web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 14 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRU-15: Kemunculan Tokoh Profesional OKU Bukti Politik Malaysia Matang, Terbuka

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Nov 2022 6:44PM

Tokoh profesional Orang Kurang Uapaya (OKU) yang juga calon Pakatan Harapan, Dr Noraishah Mydin Abdul Aziz ditemu bual Bernama selepas proses penamaan calon Parlimen P125 Putrajaya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) hari ini - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kemunculan istimewa Dr Noraishah Mydin Abdul Aziz, tokoh profesional Orang Kurang Upaya (OKU) yang mewarnai pentas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) kali ini membuktikan bahawa politik Malaysia semakin matang dan terbuka.

Beliau yang menghidap penyakit spina bifida sejak lahir akan bertanding di kerusi Parlimen Putrajaya di bawah tiket Pakatan Harapan menentang lima lagi calon termasuk penyandangnya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor daripada Barisan Nasional.

Calon lain adalah Naib Presiden Bersatu Datuk Dr Radzi Jidin daripada Perikatan Nasional, Timbalan Presiden Berjasa Datuk Mohd Rosli Ramli (Pejuang) serta dua calon Bebas iaitu Lim Fice Bee dan Samsudin Mohamad Fauzi. 

Ketika hadir untuk proses penamaan calon, Dr Noraishah Mydin, 47, kelihatan selesa berkerusi roda dari jalan utama lokasi perhimpunan beliau bersama penyokong sebelum bergerak menuju ke Pusat Penamaan Calon Dewan Kompleks Kejiranan Presint 9 di sini. 

Beliau yang memakai baju kurung biru turut melambai-lambai ke arah petugas media ketika melalui laluan OKU yang sedia ada untuk masuk ke dalam dewan bagi menghantar borang pencalonan kerusi Parlimen Putrajaya.

Menariknya, petugas pilihan raya turut menyediakan laluan khas untuk Dr Noraishah Mydin yang berkerusi roda naik pentas bagi pengumuman calon yang disahkan bertanding pada PRU-15 sekali gus membuktikan rakyat Malaysia prihatin dan cakna. 

Ketika ditemui Bernama, bekas pensyarah kanan di Universiti Malaya itu menzahirkan rasa syukur proses penamaan calon hari ini berjalan lancar tanpa sebarang masalah dan kini gerak kerjanya adalah bertemu penduduk di Putrajaya. 

“Saya beri nombor telefon kepada penduduk di Putrajaya… kalau ada permasalahan yang ingin dikongsi boleh hubungi saya. Saya juga ada buku nota untuk saya catatkan perkara-perkara penting ketika bertemu orang ramai,” katanya.

Dr Noraishah Mydin berkata beliau berhasrat membawa suara semua rakyat Malaysia termasuk OKU untuk diketengahkan supaya negara ini menjadi lebih baik. 

“Di Putrajaya, saya kenal pasti aspek penyelenggaraan perlu diberi keutamaan,” katanya menambah aspek kemudahan OKU perlu ditambah baik di pusat pentadbiran negara.

Dr Noraishah Mydin yang dilahirkan di Kuala Lumpur berkelulusan Doktor Falsafah, Bioteknologi Perubatan daripada University of London, Sarjana Sains Genetik serta Sarjana Muda Sains, Biologi Sel dan Molekul daripada Universiti Kebangsaan Malaysia. 

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 19 November sebagai tarikh pengundian manakala pengundian awal pada 15 November. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 bulan yang lalu

Mesyuarat Khas Thailand-Kemboja Bermula Di Putrajaya Di Tengah Ketegangan Sempadan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Pegawai Tribunal Kastam Ditemui Maut, Kaki Dan Leher Terjerut ‘Cable Tie’

3

Semasa 1 tahun yang lalu

SPM Ulangan 2024 Rekod 8,195 Calon

4

Semasa 1 tahun yang lalu

5 Ditahan Bantu Siasatan Kes Kematian Rakan OKU

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 9 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran