari prinsip pembinaan negara yang telah dipersetujui bersama oleh tokoh kemerdekaan.

"Ini sehingga kita kini dianggap sebagai sebuah kleptokrasi di mata dunia terutamanya penerimaan bahawa Malaysia adalah sebuah negara pelbagai kaum, bahasa, agama, dan budaya," katanya. - Getaran, 6 November 2022

Sorotan

1

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

2

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

3

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

4

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

5

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

6

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga